Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Post lelaki ini tular di FB selepas berkongsi rahsia cinta selepas kahwin

$
0
0

Pernikahan dan perkahwinan – ia adalah dua acara terbesar dalam hidup seorang insan. Namun, apa yang lebih penting adalah bagaimana untuk mengekalkan rasa cinta selepas kahwin.

Beberapa tahun selepas mendirikan rumah tangga, ada pasangan yang cenderung untuk berfikir:

“Betulkah ini pasangan sehidup semati aku?”

“Bosan pula aku hidup dengan dia ini bertahun-tahun”

Amat mudah untuk kita tertanya-tanya mungkin ada lebih banyak “kemanisan” di luar sana, berbanding dalam rumah tangga sendiri.

Post tular di FB sehingga mendapat ratusan ribu Like dan Share

rahsia cinta selepas kahwin dale patridge FB

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan dengan anda tentang seorang suami dan ayah, Dale Patridge, yang ada menulis sebuah post di FB tentang isterinya. Post ini akhirnya tular dan mendapat hampir 788k Likes dan 350k Share setakat ini!

Dalam post tersebut, beliau berkongsi sebab mengapa dirinya tidak pernah rasa bosan hidup dengan isterinya.

Rahsia cinta selepas kahwin #1

Jika anda baca post penuh yang ditulis oleh Dale Patridge, anda pasti akan faham apakah antara rahsia cinta selepas kahwin. Mari kita lihat.

cinta selepas kahwin petua dale patrdige

***

Suami mudah risau jika perkahwinan akan menyebabkan mereka “terperangkap” dengan seorang wanita sahaja dalam hidup mereka.

Itu sememangnya tidak benar!

Saya telah jatuh cinta dengan seorang rock climber yang berusia 19 tahun, pencinta haiwan yang berusia 20 tahun, dan memulakan kehidupan berkeluarga dengan seorang ibu berusia 24 tahun.

Saya kemudiannya membina ladang dengan suri rumah berusia 25 tahun, dan hari ini, saya berkahwin dengan wanita bijak berusia 27 tahun.

Jika fikiran anda sihat, anda tidak akan pernah berasa penat dengan seorang wanita.

Bahkan, anda akan sentiasa berasa teruja kerana dapat melihat pelbagai versi indah seorang isteri yang anda kahwini bertahun lamanya.

Jangan katakan “tidak” pada perkahwinan. Katakanlah “Ya” dan terus berkata “Ya” sehingga ke akhir hayat.

***

Sweet, bukan kata-katanya? Jadi, apakah rahsia cinta selepas kahwin yang dikongsikan oleh Dale?

Ia adalah perkara ini: Teruskan menghargai isteri anda dan lihat bagaimana dia berubah sesuai dengan pertambahan usianya.

Dari seorang wanita muda, kini dia semakin matang sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Dari anak gadis sunti, isteri anda kini berubah menjadi seorang wanita berusia yang cantik dan bijaksana.

Rahsia cinta selepas kahwin #2

Dale Patridge sememangnya seorang suami gentleman dan romantis yang banyak berkongsi tip perkahwinan buat para suami isteri di luar sana.

Dalam satu lagi post beliau di FB, beliau turut berkongsi rahsia cinta selepas kahwin yang seterusnya. Mari baca.

cinta selepas kahwin tip dale patridge

***

Ucapan meminta maaf yang terbaik adalah: perubahan perangai. Ini kerana perkahwinan yang sihat bukanlah tentang apa yang anda ada, tapi apa yang anda buat.

Ia tentang kemampuan kita dalam memilih untuk terus mencintai pasangan, walaupun pada hari-hari di mana kita sukar merasakannya. 

“Saya minta maaf” mungkin dapat merawat luka, tapi perbuatan mengubah sikap demi memperbetulkan semula kehidupan adalah petunjuk positif yang anda mampu untuk terus hidup bersama.

Hari ini, jangan hanya memberitahu suami atau isteri anda perkataan maaf, tunjukkan juga pada mereka (melalui perubahan sikap)!

***

Ya, ini juga adalah rahsia cinta selepas kahwin: berubah sikap demi kebahagiaan rumah tangga.

Perkataan maaf memang mudah untuk diucapkan, namun jika ia hanya kata-kata tanpa sebarang perubahan, amat mudah untuk kemanisan perkahwinan berkurangan dan menjadi tawar.

Jadi ibu ayah sekalian, mari amalkan dua tip perkahwinan berikut:

  • Memberi perhatian dan menghargai setiap perubahan isteri. Cinta pasti bersemi.
  • Tidak hanya berkata-kata, tetapi turut membuktikan melalui perbuatan.

Moga-moga, tip rahsia cinta selepas kahwin ini dapat membantu anda untuk terus membina rumah tangga yang bahagia sehingga ke akhir hayat, bersama isteri dan anak-anak yang tercinta!

 

 

 

 

 

 

Sumber: FB Dale Patridge, Country Living

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bagaimana suami isteri masih boleh kekal bahagia walaupun lepas ada anak?

The post Post lelaki ini tular di FB selepas berkongsi rahsia cinta selepas kahwin appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Conejos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>