Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Gaji saya lebih banyak daripada suami, apa yang patut kami buat?

$
0
0

Rancang kewangan keluarga jika gaji suami kecil

Artikel ini bukan untuk merendahkan para suami, tapi boleh terjadi situasi di mana gaji suami kecil daripada gaji isteri. Ia mungkin kerana pertukaran kerja, kerja tetap atau kerja freelance dan sebagainya.

Setiap pasangan suami isteri harus bijak mengatur kewangan keluarga kerana tidak mahu hal duit menyebabkan rumah tangga porak-peranda. Kita sama-sama boleh meredah isu ini dengan lancar.

Jadi, mari ikuti perkongsian daripada Tina* di bawah yang membincangkan bagaimana anda harus merancang kewangan keluarga walaupun jika gaji suami kecil berbanding anda.

Cara merancang jika gaji suami kecil dari isteri

gaji suami kecil

Kredit: Flickr

Gaji saya 25% lebih banyak berbanding suami. Namun, kami berjaya mengharungi situasi ini dengan lancar. Kuncinya apa? Kuncinya adalah 4 peraturan di bawah dan seorang suami yang memahami dan bersikap realiti.

Walaupun gaji suami lebih sedikit, namun mereka masih perlu memberi nafkah pada isteri, melainkan jika isteri mengatakan tidak.

Tapi, dengan 4 peraturan ini, suami dan isteri bukan saja mampu meneruskan kehidupan tanpa masalah kewangan yang kronik, tapi rumah tangga yang bahagia juga. 

Ini 4 peraturan merancang berikut:

1. Bina dan tunaikan short-term goals sama-sama

gaji suami kecil

Semua pasangan suami isteri pasti ada individual life goal tertentu. Perkara ini yang membentuk siapa diri kita walaupun kita telah berkahwin.

Jadikan goals ini sebagai short-term goals yang kalian kena capai sama-sama. Contohnya short-term goal saya nak melancong. Jadi, saya simpan sebahagian gaji saya untuk benda ini.

Short-term goals suami pula adalah untuk belajar lebih banyak tentang minatnya pada muzik untuk meningkatkan prestasi kerja (dia bekerja dalam bidang muzik). 

Apa perlu suami isteri buat: Untuk mencapai sama-sama matlamat ini tanpa perselisihan faham adalah isteri boleh menolong suami dalam bentuk bukan kewangan.

Jadi, sementara saya simpan duit untuk travel sama-sama dengan suami, saya juga membantu suami dengan memperkenalkan pelbagai muzik lain padanya. 

Win-win situation kerana suami takkan rasa bersalah jika saya berbelanja untuk kami travel bersama. 

2. Rancang long-term goals dari awal

gaji suami kecil

Kredit: Realty Biz News

Suami isteri pasti mahu membeli rumah selepas ada anak. Ia memerlukan komitmen yang berat. Jadi, kalian patut merancang pembelian rumah ini sebagai long-term goals

Oleh sebab gaji isteri lebih banyak dari suami, maka isteri boleh mengambil kuasa untuk mengawal simpanan bagi membayar duit muka rumah dan pinjaman bank asalkan gaji suami mungkin akan meningkat 20 atau 30 tahun lagi.

Tapi keputusan untuk menyimpan ini boleh berubah pada bila-bila masa, mengikut situasi kewangan kalian. 

3. Hanya guna duit dari satu pihak untuk perbelanjaan harian

gaji suami kecil

Kredit: Way 2 Good Life

Oleh sebab gaji suami kecil berbanding isteri, maka isteri perlu lebih menyimpan duit untuk mencapai long-term goals. Jadi, guna duit gaji suami untuk perbelanjaan di rumah.

Dengan gaji suami itu, kalian boleh membayar bil harian, barangan dapur dan sewa. Jadi apabila gaji suami digunakan untuk mengurus rumah, isteri ada duit lebih (duit selepas simpanan) yang boleh digunakan untuk kesenangan kalian bersama.

Contohnya mungkin nak pergi tengok wayang dan makan di restoran mahal.

4. Jangan fikir banyak jika mahu menghadiahkan sesuatu pada diri sendiri/pasangan

gaji suami kecil

Kredit: businessinsider.com

Perbelanjaan persendirian adalah salah satu cara untuk menghadiahkan sesuatu pada diri anda. Kan kita sendiri sudah penat bekerja?

Suami atau isteri berhak untuk berbelanja bagi menghadiahkan sesuatu pada diri sendiri atau pasangan. Mungkin isteri minat alat solek dan suami suka permainan PS3 terbaru. 

Guna duit gaji untuk beli hadiah-hadiah ini. Tapi, asingkan siap-siap duit simpanan dan duit perbelanjaan harian. Yang penting tahu tanggungjawab masing-masing sebelum berbelanja untuk diri sendiri. 

Merancang kewangan memerlukan tolak-ansur dan persefahaman daripada suami isteri. Roda dunia tidak selalunya di atas. Kadang-kadang, ia berputar ke bawah. 

Jadi, keluarga yang bahagia harus bijak mengatur kewangan mereka. Anda dan suami mampu mengharungi detik-detik ini. Moga keluarga kalian sentiasa dilindungi. 

 

 

 

 

 

Artikel digubah dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

3 Cara Isteri Patut Buat Bila Hadapi Masalah Suami Hilang Sumber Pendapatan

 

The post Gaji saya lebih banyak daripada suami, apa yang patut kami buat? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


5 Tagalog Relationship Rules


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>