Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Panduan lengkap menyusu bayi yang WAJIB DIBACA oleh semua ibu baru

$
0
0

Menyusu bayi baru lahir mungkin akan jadi seperti cabaran besar dan rumit kepada mana-mana ibu baru. Apakah tips menyusu yang penting? Bagaimana saya boleh menyusu dengan selesa? Apa posisi menyusu bayi yang terbaik?

Jangan risau. Hari ini theAsianparent akan menjawab soalan anda dan memberi beberapa cadangan supaya anda boleh menyusu dengan selesa. Jom semak panduan lengkap di bawah ini:

#1 Langkah asas dalam memilih posisi menyusu bayi 

posisi menyusu bayi

  1. Pastikan anda telah duduk dengan selesa dan ada sokongan pada bahagain belakang dan tangan. Kemudian naikkan kaki sedikit dengan menggunakan bangku kecil atau buku-buku tebal. 
  2. Pastikan anda mendukung bayi dengan mulut dan hidungnya menghala ke arah payudara anda. Ini supaya bayi tidak perlu pusingkan kepala semasa menyusu. Duduk dengan selesa sebelum mula menyusu bayi.
  3. Anda mungkin perlu menyokong payudara semasa menyusu. Ini supaya payudara anda tidak sentuh atau menghalang pergerakkan dagu bayi yamg boleh menjejaskan penyusuan. 
  4. Apabila cuba memberi susu, galakkan anak untuk membuka mulut dengan besar supaya dia dapat melekap dengan baik pada puting ibu. Dekatkan bayi sehingga hidungya menyentuh payudara dan jangan lupa untuk menyokong bahagian belakangnya.

#2 Posisi menyusu bayi yang boleh digunakan

Di bawah kami sertakan apakah posisi menyusu bayi yang boleh digunakan oleh anda beserta dengan cara-caranya. Jom kita study!

posisi menyusu bayi

4 posisi menyusu bayi yang boleh digunakan

Posisi cradle hold

Ini adalah posisi menyusu bayi yang paling popular dan kita sering lihat ibu menggunakan posisi menyusu bayi ini sebaik saja anak bersalin.

Caranya senang saja, ibu cuma perlu mendukung bayi, dan memastikan hidung anak bertentangan dengan puting payudara. Sokong bahagian belakang bayi, kemudian pusingkan badannya supaya dia berada dalam kedudukkan perut ke perut sebelum menyusu.

Anda juga boleh menaikkan payudara dan meletakkan bantal di atas paha untuk mengelak dari menyandar ke depan kerana ini akan menyebabkan sakit punggung.

Posisi Reverse Cradle Hold (Cross-Cradle)

Terbalik dari posisi cradle hold, posisi cross-cradle membolehkan ibu melihat mulut bayi apabila dia mula melekap pada payudara.

Ibu juga boleh mengawal posisi kepala bayi dan cara ini adalah cara alternatif yang baik untuk:

  • bayi yang menghadapai cabaran untuk melekap pada payudara,
  • bayi yang tidak ada latching yang baik dan senang terlepas puting payudara,
  • bayi yang kecil dan pramatang.

Menyusu sambil baring 

posisi menyusu bayi

Satu lagi posisi menyusu bayi yang sangat popular di kalangan ibu menyusu ialah menyusu sambil baring. Ramai ibu berpendapat ini posisi yang paling selesa, terutamanya apabila menyusu pada waktu malam.

Posisi ini juga boleh membantu anak menyusu dengan senang. Ibu dan bayi boleh berbaring bersebelahan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Gunakan bantal untuk menyokong belakang atau letakkan bantal dicelah-celah kaki supaya anda lebih selesa.

Posisi football hold

Letakkan beberapa bantal di bawah lengan dan pegang bayi di atas lengan sambil menyokong kepalanya.

Bayi perlu dipegang berdekatan dengan badan seperti memegang sebiji bola sepak. Ibu boleh menunjukkan mulut bayi ke puting susu.

Posisi menyusu bayi ini agak meletihkan, jadi pastikan ibu guna lebih banyak bantal di bawah lengan untuk sokongan.

#3 Bagaimana saya boleh menyusu dengan selesa?

posisi menyusu bayi

Kredit: news-mail.com.au

Sesi menyusu boleh mengambil masa sehingga 40 minit jadi ibu perlu pilih tempat yang selesa untuk menyusu. Cari tempat yang tenang jika anda mudah terganggu dengan bunyi bising.

Jika anda rasa bosan ketika menyusu anak, anda boleh cuba menyusu di hadapan televisyen. Tapi hanya lakukan ini jika susu badan ibu sudah lancar malah ibu dan bayi tidak mudah terganggu dengan bunyi bising dari TV

Ada yang memilih untuk membaca buku atau melayari internet semasa menyusu

Gunakan posisi menyusu bayi yang paling sesuai untuk mengelak sakit belakang dan tangan. Pastikan diri dan bayi dalam keadaan yang tenang sebelum mula menyusu.

Jika anda rasa sakit semasa menyusu, gunakan jejari kecil yang bersih untuk melepaskan bayi dari payudara dan cuba latch-on sekali lagi.

#4 Menyusu dari sebelah saja atau kedua-dua payudara? 

Ikut kemahuan anak. Dia mungkin mahu menyusu dari sebelah saja ataupun kedua-duanya sekali. 

#5 Posisi menyusu bayi terbaik untuk ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean?

Cara terbaik untuk menyusu bagi ibu yang bersalin c-zer ialah menyusu sambil berbaring.

Anda boleh meletakkan bantal kecil untuk menghalang bayi anda dari tertendang luka perut. Bantal turut boleh diletak di bawah lengan supaya anda rasa lebih selesa.

Selepas beberapa hari, anda boleh cuba untuk menyusu anak dalam kedudukan tegak. Tapi hanya lakukan ini jika rasa diri tidak dapat melakukannya.

Dapatkan bantuan dari keluarga sekiranya anda menghadapai cabaran untuk menyusu akibat luka di perut.

Posisi football hold juga posisi menyusu bayi yang baik untuk ibu yang mengalami pembedahan, mempunyai payudara besar atau bayi yang kecil.

Ibu-ibu dengan anak kembar yang ingin menyusukan bayi mereka pada masa yang sama juga boleh memilih kedudukan ini.

Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai posisi menyusukan bayi yang baru dilahirkan.

 

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.

Kredit gambar: Pinky McKay’s Beautiful Breastfeeding

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Panduan untuk ibu bapa baru: Berapa kerap bayi baru lahir perlu menyusu?

The post Panduan lengkap menyusu bayi yang WAJIB DIBACA oleh semua ibu baru appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Best Love Life Quotes Collection


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Problema Quotes – Pera Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>