Masalah susah tidur malam (insomnia)
Susah tidur malam atau masalah insomnia pasti boleh buat ramai parents rasa lebih stres. Sudahlah anda kena bangun awal untuk menyiapkan semua benda (untuk anak, pasangan atau kerja), waktu malam pula anda susah tidur.
Umumnya, orang dewasa memerlukan hampir 6-8 jam waktu tidur setiap malam. Tapi bagi anda yang susah nak tidur, nak mencapai target 6-8 jam itu pasti sukar, kan?

Kredit: fastingtalk.com
Kami faham sangat dengan masalah susah tidur malam itu. Sebab itu kami ingin berkongsi apa 8 bahan semulajadi yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Moga dengan 8 bahan semulajadi di bawah, anda dapat tidur lebih nyenyak dan boleh perform jadi ibu bapa terbaik!
#1 Atasi masalah susah tidur malam dengan teh hitam
Asid amino dalam makanan dan minuman tertentu sebenarnya boleh memberi khasiat pada sistem saraf. Ia membolehkan anda mudah tidur dengan nyenyak.
Salah satu asam amino yang terbaik adalah L-theanine. Zat ini boleh didapati dalam teh hitam, teh hijau dan white tea.
Asid amino mengatasi masalah susah tidur malam dengan mengurangkan rasa cemas jadi anda boleh senang nak tidur. Amalkan teh ini sebelum tidur, jom!
#2 Minum white tea
Walaupun white tea mengandungi kafein, namun ia lebih banyak asid amino L-theanine.
Sebuah kajian dari Asian Pacific Journal of Nutrition mendapati gelombang otak akan meningkat jika individu mengambil lebih banyak asid amino L-theanine.
Gelombang otak ini akan memberi rasa relaks pada tubuh, jadi anda akan lebih senang nak tidur!
#3 Teh hijau juga bagus!

Kredit: phillymag.com
Teh hijau mengandungi bahan yang dipanggil pektin, bersama asid amino dan alkaloid. Semua bahan ini berfungsi untuk membuatkan fikiran anda lebih relaks.
Teh hijau juga amat berkesan untuk mencegah sleep apnea.
4. Buah lemon
Kandungan vitamin C dalam buah lemon tidak hanya bagus untuk sistem imun badan, malah ia juga memberi nutrisi kepada kelenjar adrenalin.
Lemon membantu sistem saraf manusia menjadi lebih tenang, boleh mengatasi stres dan anda dapat mengatasi masalah susah tidur malam!
5. Buah limau nipis
Sama seperti buah masam lain yang mengandungi vitamin C, limau nipis juga mampu menenangkan sistem saraf dan menghilangkan stres malah rasa cemas yang parents selalu rasa.
Sebab itu buah ini amat bagus untuk mengatasi masalah susah tidur malam.
6. Buah oren
Brain Research Bulletin pada tahun 2015 melaporkan vitamin C yang ada dalam buah oren mencegah ketidakseimbangan memori dan menjaga antioksidan dalam otak.
Hal ini mampu menurunkan masalah susah tidur malam dan memberi tidur yang lebih nyenyak.
7. Kayu manis
Kayu manis memberi nutrisi pada sistem saraf yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah.
Jika anda selalu terbangun di tengah malam, ia biasanya disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang meningkat. Kalau tak mahu asyik terbangun lagi, cuba masukkan kayu manis dalam menu harian anda!
8. Halia
Selain bagus untuk sistem pencernaan, halia juga amat bermanfaat untuk sistem saraf, lebih-lebih lagi dalam mengatasi susah tidur malam.
Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 oleh Journal Bioorganic and Medical Chemistery mendapati halia mampu mempengaruhi reseptor hormon serotonin di otak. Ia memberi rasa lebih relaks.
Jadi ibu dan bapa semua, kalau anda ada masalah susah tidur malam atau insomnia, apa kata anda cuba 8 bahan semulajadi ini?
Moga-moga masalah insomnia anda akan semakin pulih. Semoga maklumat ini bermanfaat buat kesihatan anda!
Artikel disumbangkan oleh theAsianparent Indonesia
Kredit gambar: Talk About Sleep
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Peyelidikan: Perempuan Perlu Tidur Lebih Lama Daripada Lelaki
The post Anda susah tidur malam? Cuba 8 bahan ini untuk tidur nyenyak tanpa insomnia appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.