Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Mencegah kemalangan yang biasa berlaku pada kanak-kanak

$
0
0

Ibu bapa atau orang dewasa perlu menitikberatkan soal keselamatan di kalangan kanak-kanak kerana kanak-kanak adalah insan yang lemah.

Pengawasan dan bimbingan oleh penjaga amat penting untuk memastikan si kecil selamat.

Lemas atau tidak sedarkan diri

shutterstock_90285616-1

Baru-baru ini, viral di laman sosial seorang kanak-kanak terkena sawan akibat adiknya yang tembam telah menindih muka kakaknya sehingga menyukarkan kakaknya bernafas.

Dalam hal ini, pengawasan ibu bapa adalah penting walaupun anak-anak cuma bermain dengan teman rapat mahupun adik beradik. Elakkan penyesalan sepanjang hayat, jagalah keselamatan anak anda. Ibu bapa digalakan untuk belajar teknik CPR yang penting untuk menyelamatkan nyawa anak kecil atau orang lain.

Bila berada di rumah, tutup pintu bilik air kerana anak kecil amat suka bermain dengan air. Mereka boleh lemas di dalam air baldi yang tingginya cuma beberapa inci sahaja.

Terjatuh atau tergolek

shutterstock_56986519-1

Kemalangan disebabkan terjatuh atau tergolek kerapkali terjadi bila bayi atau anak kecil menggunakan walker dan buai. Ibu bapa harus memantau penggunaan buai berspring dari semasa ke semasa kerana spring yang terlalu longgar akan mengakibatkan badan anak terhantuk lantai. Jika ibu bapa tiada masa untuk memantau pengunaan buai semasa anak tidur, tidurkan anak di dalam kot atau katil bayi sahaja.

Kerusi walker tidak terbukti untuk mempercepatkan anak berjalan, tetapi lebih bahaya, kaki anak boleh tergilis dan anak berisiko untuk terjatuh dari walker beroda.

Kemalangan jalan raya

shutterstock_299138636-1

Latih anak untuk melintas jalan dan gunakan lintasan pejalan kaki dengan selamat apabila melintas. Nasihatkan anak supaya fokus bila melintas jalan dan elakkan bergurau senda di atas jalan. Bila melintas jalan dengan orang dewasa, pimpin dan pegang erat tangannya supaya anak selamat.

Bila memandu dan membawa anak kecil, jangan biasakan diri untuk memangku anak di riba dan anda tidur. Tempatkan anak-anak di dalam kerusi khas untuk anak kecil di dalam kereta, untuk mengurangkan risiko kecederaan semasa kemalangan. Apabila anak anda belajar menunggang basikal, pastikan mereka memakai topi dan pelapik lutut dan siku untuk mengurangkan impak kecederaan.

Keracunan

shutterstock_276701504-1

Sifat ingin tahu memang tinggi di kalangan bayi dan anak kecil. Justeru, adalah penting untuk ibu bapa memantau anak-anak. Anak-anak suka memasukkan apa sahaja barang yang menarik perhatiannya ke dalam mulut. Jadi, sebagai langkah keselamatan awal, simpan bahan cecair beracun dan peluntur di tempat yang tinggi dan selamat.

Simpan bebola naphthalene di tempat yang tinggi dan selamat. Tebas lah semak samun yang meliar di sekeliling rumah. Anak anda mungkin menyangka semua cendawan yang tumbuh boleh dimakan, seperti apa yang selalu ibunya masak untuk makan tengahari.

Melecur dan terbakar

shutterstock_383896948-1

Musim perayaan adalah musim untuk membakar meriam dan mercun. Tetapi untuk anak kecil,penggunaan bunga api dan mercun haruslah dipantau untuk mengelakkan kemalangan dan melecur. Jangan belikan anak anda mercun semasa jika umurnya tidak cukup dewasa dan selamat untuk mengendalikan bahan mudah bakar. Belikan anak anda bunga api sahaja.

Jika di rumah, sentiasa tutup periuk yang berisi masakan mendidih dan pindahkan di tempat yang selamat. Jangan letakkan periuk atau makanan panas di atas meja yang mempunyai alas meja. Kerana anak kecil boleh tarik alas meja dari bawah dan makanan panas boleh jatuh ke atas lantai atau mencederakan mereka.

The post Mencegah kemalangan yang biasa berlaku pada kanak-kanak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>