Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Cara menyimpan susu badan dengan betul, petua berguna buat ibu bekerja

$
0
0

Cara menyimpan susu ibu hendaklah dilakukan dengan betul, supaya ia tidak rosak dan selamat untuk diminum oleh bayi anda.

Susu yang diberi terus dari payudara ibu memang lebih baik. Walaubagaimanapun, ada di antara ibu-ibu yang terpaksa bekerja dan tidak mempunyai kelonggaran untuk menjadi suri rumah.

Satu lagi contoh keadaan terdesak ialah apabila ibu terpaksa menjalani pembedahan. Ibu itu tidak akan dapat menyusu bayinya selama beberapa hari.

Oleh itu ia adalah penting utuk ibu-ibu tahu cara menyimpan susu badan. Jom ikut tips berguna yang kami sediakan di bawah ini:

#1 Cara menyimpan susu ibu: Cari bekas yang sesuai 

Cara menyimpan susu ibu

Bekas yang baik untuk menyimpan susu ibu adalah bekas yang diperbuat dari kaca atau plastik yang kedap udara seperti botol susu yang dapat ditutup dengan ketat, atau beg khas untuk susu ibu.

Jangan guna beg plastik lain yang bukan khas untuk susu ibu kerana ia berisiko untuk pecah apabila dibekukan dalam peti sejuk.

#2 Cara menyimpan susu ibu: Guna bekas yang bersih

Bersihkan botol atau bekas susu dengan air dan sabun. Kemudian bilas dengan air mendidih atau sterilkan dalam mesin steriliser sebelum menyediakan susu seperti biasa.

Jika botol itu tidak digunakan, biarkan ia kering secara semulajadi. Pastikan ibu bapa membeli botol bebas BPA kerana botol jenis ini selamat dan tahan suhu panas.

Cara menyimpan susu ibu

#3 Tips berguna tentang cara menyimpan susu ibu

  • Susu yang telah dipam keluar mesti dimasukkan dalam peti sejuk. Ia hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik selama 1 jam.
  • Labelkan tarikh dan masa supaya mudah diingat dan disusun.
  • Cara menyimpan susu ibu yang baik ialah dengan membahagikannya mengikut jumlah susu yang diambil oleh anak supaya tidak membazir susu yang tidak habiskan.
  • Susu yang tidak habis perlu dibuang dan tidak boleh bila disimpan kembali.
  • Jangan campur susu baru dengan baki susu ibu yang telah dipanaskan sebelum ini.
  • Jangan isi susu sehingga terlalu penuh. Biarakan ruang kosong kira-kira 2.5 cm dari atas.

#4 Suhu dan tempoh menyimpan susu badan

Jika ibu mengamalkan cara menyimpan susu ibu yang tepat, ia boleh bertahan selama 6 – 8 jam pada suhu bilik kurang dari 25 ° C. Selepas itu, susu ibu perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Apabila disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 ° C, susu ibu boleh disimpan selama 5 hari. Susu ibu yang disejukkan dalam cooler dengan pek ais boleh bertahan selama 24 jam.

Susu ibu yang telah dipam keluar juga boleh dibekukan terus jika peti sejuk di pejabat mempunyai peti ais. Apabila dibeku pada suhu -15 ° C, susu ibu boleh disimpan selama 3-4 bulan.

Ibu-ibu yang berjaya untuk menghasilkan bekalan susu yang banyak bolehlah melabur sedikit wang untuk membeli peti penyejuk beku khas untuk susu ibu.

Apabila dibekukan pada susu – 18 ° C, susu ibu boleh disimpan selama 6 bulan.

#5 Cara menyediakan susu ibu yang telah sejuk

Cara menyimpan susu ibu

Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, cara terbaik untuk memanaskannya ialah dengan merendam botol atau beg susuke dalam mangkuk/cawan berisi air panas.

Jika susu tidak habis diguna, jangan guna ia semula selepas tempoh 24 jam. Jangan panaskan susu ibu dengan microwave.

Cara menyediakan susu ibu yang beku

  • Nyahsejuk beku susu ibu di dalam peti sejuk selama 4 jam kemudian siram (masih dalam keadaan tertutup) dengan air sejuk yang mengalir.
  • Cairkan susu ibu dengan air suam dari paip sehingga ia cair sepenuhnya. Jangan cairkan susu beku dengan meletakkannya pada suhu bilik.
  • Selepas susu cair, rendamkan botol atau beg susu ke dalam mangkuk atau bekas yang mempunyai air panas.

Ikutilah garis panduan ini untuk cara menyimpan susu ibu yang betul. Sentiasa memastikan kebersihan ketika menyimpan susu ibu, kerana susu yang rosak atau tercemar boleh membahayakan bayi anda.

 

 

 

 

Sumber: Breastfeeding Your Baby – Region of Peel public health booklet

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

5 Tip Tangani Masalah Bayi Enggan Minum Susu Badan Melalui Botol Susu

The post Cara menyimpan susu badan dengan betul, petua berguna buat ibu bekerja appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Boy Banat Patama Tagalog Love Quotes for you


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tropa Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>