Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Tangani keresahan (anxiety) dan kemarahan anak anda dengan 9 tip ini

$
0
0

Menurut laporan CNN, bukan mudah untuk mengenalpasti gangguan keresahan atau anxiety pada kanak-kanak. Tapi keresahan ini boleh dilihat melalui antara simptom seperti anak cepat marah, sukar tidur, rasa tidak disayangi dan sering memberi reaksi negatif.

Anak cepat marah dan keresahan kerana ibu bapa

anak cepat marah

Kadang-kala sebagai ibu bapa kita perlu membiarkan mereka merasai sedikit tekanan

Menurut Inc.com, keinginan ibu bapa ingin melindungi anak mereka dengan memanjakan mereka boleh menyebabkan keresahan anak menjadi lebih teruk dan bukan bertambah baik.

Semakin teruk keresahan mereka, semakin anak cepat marah. Jangan manjakan diri mereka dengan mengajar jalan keluar mudah. 

Memang benar, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak melalui kesukaran. Tapi, memberi sedikit tekanan adalah baik untuk mereka.

Ia membantu mereka keluar dari “zon selesa” dan berdepan dengan apa yang mereka takuti.

Anda boleh membantu mereka dengan memberi panduan dan dorongan. Setiap kanak-kanak unik dan berbeza.

Mereka mempunyai personaliti tersendiri yang mungkin menyebabkan keresahan.

9 tips menangani anak cepat marah dan keresahan

anak cepat marah

Setiap kanak-kanak adalah unik

Jadi, jika anda mengesyaki anak anda mengalami keresahan, berikut adalah 9 tip yang boleh membantu anda tangani hal ini:

1. Ajar mereka cara kendali marah/resah dengan aktiviti fizikal

Bantu mereka mengalihkan keresahan kepada perbuatan fizikal. Contohnya mengira hingga 10 ketika rasa resah atau memegang jari mereka.

2. Ajar mereka tentang cara mengawal nafas

Luangkan beberapa saat selepas bangun tidur dan sebelum memulakan hari yang sibuk untuk bernafas dengan betul. Ajar mereka apabila mereka marah dan resah, cuba tarik nafas.

3. Buat sedikit perubahan

Tidak kiralah jika perubahan itu sangat kecil seperti perubahan penjaga di pusat jagaan mereka atau sebagainya.

Tapi jangan ubah terlalu banyak benda. Pastikan mereka tidak terlalu terkesan dengan perubahan itu hingga menambah lagi keresahan mereka.

4. Ajar anak yang semua emosi ada makna tertentu

anak cepat marah

Kredit: huffingtonpost.com

Tidak kira emosi itu positif atau tidak, semuanya adalah bermakna dan penting. Namun tekankan emosi positif kepada mereka.

Contohnya galakkan mereka untuk memilih emosi positif berbanding negatif.

5. Galakkan mereka untuk melihat dari sudut positif

Galakkan mereka untuk bercerita tentang apa yang positif dengan hari mereka. Namun jangan terus menolak sekiranya mereka ingin berkongsi cerita tertentu dengan anda.

Cuma, lebihkan bertanya tentang sesuatu yang positif agar mereka lebih optimis.

6. Hormati perasaan dan pendapat anak 

Jika anda anda seorang yang sukar bergaul dengan orang (introvert), jangan paksa mereka berkawan dengan orang. Biar mereka lakukannya bila mereka bersedia.

Jika mereka kelihatan tidak dapat menerima banyak arahan dalam satu masa, pecahkannya menjadi lebih ringkas.

Jangan terlalu mengharap mereka mengikut cara anda 100% tanpa menghiraukan apa yang mereka rasa.

7. Senaman sebagai aktiviti harian

Aktiviti fizikal bukan saja bagus untuk kesihatan fizikal tapi juga mental. Cuba masukkan senaman sebagai aktiviti harian.

Ia tidak perlu yang terlalu serius seperti pergi ke gim pun. Ia boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan seperti menari aerobik bersama anak anda.

8. Ajarkan mereka terima kesalahan

Anak yang tidak dapat menerima kesalahan diri sendiri ada kecenderungan untuk mengalami keresahan. Ajarkan mereka untuk menerima kesalahan dan belajar dari kesalahan.

9. Peluk mereka dengan kerap

Pelukan dan kata-kata semangat dapat membuatkan hormon yang mempengaruhi mood baik.

Malah ia juga sebagai tanda anda menunjukkan rasa sayang kepada mereka. Mereka akan lebih faham dengan perasaan anda terhadap mereka.

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore, The New York TimesPsychology Today, Inc.com, CNN

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Tanda-tanda anak anda STRESS!

The post Tangani keresahan (anxiety) dan kemarahan anak anda dengan 9 tip ini appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>