Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Isteri ini TAK PERNAH buang mekap depan suami sebab takut suami tawar hati

$
0
0

Isteri pakai make up walaupun ketika tidur

Cerita tentang Liza* dan Khairi* ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Namun, kisah ini sewajarnya dijadikan pengajaran buat semua pasangan suami isteri di luar sana. Pernah tak anda dengar kisah tentang isteri pakai make up walaupun ketika tidur?

Dalam kisah itu, seorang suami telah memaksa isterinya memakai make up walaupun ketika tidur kerana dia tak suka dengan “muka kosong” si isteri apabila tidak bersolek. 

Apabila isteri enggan berbuat demikian, dia diceraikan. Alasan bercerai yang paling tidak munasabah, bukan?

Dek paranoid dengan kisah rumah tangga itu, Liza* nekad untuk tidak membuang/menanggalkan make upnya depan Khairi, si suami. 

isteri pakai make up

Kredit: eistra.info

Isteri pakai make up untuk suami

Liza sama saja seperti isteri-isteri zaman sekarang. Selepas berkahwin, dia setia dengan Khairi.  

Sebelum berkahwin, Liza dan Khairi kenal sekejap saja. Mereka jatuh cinta pandang pertama. Khairi sentiasa memuji kecantikan Liza, lebih-lebih lagi matanya yang besar. 

Tanpa Khairi sedar, Liza sebenarnya memakai bulu mata palsu. Sejak sering dipuji oleh Khairi, Liza tidak lagi mahu menanggalkan make up dan bulu mata palsunya.

Bayangkan setiap kali nak keluar, Liza akan berjam-jam make up untuk memastikan mukanya sempurna!

Isteri pakai make up agar suami tak lari dan tawar hati

Pernah sekali Liza keluar dengan Khairi tanpa make up. Khairi terus menegur Liza mengatakan mukanya nampak berlainan. Sejak itu, Liza tidak yakin jika dia tak pakai mekap di depan Khairi.

Walaupun selepas berkahwin, Liza masih tidak mahu menanggalkan make upnya di hadapan Khairi. 3 tahun Liza tidur selepas Khairi tidur. 

isteri pakai make up

Yang penting, Liza takkan tanggal bulu mata palsunya itu. Ketika Liza dalam bilik bersalin pun dia masih memakai bulu mata palsu itu!

Selepas bertahun-tahun menyembunyikan muka asalnya dari suami dek takut suami tawar hati, sekarang Liza mula menyesal

Perbuatan tak menanggalkan make up walaupun ketika hendak tidur sebenarnya tabiat yang tidak sihat. Sekarang, kulit muka Liza sudah menunjukkan kesan akibat tabiatnya itu.

Mata Liza juga asyik gatal-gatal dan bengkak kerana pemakaian bulu mata palsu yang berterusan. Bulu matanya yang sebenar juga semakin botak!

Isteri pakai make up untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri

Walaupun Khairi tidak meninggalkan Liza seperti kisah rumah tangga yang menyeramkan itu, tapi keyakinan diri Liza sudah menurun. 

Dia dihantui rasa bersalah di atas perbuatannya. Dia juga masih takut yang semuanya sudah terlambat. Jika dia mengubah tabiat tidak mahu menanggalkan mekapnya itu sekarang, Khairi mungkin akan tinggalkannya!

isteri pakai make up

Mekap memang boleh meningkatkan keyakinan diri dan imej badan yang positif. Tapi kalau kita terlalu bergantung dengannya, keyakinan diri, sikap positif dan kestabilan emosi kita mungkin boleh terganggu.

Wahai wanita di luar sana, jangan lupa untuk menghargai diri anda terlebih dulu. Menghargai diri sendiri meningkatkan keyakinan. Selain itu, anda juga harus menerima diri anda. 

Dari sifat menerima diri sendiri itu barulah anda boleh bersikap positif. Tiada siapa yang sempurna pun di atas muka Bumi ini. 

Yang paling penting adalah emosi yang stabil. Kalau emosi anda sentiasa tak stabil, boleh kacau rumah tangga nanti!

Apapun, ambillah kisah ini sebagai pengajaran.

 

 

Sumber rujukan: Her World PlusPsychology Today

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Kredit gambar: ScoopWhoop

Baca juga:

“Isteri asyik bising” Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!

The post Isteri ini TAK PERNAH buang mekap depan suami sebab takut suami tawar hati appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.