Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Ini apa anda patut buat jika anak suka memukul anda dan orang lain

$
0
0

Tabiat anak suka memukul bukanlah satu perkara yang terlalu dirisaukan. Ia sebenarnya sebahagian daripada komponen perkembangan kanak-kanak.

Ketika semakin membesar, anak anda itu bukan saja sedang mengembangkan kemahiran bahasa, malah mereka juga sedang mempelajari penguasaan emosi.

Apabila anak suka memukul ibu atau orang di sekelilingnya, itu adalah sebahagian daripada reaksi impulsif dirinya. 

anak suka memukul

Kredit: AskOpinion

Anak suka memukul untuk meluahkan perasaan 

Pada satu tahap, semua kanak-kanak akan memukul orang lain. Ia adalah normal dan perangai yang sihat. Tapi, sikap agresif pada diri anak juga boleh dipengaruhi oleh faktor sekeliling.

Mereka mungkin mempelajarinya daripada ibu ayah, adik-beradik dan rakan-rakan di nurseri atau taska.

Apa boleh anda buat apabila anak suka memukul dan bersikap agresif? 

Sebagai ibu ayah, jika ia adalah sikap sekali-sekala, anda cuma perlu berlapang dada dan memaafkannya. Dia sedang belajar cara untuk menunjukkan rasa kecewa yang ada dalam dirinya.

Namun, jika ia berlaku secara kerap dan terlampau agresif, anda perlu segera menanganinya dengan 7 cara ini:

1. Anda kena bawa bertenang

anak suka memukul rakan

Kredit: Newkidscenter.com

Menjerit, memarahi dan memukul anak yang sedang agresif tidak akan membantu. Malah, ia akan membuatkannya semakin marah dan mahu melawan.

Jadi, anda perlu kekal bertenang. Ajarinya mereka yang bertenang adalah satu cara untuk mengawal kemarahan. Cakap kepadanya dengan lembut dan terangkan tangan tidak boleh diguna untuk memukul dan mencederakan orang lain.

Percayalah, anak anda mungkin masih kecil, namun dia sudah cukup bijak untuk memahami apa yang anda ajar.

2. Tetapkan had yang jelas

Anda perlu menunjukkan reaksi segera apabila anak memukul ibu, ayah atau orang lain di sekelilingnya. Alihkan kedudukan anak dan jauhkannya daripada situasi yang membuatkannya marah.

Dengan cara ini, anak anda akan dapat mempelajari yang setiap kali dia marah atau memukul, dia akan “didenda” dengan kaedah pengasingan.

Apabila dia sudah tenang, tetapkan had yang jelas. Contohnya:

“Abang boleh marah. Tapi, abang tidak boleh guna tangan untuk memukul ibu atau sesiapa saja.”

3. Ajar dan tekankan tabiat yang baik ketika marah

anak suka memukul temannya

Kredit: Babycenter.ca

Apabila anak suka memukul ibu atau orang lain, anda perlu memberikan penjelasan secara berulang tentang kesilapannya.

Kemudian, berikan alternatif kepada kesalahan yang dilakukannya itu. Contohnya, apabila anda membawanya ke taman dan dia berebut mainan dan memukul kanak-kanak lain, katakan begini:

“Kita kena berkongsi mainan. Jika berebut, minta izin dan main bersama-sama. Cakap baik-baik dan jangan pukul kawan.”

Melihat dan membiarkan kelakukan anak hanya akan membuatkannya berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh diri itu adalah betul.

4. Beri denda yang logikal

Apabila anak mula berusia 3 tahun, dia sepatutnya sudah memahami setiap kelakuannya akan ada akibat.

Jika anak berebut mainan dan memukul rakannya, dendalah dia dengan mengalihkan anak daripada mainan tersebut dan mintanya untuk duduk di tepi.

Memukul anak hanya akan membuatkannya semakin marah dan meniru sikap anda.

5. Tegas dalam mendisiplinkan anak

anak suka memukul ibu ayah

Kredit: Ahaparenting.com

Apabila anda berpendirian tegas terutamanya tentang sikapanak yang suka memukul, anak anda akan faham dan berhenti jua kelak.

Setiap kali dia memukul dan anda sering menerang dan mendendanya, dia akan berhenti daripada tabiat suka memukul atau bersikap agresif.

Si kecil akan tahu bahawa ada ibu atau ayah yang tegas yang sedang memerhatikan dan akan menghukum perbuatannya.

6. Pantau rancangan TV yang ditontonnya

Perhatikan jenis rancangan kartun atau drama apa yang suka ditonton oleh anak anda. Pakar menerangkan:

“Jika kanak-kanak dibiarkan menonton tanpa pantauan, ia akan mempengaruhi perkembangan dan kesihatannya dalam jangka masa panjang.”

Jika anda mendapati yang si kecil suka menonton rancangan TV atau video YouTube yang ada banyak aksi bergaduh dan berlawan, maka terhadkan atau larang dirinya daripada menonton.

7. Dapatkan bantuan jika ia diperlukan

atasi masalah anak suka memukul

Kredit: Herfamily.ie

Jika anda tidak mampu mengawal sikap anak yang semakin agresif dan suka memukul anda serta orang lain, maka dapatkan bantuan.

Perhatikan jika anak anda berkelakuan seperti berikut:

  • Anak suka memukul tanpa henti selama berminggu-minggu
  • Anak anda menakutkan kanak-kanak lain dan sering membuat rakannya menangis
  • Anak suka menjerit dan memukul orang dewasa tanpa sebab
  • Anda tidak mampu mengawal kemarahan atau sikap agresif anak

Berjumpalah dengan pakar kanak-kanak. Mungkin ada masalah sikap atau isu dalaman yang menyebabkannya berkelakuan sedemikian rupa.

Pemeriksaan lanjut dan menyeluruh oleh pakar dapat mencari masalahnya dan membantu anda mengatasi sikap anak yang agresif dan suka memukul.

 

 

 

 

Terjemahan dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Tanda Amaran Anak Anda Mungkin Alami Gejala Awal Gangguan Mental

 

The post Ini apa anda patut buat jika anak suka memukul anda dan orang lain appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>