Bercakap dengan bayi dalam perut boleh meningkatkan kemampuan perkembangan bayi ketika dalam rahim. Ia ini juga akan membawa kesan positif kepada kemampuannya selepas lahir nanti.
Selain itu, bercakap dengan bayi dalam perut juga akan semakin menguatkan ikatan emosi antara ibu ayah dengan bayi sebelum lahir.
Bercakap dengan bayi dalam perut di usia kandungan 3 bulan
Janin berusia 3 bulan masih lagi dalam fasa perkembangan otot dan saraf. Di usia kandungan 3 bulan, anda sudah boleh mula bercakap dengannya.
Cara ini boleh membantu anda mempersiapkan diri dari segi emosi dengan kehadiran bayi sebagai anggota keluarga baru.
Bercakap dengan bayi dalam perut juga boleh membantu ibu menjadi lebih rileks dan mengubah mood menjadi lebih baik.

Kredit: theAsianparent Indonesia
Bercakap dengan bayi dalam perut di usia kandungan 4- 6 bulan
Pada usia kehamilan 4-6 bulan, kemampuan bayi untuk mendengar mulai berkembang. Dia akan boleh mendengar apa yang diucapkan ibunya.
Bayi juga akan ingat nada suara ibunya. Bahkan dia boleh memberikan respon secara gerakan di dalam rahim seperti menendang.
Baca artikel berkaitan: 6 fakta tentang tendangan bayi dalam kandungan
Anda boleh berbicara apa saja dengan bayi anda, atau membacakannya buku cerita.
Bahkan, memperdengarkan ayat suci Alquran atau lagu-lagu rohani juga boleh menjadi satu bentuk pendidikan agama sejak kecil untuk bayi anda. Jangan lupa, libatkan si ayah dalam aktiviti ini.
Bicara dengan bayi di usia kandungan 7- 9 bulan

Kredit: Americanpregnancy
Di usia kandungan 7-9 bulan, bayi akan memberi reaksi yang lebih kuat pada suara ibunya.
Bernyanyilah atau mendengarkan muzik kepadanya. Muzik dapat membantu merangsang dan menguatkan jaringan saraf pada pancaindera bayi.
Baca artikel berkaitan: 4 jenis muzik yang bagus untuk bayi dalam kandungan
Cara bercakap dengan bayi dalam kandungan
1. Pilih waktu yang tepat
Sebenarnya anda boleh bercakap dengan bayi bila-bila masa saja. Namun, waktu terbaik adalah setelah anda makan. Kenapa? Kerana ketika itulah bayi anda sedang aktif.
Selain itu, waktu sebelum tidur juga adalah masa yang baik untuk berbicara dengan bayi dalam kandungan.
2. Sesuaikan mood ibu
Bayi di dalam kandungan boleh mengenali emosi ibunya. Sama ada si ibu sedang gembira, sedih, atau marah, bayi boleh merasakannya.
Sebab itulah, sebelum bercakap dengan bayi, berusahalah untuk menenangkan diri anda.
Dan atur emosi anda agar lebih positif supaya ucapan yang dikatakan kepada bayi juga positif.
3. Bicara dengan perlahan

Kredit: Maerakluke.com
Biarkan bayi anda merasakan cinta anda sejak dia dalam kandungan lagi. Bicaralah dengan suara yang lembut dan penuh kasih sayang. Lakukan hal ini secara rutin.
4. Berikan sentuhan penuh cinta
Mengusap perut, menyanyikan sebuah lagu untuk si kecil di dalam perut. Semua itu harus anda lakukan dengan hati yang gembira agar bayi anda juga boleh merasakan kebahagiaan anda.
Bercakap dengan bayi dalam perut boleh membantu menguatkan hubungan antara anda dan anak.
Ia juga menguatkan ikatan keluarga. Berbicara dengan bayi dalam perut juga boleh mengurangkan stress ibu selama masa kehamilan.
Jadi, jom jadikan amalan bercakap dengan bayi dalam kandungan sebagai satu habit sepanjang kehamilan kita. OK ibu?
Semoga bermanfaat!
Terjemahan daripada theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
6 sebab mengapa emosi marah tidak bagus untuk bayi dalam kandungan
The post Ingin mengajak bayi bersembang sejak dalam kandungan? Begini caranya! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.