Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Kesalahan Suami Berikut Ini Membuat Ibu Hamil Menjadi Sensitif

$
0
0

Walaupun terdapat banyak maklumat tentang kehamilan diluar sana, tetap sahaja masih ada kesalahan suami yang kerap dilakukan ketika isterinya sedang hamil.

Beberapa kesalahan tersebut ada yang fatal, ada juga yang remeh. Namun bagi ibu hamil yang sangat sensitif, tetap sahaja hal tersebut membuat mereka menjadi kecewa.

1. Tidak temankan isteri ke doktor

Dah ingatkan suami dari jauh-jauh hari mengenai jadual kunjungan ke doktor kandungan, namun pada harinya ternyata suami terlupa? Aduuuh, rasa macam nak nangis pastu kasi silent treatment je!

Bagi ibu hamil, itu membuat suami terkesan tidak peduli dan tidak peka lho.

Maka, selama kondisi memungkinkan, usahakan meluangkan waktu untuk menemani jadual kontrol kehamilan isteri ya, ayah.

2. Serba terserah

Mulai dari pilihan hospital untuk melahirkan hingga peralatan untuk calon anak kelak semua anda serahkan pada keputusan isteri.

Mungkin, maksud anda baik dengan menyerahkan semua keputusan kepadanya agar isteri nyaman sikit. Tetapi, isteri juga memerlukan opinion anda juga tau. 

3. Memakan pantangan di depan isteri

Isteri anda sedang mengandung buah hati anda. Dia menjaga sedemikian rupa agar janin tersebut sihat dan memiliki sejumlah pantangan hidangan untuk diambil. 

Tunjukkan sokongan anda dengan tidak mengambil makanan atau minuman yang dilarang di depan isteri anda. Isteri pasti merasa senang jika anda bersikap bertimbang rasa seperti itu.

4. Tidak memenuhi ngidam

Tidak ada penjelasan ilmiah mengapa ibu hamil mengalami ngidam. Namun marilah kita berfikir bahawa ngidam adalah cara isteri untuk meminta perhatian kepada suaminya.

Jadi ayah, jika isteri sedang ngidam dan tidak keturutan tentu menjadi hal yang membuatnya menjadi sedih. Selama ngidamnya tidak aneh dan berbahaya, dituruti saja ya ayah.

Ingat, ibu yang senang melahirkan bayi yang bahagia juga!

5. Memakan sisa makanan

Ibu hamil memang memiliki mood yang berubah-ubah. Inilah yang membuatnya sering berubah fikiran.

Maka ketika dia berkata “aku sudah kenyang,” bukan bererti anda boleh menghabiskan makanan atau camilan yang tersisa.

Boleh sahaja di tengah malam, isteri menginginkannya kembali. Kalau itu terjadi, anda pasti panik! Jadi, simpan lah sisa makanannya untuk nanti. 

The post Kesalahan Suami Berikut Ini Membuat Ibu Hamil Menjadi Sensitif appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>