Ngeri ketika membaca berita ini. Seorang bayi lahir mati (still birth) telah keluar dari jasad ibunya yang sudah meninggal dunia 10 hari lalu dan sedang menunggu di rumah urus mayat untuk dikebumikan!
Ibu yang meninggal dunia dengan tiba-tiba selepas mengadu kesesakan nafas itu, bernama Nomveliso Nomasonto Mdoyi dan berumur 33 tahun. Dia berasal dari sebuah kampung bernama Mthayisi di Africa selatan.
Bayi lahir mati di antara kaki jenazah ibunya!

Kakitangan bertugas mendapati ada bayi lahir mati di antara kedua-dua kaki jenazah ibu itu.
Jenazah ibu kepada 5 orang anak itu telah dihantar ke rumah urus mayat. Tapi pada hari sebelum perkebumiannya, kakitangan bertugas mendapati ada bayi yang sudah maut dalam kandungan terkeluar di antara kedua-dua kaki jenazah ibu itu.
Menurut pakar, kelonggaran otot selepas seseorang itu meninggal serta pengumpulan bakteria dan gas dalam jenazah adalah sebab yang paling logik mengapa bayi dalam kandungan itu “dilahirkan” semula dan terkeluar.
Pengarah rumah urus mayat Lindokuhle Makalana berkata:
“Pada masa itu kami baru mahu mengalih jenazah dari peti mayat ke dalam keranda. Tiba-tiba, kami mendapati ada bayi baru lahir di antara kaki wanita itu!
Bayi itu juga sudah mati. Kami semua sangat terkejut dan takut sehingga tidak melihat jika bayi itu bayi lelaki atau bayi perempuan.
Saya telah mengurus mayat lebih dari 2o tahun dan saya tidak pernah dengar kisah wanita mati yang melahirkan anak.“
Keluarga Nomveliso Nomasonto Mdoyi menerima tamparan baru

Keluarga Nomveliso terpaksa menerima kesedihan baru
Keluarga Nomveliso terpaksa menerima kesedihan baru terutamanya ibu Nomveliso apabila mendapat berita tentang bayi lahir mati tersebut.
Mereka juga telah dikutuk melibatkan ilmu sihir akibat peristiwa ini.
The post Ngeri! Ibu yang sudah meninggal dunia 10 hari lalu tiba-tiba lahirkan bayi! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.