Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Bayi maut lepas minum susu ibu yang dicampur air – bayi menyusu tak perlu air!

$
0
0

Bayi perempuan diberi susu ibu campur air

Pada tahun 2015, terdapat satu kisah di mana seorang bayi perempuan, Nevaeh Marie Landell meninggal dunia akibat keracunan apabila minum susu ibu campur air.

Ibu bapa bayi tersebut dituduh membunuhnya dengan mencampur susu badan dengan air.

Herbet George Landell dan Lauren Heather Fristed telah memberi bayi mereka susu badan yang telah dicampur air, menyebabkan susu tersebut kurang nutrien yang sepatutnya.

susu ibu campur air

Kedua ibu bapa Naveah telah dipenjarakan dengan tuduhan kekejaman terhadap kanak-kanak.

Mereka juga dituduh enggan mendapatkan rawatan semasa bayi mereka sakit kerana kepercayaan agama mereka.

Apabila mereka akhirnya membawa bayi mereka ke hospital, ia sudah terlambat. Menurut waran, susu ibu campur air menyebabkan tahap elektrolit dan sodium Nevaeh menjadi rendah serta menyebabkan otaknya bengkak.

Kedua ibu bapa Nevaeh telah dipenjara dengan kesalahan kekejaman terhadap kanak-kanak. Mereka serta tidak dibenarkan dijamin.

Sungguh tragis mendengar berita seumpama ini. Namun mengapa bayi di bawah 6 bulan tidak memerlukan air? Adakah mereka cukup terhidrat?

Adakah bayi menyusu memerlukan air?

Pakar laktasi dari organisasi seperti World Health Organisation (WHO) dan La Leche League International (LLLI) setuju yang bayi menyusu badan sepenuhnya tidak memerlukan air.

Ini kerana susu badan itu sendiri adalah 88% terdiri daripada air. Terutamanya ‘fore milk‘ yang hadir setiap waktu menyusu.

Mengapa susu ibu dicampur air tak patut dilakukan pada bayi bawah 6 bulan?

susu ibu campur air

Susu badan sebenarnya sudah mencukupi untuk mereka

Menurut nasihat dari pakar di World Health OrganisationAcademy of Breastfeeding MedicineAmerican Academy of Pediatrics dan KellyMom.com ini fakta-fakta tentang risiko memberi air pada bayi yang menyusu badan sepenuhnya yang berusia di bawah 6 bulan:

  • Memberi air akan mengganggu frekuensi normal penyusuan badan dan menyebabkan kekeliruan puting semasa air diberikan dalam botol.
  • Memberi suplemen seperti air, air glukosa pada bayi baru lahir meningkatkan risiko peningkatan bilirubin yang menyebabkan demam kuning.
  • Boleh menyebabkan keracunan air. Menurut pakar, bayi di bawah satu tahun yang minum air terlalu banyak boleh menyebabkan tahap sodium menjadi rendah serta menyebabkan sawan, koma, kerosakkan otak dan meninggal dunia.
  • Air tidak menyumbang kepada kalori. Ia boleh menyebabkan penurunan berat badan bayi anda.

Bila boleh beri air pada bayi?

susu ibu campur air

Apabila mereka sudah mula minum menggunakan cawan

Menurut pakar, apabila bayi berusia 6 bulan dan sudah tahu menggunakan cawan, anda boleh memberinya beberapa teguk air. Namun jangan melebihi 2oz di dalam tempoh 24 jam.

Juga apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, anda boleh mula memberinya beberapa tegur air atau susu yang diperah bagi mengelakkan sembelit. 

Penyusuan badan telah memberikan air yang cukup pada bayi anda. Namun begitu, sekiranya mereka kelihatan tidak sihat, dapatkan nasihat dari pegawai perubatan anda.

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 

7 tanda bayi anda mungkin telah terlebih minum susu (over feed)!

 

The post Bayi maut lepas minum susu ibu yang dicampur air – bayi menyusu tak perlu air! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>