Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Bersenam ketika hamil mungkin bermanfaat untuk kesihatan jangka masa panjang bayi anda

$
0
0

Psychology Today melaporkan bahawa, kajian terkini telah menemukan yang bersenam ketika hamil dapat memberi manfaat jangka masa panjang untuk bayi.

Para penyelidik dari University of Kentucky, yang diketuai oleh Profesor Madya Kevin Pearson, Jabatan Farmasi dan Sains Nutrisi, telah mendapati bahawa anak tikus yang dilahirkan dari tikus yang bersenam mempunyai tahap ketahanan stress yang lebih kuat serta mempunyai tahap sensitiviti insulin yang lebih baik berbanding anak tikus dari tikusyang tidak aktif. Malah, sifat ini dibawa hingga ke alam dewasa.

featured

Walaupun kajian tersebut telah dilakukan pada pada roden, para penyelidik percaya penemuan ini boleh diaplikasikan kepada manusia juga .”Penemuan kami jelas menunjukan kehamilan sebagai tempoh yang sensitif apabila penerapan gaya hidup positif boleh mempunyai signifikasi dan kesan jangka masa panjang yang baik pada metabolisme keturunan dan risiko penyakit,” tulis pasukan penyelidik tersebut di dalam satu kenyataan media.

Penemuan ini adalah konsisten dengan saranan kebanyakan pakar medikal, yang mana telah menyarankan bersenam ketika hamil untuk sebab-sebab selain dari kesihatan jangka masa panjang bayi mereka.

“Anda perlu aktif secara fizikal ketika hamil,” beritahu Dr. Laura Riley, pakar kehamilan berisiko tinggi kepada WebMD. “Ia dikaitkan dengan manfaat yang hebat jika dikaitkan dengan hasil kehamilan yang hebat serta tempoh bersalin yang pendek. Ini adalah bagus untuk bayi dan ibu.”

Di sini ada beberapa tips bagaimana untuk bersenam dengan selamat semasa hamil, hasil perkongsian dari BabyCenter

Berapa banyak senaman yang selamat untuk ibu hamil?

Jika anda memang sudah aktif bersenam sebelum hamil, anda mungkin boleh meneruskan rejim anda. Namun, adalah lebih baik jika anda mendapatkan pendapat doktor anda terdahulu terutamanya jika anda ingin menukar rutin senaman anda.

Pilih sukan yang selamat

Anda harus berfikir secara logik dalam memilih sukan semasa hamil. Elakan sukan yang melibatkan sentuhan atau berlanggaran seperti bola keranjang, serta aktiviti sukan yang melibatkan risiko untuk jatuh – surfing,  memanjat, berbasikal di pergunungan, dll.

dreamstime_s_34344995

Jangan bersenam ketika cuaca terik (suhu tinggi)

Apabila anda hamil, badan anda akan mudah menjadi terlalu panas kerana penambahan kadar aliran darah serta peningkatan kadar metabolik. Jika anda mula rasa pening, mual serta sesak nafas, berhenti dan sejukan badan anda. Juga, Pastikan badan anda cukup terhidrat.

Kuncinya ialah keserdahanaan

Semasa tempoh hamil bukanlah masa yang sesuai untuk menguji tahap ketahanan anda. Anda sepatutnya boleh melalukan senaman dalam 20-30 minit secara berserdahana.

 

The post Bersenam ketika hamil mungkin bermanfaat untuk kesihatan jangka masa panjang bayi anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>