Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Awasi sakit tekak dan ruam yang boleh jadi tanda leukemia, seperti kes ini!

$
0
0

Leukemia pada anak: Pengajaran dari kisah ini

Untuk semua parents di luar sana, ambillah pedoman dari kisah yang menyayat hati ini. Jangan ambil mudah tentang sakit anak. Ada sakit yang nampak tidak serius, tapi sebenarnya merupakan tanda leukemia pada anak!

Seorang ibu, Josie telah belajar tentang leukemia pada anak dari tanda-tanda penyakit yang tidak disangka langsung. Sejak itu, Josie nekad untuk berkongsi hal ini dengan semua ibu bapa lain.

Dalam sebuah pos yang dikongsi di Facebook, Josie menerangkan bagaimana kejadian ini berlaku.

Sakit tekak dan ruam bongkar penyakit leukemia pada anak

leukemia pada anak, leukemia pada kanak kanak, tanda leukemia, tanda leukemia pada anak

10 hari lalu, Dexter, anak lelaki saya dihantar balik dari sekolah kerana mengalami sakit tekak. Pagi esoknya, ketika dia tengah tidur, saya sengaja pergi memeriksa Dexter. 

Saya mendapati badan belakangnya penuh dengan ruam! Ketika itu saya sudah mula risau. Saya terus menghubungi ambulans.

Setibanya ambulans di rumah, Dexter terus digesa ke hospital di mana antibiotik telah diberi padanya. Darah Dexter juga diambil. 

Dalam masa beberapa jam selepas itu, doktor tiba-tiba membawakan berita duka yang meruntun hati keluarga ini.

“Selepas menerima berita itu, kami terpaksa menanti bersama Dexter di hospital selama 2 malam.

Pemindahan darah terpaksa dilakukan untuk buat Dexter kuat agar dia boleh dihantar ke hospital pakar.

Bayangkan apabila anda hanya mampu melihat anak anda terbaring tak bermaya di atas katil. Saya tak sangka keadaan seburuk ini.

Kami bahagia saja sebelum ini. Dexter nampak gembira. Tiada langsung tanda-tanda leukemia pada anak saya itu!” ujar Josie sambil menangis.

Namun Josie redha dan menerima takdirnya itu. Beliau nekad untuk sentiasa berfikiran positif. 

Dexter kini sedang menjalani rawatan dan memiliki 90% peluang untuk kembali sihat selepas rawatan tersebut tamat. 

Jadi, Josie berpegang teguh pada harapannya itu. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang telah membantunya sepanjang menghadapi berita yang mengejutkan ini.

Pihak theAsianparent telah cuba menghubungi Josie dan menunggu maklumbalas beliau. Dalam masa ini, kami hanya mampu berdoa agar Dexter cepat pulih. 

Tanda-tanda leukemia pada anak: Ibu bapa jangan leka!

leukemia pada anak, leukemia pada kanak kanak, tanda leukemia, tanda leukemia pada anak

Kredit: LinkedIn

Leukemia adalah salah satu kanser yang kerap menyerang kanak-kanak. Walaupun ia merupakan penyakit serius, namun kadang-kadang, tanda penyakit ini nampak kecil dan tidak serius saja!

Leukemia pada anak boleh dirawat jika ia dikesan lebih awal. Berikut adalah beberapa tanda leukemia pada anak yang ibu bapa harus tahu:

  • Demam panas atau demam menggigil
  • Keletihan yang kronik; tidak bermaya
  • Hilang selera makan
  • Hilang berat badan
  • Ada limfa yang bengkak
  • Perut membuncit (bengkak) 
  • Ada bintik-bintik merah pada kulit
  • Anak sesak nafas
  • Berpeluh dengan banyak (terutamanya pada waktu malam)
  • Sakit tulang
  • Asyik terkena jangkitan
  • Pening kepala
  • Sakit kepala
  • Pucat
  • Asyik batuk dan sukar bernafas
  • Sawan

Walaubagaimanapun, tanda-tanda ini saja tidak mencukup dan jarang datang serentak untuk penyakit leukemia. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka.

Segera dapatkan rawatan dari doktor jika anda risau dan mula nampak tanda-tanda leukemia pada anak itu. Pengesanan awal lagi bagus!

 

 

 

Sumber rujukan: HealthlineWebMDCancer.orgNational University Cancer Institute Singapore

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

15 tanda-tanda kanser pada kanak-kanak yang mungkin anda abaikan

The post Awasi sakit tekak dan ruam yang boleh jadi tanda leukemia, seperti kes ini! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>