Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Neelofa kongsi tips berniaga mencecah 50 juta jualan

$
0
0

Dalam zaman hijabista ini, jenama hijab Neelofa memang terkenal dengan produk “tudung instant shawl” yang ramai hijabista tergila-gilakan. Neelofa pula, seorang yang anggun dan bergaya dan inspirasi ramai wanita. Neelofa memulakan perniagaanya pada tahun 2014 dan sebelum itu, beliau aktif dalam bidang perniagaan dengan menjual kasut, kanta mata dan jubah.

Bidang perniagaan memang dalam DNA beliau kerana, dari nenek moyang ke ibunya, semua berminat berniaga dan Neelofa pun tidak ketinggalan. Beliau memulakan tudung instant shawl hanya dengan 200 helai, dan menjalankan perniagaannya secara online sahaja.

Sekarang, beliau menjalankan bisnes di 37 buah negara, dan jualan dari luar Negara mencecah 6 juta dan dalam Malaysia ialah 50 juta tahun lepas. Koleksi beliau hanya terdiri daripada 2 jenis “shawl” iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab.

Ini adalah tips dan pesanan beliau kepada yang baru nak ceburi bidang bisnes ini:

Fokus kepada perniagaan

14449895_1309387069084878_2589845743702271256_n

Beliau langsung tidak berlakon selama 3 tahun hanya untuk membangunkan bisnes Neelofa. Pada permulaan, beliau hanya buat 200 stok dan bermula secara kecil-kecilan dengan berniaga di bazar-bazar dan expo-expo. Bila sudah berjaya, barulah beliau mula mencari agen, beliau mempunyai sebanyak 800 agen berdaftar tapi hanya 400 yang aktif sekarang.

Berbisnes dalam Bahasa Inggeris

13501905_1230152850341634_6767495116470858431_n

Untuk berjaya dalam bidang perniagaan, peniaga haruslah pandai menggunakan Bahasa Inggeris untuk mendapat jualan dari luar negara. Sejak menggunakan Bahasa Inggeris di laman webnya, jualan dari luar Negara mencecah 6 juta dan dari 37 buah negara.

Gunalah imej anda sebagai inspirasi

14492487_1322006504489601_7049625961696581662_n

Neelofa adalah seorang artis dan pelakon yang sangat berbakat, sempena kemunculannya ke bidang lakonan, beliau menjadi heroin drama Suri Hati Mr Pilot yang memang cukup popular dan juga digunakan sebagai “marketing” untuk shawlnya.

Melalui drama tersebut, 3 jenis tudung direka untuk mewakili 3 peringkat dalam kehidupan wanita iaitu; Warda semasa bujang, warda selepas kahwin dan warda selepas beranak. Jualan tudung beliau meletup-letup sepanjang drama Suri Hati Mr Pilot.

Tonjolkan “Brand identity”

13925143_1261832603840325_4684864938794383708_n

Neelofar hanya menggunakan warna-warna pastel untuk tudung beliau dan beliau juga buat banyak “research” untuk kenal pasti “target audience” beliau. Beliau juga hanya memakai jenama sendiri. Dalam bidang bisnes, kita haruslah memberi sokongan kepada produk kita sendiri. Kalau tidak, macam mana kita nak berjaya, bila kita sendiri pun tidak menggunakan produk kita sendiri?

Labur dalam “marketing”

14724649_1345212642168987_260119324763152133_n

Untuk memastikan produk kita berbeza daripada produck-produck yang lain, laburlah dalam sesi “photoshoot” dan pastikan gambar- gambar memang cantik meletup. Lepas itu, post gambar-gambar tersebut di laman Instagram dan Facebook.

Ingat untuk post banyak gambar dalam sehari dan gunalah gambar yang berbeza. Pastikan butiran barangan semua di muat naik ke laman web, dan jawab pertanyaan pelanggan dengan sopan dan seperti seorang kawan.

“Marketing” kreatif

13095920_1188643557825897_6981497699865865881_n

Sekarang, ramai yang buat “marketing” melalui video tutorial dan sebagainya. Neelofa pula, gunakan imej beliau sebagai seorang pelakon untuk memasarkan tudung-tudung beliau.

Watak heroinnya dalam drama Suri Hati Mr Pilot pula lemah lembut dan bersopan. Senang untuk penonton jatuh hati dengan wataknya. Tahun ini, beliau memasarkan koleksi Hari Raya memalui drama ringkas bersiri! Last sekali, manfaatkanlah media sosial.

Rencana dipetik daripada Oh Bulan

Semua gambar dari laman Facebook Neelofa

The post Neelofa kongsi tips berniaga mencecah 50 juta jualan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


5 Tagalog Relationship Rules


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Presence Quotes – Positive Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Love Quotes Tagalog


Tropa Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>