Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

4 aktiviti anda boleh buat dengan anak dalam rumah ketika musim hujan

$
0
0

Aktiviti musim hujan untuk kanak-kanak

Sebagai ibu bapa, kata-kata yang paling tidak ingin didengar dari anak adalah “saya bosan,” terutama pada hari hujan ketika anda terperangkap dalam rumah dan tak dapat keluar. Dan  musim hujan bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal. Tapi apalah aktiviti musim hujan yang boleh dilakukan dengan anak ketika ini?

Kita boleh jadi tidak menang tangan apabila anak-anak berada di rumah tidak dapat melakukan apa-apa – kerana mereka sangat cepat bosan. 

Ini kadang-kadang boleh membuatkan ibu malah juga anak rasa terperangkap kerana tiada aktiviti musim hujan untuk dilakukan.

Pada masa akan datang, anda terperangkap dalam situasi seperti itu, cuba satu (atau lebih!) idea-idea berikut untuk aktiviti-aktiviti musim hujan buat anak-anak, yang semuanya bertujuan untuk membantu anda menukar kebosanan hari hujan menjadi aktiviti yang menyeronokkan!

Aktiviti musim hujan #1 : Permainan di rumah

aktiviti musim hujan, aktiviti, musim hujan, aktiviti kanak-kanak, aktiviti dalam rumah, permainan dalam rumah, dalam rumah, hujan, anak-anak, indoor, aktiviti seronok, seronok

Perkara yang sama tetapi buat untuk di dalam rumah

Sekiranya anak anda seorang yang aktif dan sukakan permainan seperti bowling atau besbol, maka dengan mudah anda boleh mengubahsuai permainan ini agar sesuai untuk dimain secara indoor pula

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi botol air dan botol jus kosong dengan kacang kering. Botol air boleh diisi sehingga kira-kira satu perempat penuh manakala botol jus boleh dipenuhi sehingga separuh penuh.

Botol ini kemudiannya boleh digunakan sebagai 9 pin dan dengan menggunakan bola lembut, anda boleh memiliki lorong bowling, betul-betul di ruang tamu!

Sebaliknya jika mereka mahukan besbol, gunakan kayu besbol yang lembut dengan belon sebagai bola dan nikmati keseronokan bermain baseball indoor.

Walaubagaimanapun, pastikan anda ada bilik yang cukup besar untuk bermain permainan ini (dan jangan rosakkan apa-apa!).

Aktiviti musim hujan #2: Cuba seni dan kraf

aktiviti musim hujan, aktiviti, musim hujan, aktiviti kanak-kanak, aktiviti dalam rumah, permainan dalam rumah, dalam rumah, hujan, anak-anak, indoor, aktiviti seronok, seronok

Pasta berwarna warni boleh jadi permainan juga

Jika anak-anak anda cenderung kepada seni dan kraft, terlalu banyak yang anda boleh lakukan. 

Sebagai permulaan, anak-anak boleh membuat pelbagai karya seni, kalung dan barang kemas lain menggunakan pasta berwarna. Apa yang perlu anda lakukan adalah campuran pasta kering dengan cuka dan pewarna makanan dalam beg plastik. 

Goncangkan beg itu sehingga pasta disalut dengan baik dan kemudian keringkan pasta.

Apabila ia kering, anda boleh gunakan pasta yang pelbagai bentuk dan warna untuk membuat apa saja yang anda suka.

Satu lagi cara menghilangkan kebosanan semasa hari hujan adalah membuat kolaj. Ini boleh dilakukan dengan lukisan, memotong bentuk atau gambar dari majalah dan melekatkannya bersama-sama. 

Kolaj boleh dibuat secara rawak atau berdasarkan tema, bergantung pada umur dan keinginan anak-anak anda.

Aktiviti musim hujan #3: Berseronok dengan perkataan

aktiviti musim hujan, aktiviti, musim hujan, aktiviti kanak-kanak, aktiviti dalam rumah, permainan dalam rumah, dalam rumah, hujan, anak-anak, indoor, aktiviti seronok, seronok

Ubah suai teng tneg untuk bermain di dalam rumah

Jika anak anda suka bermain dengan perkataan, maka satu cara yang hebat untuk mengajar mereka perbendaharaan kata, meningkatkan kreativiti mereka dan bersenang-senang adalah dengan bermain permainan bercerita. 

Cara permainan ini: 1 orang mengatakan ayat dan yang lain harus meneruskannya sehingga ia menjadi cerita.

Satu lagi permainan kata yang popular adalah ‘permainan kata sifat‘ yang merupakan cara bagus untuk mengajarkan adjektif kepada anak-anak anda. Pertama, kenal pasti objek. 

Kemudian anda semua harus menerangkan objek menggunakan pelbagai kata sifat. Aktiviti musim hujan seperti ini membantu meningkatkan memori anak anda (dan anda) juga.

Aktiviti musim hujan #4: Permainan adalah yang terbaik

Mengalunkan lagu popular dan meminta anak anda untuk meneka lagu juga merupakan salah satu lagi permainan di dalam rumah yang sangat popular dan mungkin salah satu idea yang paling mudah dan senang untuk aktiviti musim hujan untuk kanak-kanak.

Permainan seperti teng-teng dan sorok-sorok juga merupakan aktiviti dalaman yang popular untuk kanak-kanak yang dijamin menghilangkan kebosanan.

Adakah anda mempunyai sebarang cadangan untuk aktiviti seharian untuk anak-anak? Berkongsi mereka dengan kami dengan meninggalkan komen di bawah!

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anda boleh bantu anak suka membaca melalui 5 aktiviti setiap hari ini

The post 4 aktiviti anda boleh buat dengan anak dalam rumah ketika musim hujan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Tiwala Quotes and Selos Quotes Collections


Love with Heart Breaking Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>