Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Ibu bapa jangan keliru antara influenza yang mudah berjangkit dengan selesema

$
0
0

Influenza? Apa itu? Hari ini, kami di theAsianparent Malaysia akan mendedahkan tentang infleunza, tanda-tanda influenza dan perbezaannya dengan demam selesema. Ramai ibu bapa yang masih keliru dan tidak dapat membezakan kedua-dua jangkitan ini. 

Ibu ini berkongsi pengalaman apabila kedua-dua anak gadisnya Hana dan Bella serta dirinya sendiri telah terjangkit virus influenza A selepas menunjukkan tanda-tanda influenza.

tanda-tanda influenza, virus influenza A, jangkitan virus pada kanak-kanak, jangkitan virus pada anak, jangkitan virus

Tangkapan gambar post dari laman Facebook Bella’s LittleBox Sarawak

8 Feb, 1 petang –  Bangun tidur, badan Bella panas. Ibu ingatkan demam biasa lalu beri Paracetamol. Dekat pukul 4 petang, badan Hana pula yang panas. Ibu terus beri Paracetamol dan membawa kedua-dua anaknya ke klinik kanak-kanak Hospital KPJ.

Doktor kata, ia cuma demam biasa dan anak tidak perlu makan antibiotik sebab tekak tidak nampak merah.

7 – 8 malam, suhu kedua-dua anak semakin tinggi, jadi ibu masukkan ubat cucuk dubur (Voltaren). Tetapi suhu badan tidak turun banyak juga.

9 Feb – Pukul 12 malam suhu Bella semakin tinggi. Dah dilap badan dengan air, suhunya masih tidak turun dan Bella mula mengadu sejuk. Kali ini ayah yang bawa ke klinik dan doktor masukkan ubat cucuk dubur (PCM) sebelum balik ke rumah lagi.

Pukul 4 pagi, suhu Hana pula yang mencecah 39.9°C. Ibu tidak sangka anaknya yang satu lagi demam tinggi kerana dia anaknya tidur lena sahaja. Terus masukkan ubat cucuk dubur dan pecut semula ke hospital KPJ.

Hana muntah air yang banyak sebelum sampai ke KPJ. Dia sangat diam dan tidak berbunyi sehingga ibu bapanya keliru dan takut. Sampai di KPJ terus admit.

Demam yang tidak reda ialah salah satu tanda-tanda influenza

tanda-tanda influenza, virus influenza A, jangkitan virus pada kanak-kanak, jangkitan virus pada anak, jangkitan virus

Keputusan ujian yang telah dilakukan pada Bella selepas melihat tanda-tanda influenza. Sumber gambar: laman Facebook Bella’s LittleBox Sarawak

Hari pertama di KPJ, Bella dan Hana dua-dua diberi drip air dan antibiotik. Demam mereka masih belum reda.

Sampai tengahari, ibu pula yang rasa terjangkit dengan suhu badan sampai 40.6°C. X-ray tidak menunjukkan sebarang masalah tetapi keputusan ujian menunjukkan jangkitan.

Nasib ada seorang kawan Facebook yang memberi komen mengatakan tanda-tanda Bella dan Hana seakan-akan macam tanda-tanda influenza. Mula-mula doktor kata bukan tetapi selepas desakkan ibu, doktor bersetuju melakukan ujian influenza untuk Bella.

Ujian “Nasal Swab” dilakukan kerana virus influenza tidak dapat diuji melalui darah. Sampel diambil dari hidung dan tekak dan 1-2 jam kemudian, keputusan ujian Bella positif virus influenza A!

Ujian yang sama dijalankan atas Hana dan ibunya. Rupa-rupanya demam mereka bertiga-tiga yang tidak reda itu adalah tanda-tanda influenza. Keputusan ujian mereka bertiga positif Influenza A!!

Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail (Perunding Pediatrik & Kardiologi Pediatrik), Flu (influenza) adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza yang mudah berjangkit.

Kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mengalami penyakit kronik boleh mendapat jangkitan teruk dan ada kalanya boleh membawa maut.

Di negara tropika seperti Malaysia, musim puncak influenza berlaku dari Oktober – Januari dan April – Jun. Antara jenis-jenis influenza yang biasa berlaku di sini adalah influenza:

  • Jenis A: Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan amat berbahaya
  • Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kadangkala pandemik (seperti pada 2009 dan 2013) dan amat berbahaya
  • Jenis B: Boleh menjangkiti manusia. Sering berlaku, kurang teruk, ada kalanya berbahaya, tidak pandemik
  • Jenis C: Boleh menjangkiti manusia. Ringan, jarang berlaku, bukan epidemik

Tanda-tanda influenza yang ibu bapa perlu tahu

Virus yang menyebabkan influenza berbeza daripada virus yang menyebabkan selesema. Influenza juga berlaku mengikut musim.

Biarpun tanda-tanda hampir sama dengan selesema biasa kerana ia juga menjejaskan saluran pernafasan atas, bezanya virus influenza boleh berlaku dengan cepat dan memberi kesan yang lebih teruk.

Ibu bapa perlu menghubungi doktor dengan segera jika anak atau anda mengalami:

  • Demam panas yang berlarutan
  • Sukar bernafas atau nafas pendek
  • Kulit bertukar menjadi biru
  • Sukar minum air
  • Kelihatan keliru atau mengalami sawan
  • Mengalami simptom yang berulang
  • Mempunyai masalah perubatan (asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid dan lain-lain)

Rawatan selepas anak menunjukkan tanda-tanda influenza

tanda-tanda influenza, virus influenza A, jangkitan virus pada kanak-kanak, jangkitan virus pada anak, jangkitan virus

Tanda-tanda influenza termasuk saluran pernafasan atas yang terjejas sehingga perlu diberi Neb. Sumber gambar: laman Facebook Bella’s LittleBox Sarawak

Hana, Bella dan ibu mereka semua diberi ubat antiviral TamiFlu, terpaksa diwad dan dipantau beberapa hari kerana suhu badan yang sangat tinggi. Ubat antiviral boleh memberi kelegaan, mempercepatkan proses sembuh dan mencegah komplikasi influenza yang serius.

Namun begitu, ubat antiviral memerlukan preskripsi doktor. Mereka terpaksa diwad dan dipantau beberapa hari kerana suhu badan yang sangat tinggi.

Selepas beberapa hari, suhu badan mereka turun dan mereka dibenarkan pulang ke rumah sambil sambung makan ubat antiviral Tamiflu.

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk semua ibu bapa. Jangan kelirukan selesema dengan jangkitan virus influenza! Kami di theAsianparent berharap mereka akan sembuh sepenuhnya dengan cepat!

 

 

 

 

Sumber: Laman Facebook Bella’s LittleBox Sarawak, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi Ini Dijangkiti Virus RSV di Hospital, Dan Inilah Amaran Ibunya Untuk Semua Ibu Bapa!

The post Ibu bapa jangan keliru antara influenza yang mudah berjangkit dengan selesema appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Girasoles para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>