Sebaik saja menerima berita kehamilan, hati kita dan pasangan pasti berbunga-bunga. Namun, bukan semua kehamilan berakhir dengan kehadiran cahaya mata. Ada yang gugur semasa mengandung. Ibu, adakah anda tahu tanda keguguran?
Bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan diri kita, amat penting untuk kita mengambil langkah berwaspada ketika hamil.
Dan, kita juga perlu tahu tentang beberapa tanda keguguran supaya kita boleh segera menjalani rawatan sekiranya ia berlaku.
Tanda keguguran yang ibu hamil patut tahu
Masalah keguguran ketika hamil bukanlah perkara yang asing. Malah, menurut kajian, antara 10 ke 25% kehamilan akan berakhir dengan keguguran.
Walaupun sesetengah ibu mengandung tidak akan perasan yang mereka gugur kecuali apabila doktor memberitahunya ketika pemeriksaan rutin ketika hamil, namun ada beberapa tanda keguguran yang boleh diperhatikan.
1. Pendarahan daripada faraj

Kredit: Baucemag.com
Antara tanda keguguran awal adalah berlakunya pendarahan daripada faraj. Walaupun pendarahan, turut dikenali sebagai spotting, adalah perkara biasa ketika trimester pertama kehamilan, tetapi ibu mengandung masih perlu berhati-hati.
Ini kerana pendarahan juga boleh menjadi tanda keguguran.
Darah yang keluar mungkin berwarna sedikit coklat atau pun merah pekat. Darah ini juga mungkin diikuti dengan rasa sakit. Jika ianya terjadi, segeralah berjumpa doktor.
2. Sakit pada bahagian perut
Antara tanda keguguran yang lain adalah rasa sakit pada bahagian bawah abdomen. Ianya mungkin menyerupai rasa sakit ‘cramping’ yang berlaku ketika datang haid.
Anda juga mungkin berasa sakit pada bahagian pinggang belakang. Rasa sakit pada bahagian perut ini terjadi selepas berlakunya pendarahan.
3. Keluarnya gumpalan seperti darah beku

Kredit: Newkidscenter.com
Selain itu, ibu hamil boleh mengetahui yang keguguran telah berlaku apabila melihat keluarnya gumpalan darah beku yang kelihatan seperti fetus.
4. Simptom kehamilan hilang secara perlahan-lahan
Anda juga boleh mengetahui tanda keguguran apabila secara tiba-tiba, anda perasan yang simptom kehamilan pada diri anda semakin menghilang.
Antaranya, payudara anda tidak lagi berasa sakit. Morning sickness, mabuk ketika hamil, sakit pinggang, atau rasa tidak selesa yang lain semakin tidak dirasai.
5. Mengalami cirit-birit, pening kepala, dan rasa hendak pengsan
Menurut perkongsian Tommys.org, seorang ibu hamil yang mengalami keguguran juga akan berasa mual, loya, cirit-birit dan rasa seperti hendak pengsan.
Mukus berwarna merah jambu juga boleh dilihat keluar daripada faraj.
Adalah penting untuk anda tahu yang tanda keguguran mungkin berbeza untuk setiap individu. Jika anda rasa tidak sedap hati selepas melihat simptom di atas, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan kepastian.
Bila boleh hamil selepas keguguran?

Kredit: Steadyhealth.com
Antara persoalan yang sering timbul selepas berlakunya keguguran adalah: bila masa yang sesuai untuk cuba hamil lagi?
Menurut perkongsian di Mayo Clinic, secara amnya, hubungan seks antara suami isteri tidak boleh dilakukan dalam masa dua minggu selepas keguguran.
Dari segi perubatan, anda sudah boleh mencuba untuk hamil lagi selepas dua ke tiga kali pusingan haid. Ada juga sesetengah doktor yang menyarankan anda tunggu sehingga 6 bulan atau setahun selepas keguguran untuk cuba hamil lagi.
Untuk mendapatkan kepastian, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor anda. Doktor yang merawat pasti lebih tahu tentang keadaan kesihatan anda dan dapat memberikan saranan yang sesuai untuk diri anda.
Jangan bersedih dan teruskan mencuba!
Jika keguguran berlaku pada diri, jangan bersedih. Masih ada peluang yang tinggi untuk anda hamil lagi selepas ini. Yang penting, badan anda perlu sudah bersedia sebelum cuba untuk hamil lagi ya.
Selamat berusaha dan semoga berjaya!
Sumber: Webmd.com, Americanpregnancy.org, Nhs.uk,
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca lagi:
Keguguran: Punca dan tanda-tanda keguguran yang anda patut tahu
The post Tanda-tanda keguguran dan bila anda boleh cuba untuk hamil lagi appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.