Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Period tapi positif mengandung?!! Ini 3 sebab kenapa anda period tapi hamil…

$
0
0

Haid (atau period) biasanya petunjuk kukuh seorang wanita tidak hamil, tetapi jangan hairan jika anda masih boleh period tapi mengandung. 

Sebarang pendarahan yang berlaku semasa mengandung boleh dikeliru atau disalah anggap sebagai period atau haid – terutamanya dalam kitaran pertama selepas persenyawaan. Mari kita tengok 3 sebab utama mengapa anda mungkin period tapi mengandung.

3 sebab mengapa anda period tapi mengandung

#1 Persenyawaan berlaku ketika hampir haid atau tahap progesteron rendah 

datang haid semasa mengandung, haid semasa mengandung, period tapi mengandung, datang haid tapi mengandung, datang haid tapi hamil, datang haid tapi upt positif, datang haid tanda hamil, period tapi hamil, period tapi mengandung, period tapi positif hamil, period tapi positif mengandung

Kitaran haid yang pendek boleh menyebabkan wanita period tapi mengandung

Persenyawaan tidak semestinya berlaku sejurus selepas anda melakukan seks. Ia boleh berlaku beberapa hari kemudian sebelum anda period, jika anda ada kitaran haid yang pendek atau tidak mengeluarkan telur di pertengahan kitaran anda.

Contohnya, jika kitaran haid anda ialah 26 hari, kemungkinan besar anda akan mengovum sekitar hari ke 13.

Sekiranya anda melakukan seks tanpa perlindungan pada hari itu dan sperma bersatu dengan telur, telur yang disenyawa akan mengambil masa 6 – 12 hari untuk sampai dan melekat pada dinding rahim.

Badan anda belum lagi menghasilkan hormon progesteron untuk menghentikan period sehingga hari ke-20 hingga ke-25 kitaran. Jadi, anda masih ada sekurang-kurangnya satu hari untuk datang haid sebelum berlakunya persenyawaan.

Sekiranya tahap hormon anda sangat rendah, jika berlakunya kecacatan fasa luteum, ataupun tahap progesteron yang memang sudah mula turun, anda mungkin period tapi mengandung.

Pendarahan ringan boleh disalah anggap sebagai haid dan wanita itu mungkin tidak tahu dia terlepas period sehingga hamil 8 minggu. 

#2 Implantation bleeding apabila ovum menanam diri

datang haid semasa mengandung, haid semasa mengandung, period tapi mengandung, datang haid tapi mengandung, datang haid tapi hamil, datang haid tapi upt positif, datang haid tanda hamil, period tapi hamil, period tapi mengandung, period tapi positif hamil, period tapi positif mengandung

Wanita boleh mengalami period tapi mengandung apabila ovum sedang menanam diri pada dinding rahim. Sumber gambar: healthylife-guru.info

Menurut Dr. Zubaidi, sebahagian wanita mungkin salah anggap yang mereka period tapi mengandung apabila mengalami spotting di awal kehamilan.

Pendarahan yang dinamakan implantation bleeding itu disebabkan ovum yang sedang menanam diri pada dinding rahim. Dinding rahim sangat kaya dengan saluran darah yang membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin.

Pendarahan ini selalunya sedikit saja dan akan tamat dalam masa 2 hingga 3 hari. Jika anda mengalami pendarahan yang banyak, ini mungkin tanda masalah penghamilan atau tanda keguguran.

#3 Pendarahan sekali-sekala boleh disalah anggap sebagai period tapi mengandung

datang haid semasa mengandung, haid semasa mengandung, period tapi mengandung, datang haid tapi mengandung, datang haid tapi hamil, datang haid tapi upt positif, datang haid tanda hamil, period tapi hamil, period tapi mengandung, period tapi positif hamil, period tapi positif mengandung

Pendarahan ringan boleh berlaku jika anda hamil anak kembar

Beberapa contoh sebab pendarahan yang mungkin selalu wanita anggap sebagai period tapi mengandung adalah:

  • pemeriksaan faraj atau pap smear
  • perubahan serviks
  • seks
  • masalah plasenta
  • hamil anak kembar 
  • jangkitan

Period tapi mengandung sebenarnya perkara biasa jika pendarahannya sedikit sahaja.

Tapi pendarahan yang disertai dengan sakit perut atau pendarahan yang banyak menandakan sesuatu yang lebih serius seperti tanda keguguran atau kehamilan luar rahim.

Ini bukan hanya membahayakan nyawa janin dalam kandungan, malah nyawa ibu juga. Jika ada berlakunya pendarahan seperti ini atau pendarahan yang tidak berhenti selepas beberapa hari, baik segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat pemeriksaan.

 

 

 

 

Sumber: Life with Gremlins, Dr. Zubaidi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bahayanya demam panas pada awal kehamilan yang ibu perlu tahu

The post Period tapi positif mengandung?!! Ini 3 sebab kenapa anda period tapi hamil… appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>