Lelaki dan perempuan memang sifatnya berlawanan, kerana itulah sering terjadi salah faham, namun, kerana itulah juga lelaki pasangannya wanita serta sebaliknya.
Setiap permasalahan pasti ada cara penyelesaiannya. Perkongsian kali ini ialah mengenai 4 langkah memujuk pasangan anda jika bergaduh.
1. Berikan masa atau ruang
Apabila berada di dalam keadaan marah, sering kali kita akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati pasangan kita. Maka, apabila masih lagi berasa amat marah, diamkan diri. Beri ruang kepada diri sendiri dan pasangan sebentar. Seperti yang disarankan Nabi Muhammad S.A.W, “bila engkau marah, berusahalah untuk diam dan tidak banyak bicara”.
Kerana apabila sedang marah, kita akan lebih cenderung menyakitkan hati pasangan kita seperti membebel atau menggunakan ayat yang kasar. Jadi, bila kita berdiam diri, kita dapat mengelakan keadaan menjadi lebih serius. Ini juga adalah masa terbaik untuk kita fikir semula, mengapa kita marah atau mengapa pasangan kita marah.

Diam ketika marah (Imej ehsan iscribblehere.com)
2. Beralah dan berbincang
Setelah perasaan marah itu berkurang, ambil inisiatif memulakan langkah pertama dan dekati pasangan kita. Bawalah sesuatu yang boleh menarik perhatiannya dari perasaan marah tadi. Contohnya membawa air kegemaran pasangan. Kemudian, mula berbincang dengan lembut tentang punca pergaduhan tadi. Jangan terus menunding jari membuktikan kesalahan pasangan, cuba pendekatan yang lebih neutral.
Contohnya, bertanya kepada pasangan mengapa mereka marah, apa yang kita boleh lakukan untuk elak pergaduhan tadi berulang. Dengan cara begini, pasangan akan rasa tersentuh kerana kita lebih mengutamakan perasaan mereka. Mereka akan rasa dihargai. Penghargaan amat penting untuk kita tunjukan kepada pasangan kita supaya mereka tahu, kita menghargai kehadiran mereka.

Berbincang dengan pasangan (Imej ehsan www.dailymail.co.uk)
3. Refleks
Bila kita sudah berbincang dan mengetahui mengapa pasangan kita marah atau merajuk, cuba letakan diri kita di tempat mereka. Bayangkan serta dalami apa yang mereka rasa supaya kita dalam lebih memahami perasaaan pasangan kita.
Meminta maaf bukanlah menunjukan siapa yang bersalah, tetapi, meminta maaf merupakan asas penting dalam rumah tangga yang harmoni. Kemudian, terangkan dengan lembut apa yang kita rasa, supaya pasangan kita tahu apa yang kita alami. Komunikasi yang baik merupakan salah satu elemen asas yang penting dalam menjaga perhubungan.

Meminta maaf adalah sangat penting di dalam kerharmonian rumah tangga (Imej ehsan WishesMessanges.com)
4. Memujuk
Langkah terakhir dalam perkongsian ini ialah, memujuk. Kebanyakan dari kita menganggap waktu yang terbaik untuk memujuk ialah apabila masing-masing sudah bertenang, akan tetapi, sebenarnya, adalah lebih baik kita memujuk pasangan kita dengan segera. Cuba bayangkan jika semasa kita marah, pasangan kita berdiam diri tanpa berbuat apa-apa, terasa seperti perasaan kita tidak diendahkan, sedih bukan?
Lagipun, jika dibiarkan, berbagai tanggapan negatif akan mula singgah difikiran. Jangan pentingkan siapa yang harus memujuk dahulu, kerana keharmonian hubungan kita yang perlu dititik beratkan.
Janganlah guna alasan ‘saya tidak pandai memujuk’ atau ‘saya tidak romantik’. Zaman teknologi serba maju ini, semua maklumat dihujung jari. Daripada cara memujuk hinggalah servis membuat kejutan buat pasangan kita. Sedikit perkongsian tentang cara memujuk akan di senaraikan di sini.
- Peluk atau cium pasangan kita – sentuhan memainkan peranan yang penting dari segi psikologi. Melalui sentuhan juga boleh menyampaikan rasa kasih sayang.
- Puji pasangan kita – pujian umpama ‘vitamin’ untuk jiwa kita. Fikirkan kebaikan pasangan kita dan pujilah mereka. Bukan sahaja dapat memujuk, malah menaikan mood gembira pasangan kita.
- Ajak melakukan aktiviti kesukaan – ajak pasangan kita lakukan aktiviti kesukaan mereka, seperti menonton filem kegemaran atau makan ais krim.
- Berikan kejutan – siapa pun suka diberikan kejutan. Sekarang banyak servis kejutan boleh didapati. Tapi, tidak semestinya kena kejutan yang mahal-mahal. Selitkan nota ‘saya sayang awak’ di dalam dompet pasangan sebelum dia pergi kerja pun sudah memadai.
- Membantu urusan pasangan – cuba membantu memudahkan urusan pasangan seperti membuat kerja rumah, membasuh pinggan mangkuk, atau menyiapkan baju kerja untuk seminggu. Pasangan kita pasti akan sejuk melihat usaha kita.

Sama-sama berusaha mengekalkan keharmonian perhubungan (Imej ehsan teambornagain.com)
The post Bergaduh dengan pasangan? Ikuti 4 langkah ini untuk memujuk appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.