Alatan membesarkan bayi ini memang ada pelbagai. Antaranya ialah buaian bayi.
Kadang-kadang, tidak terlintas pun kita akan membeli alat tersebut. Tapi kadang-kadang, sampai berfikir panjang ibu bapa hendak pilih alatan untuk bayi. Ha… siapa sangka nak memilih buaian bayi pun ada tip.
Mari semak panduan dan tips berguna ini sebelum anda memilih buaian untuk bayi anda. Bukan apa, ia demi keselesaan dan keselamatan bayi, malah untuk kesenangan ibu bapa juga.
6 tip memilih buaian bayi yang sesuai dan selamat untuk bayi anda
Ada beberapa perkara yang anda boleh pertimbangkan dalam memilih untuk membeli buaian bayi. Namun harus diingatkan, buaian bayi bukanlah satu kemestian untuk dibeli.
Tapi sekiranya anda berhasrat untuk membeli, tip-tip berikut mungkit boleh membantu anda.
Tips memilih buaian bayi #1: Bajet anda
Buaian bayi, sama juga seperti alatan lain, mempunyai banyak jenama serta jenis. Jadi, sebelum membuat pilihan, tetapkan bajet anda terlebih dahulu sebelum “rambang” mata ingin memilih buaian bayi yang mana nanti.
Selepas bajet telah ditetapkan, terus buat tips nombor #2 ini pula.
Tips memilih buaian bayi #2: Pilih jenis buaian
Teknologi alatan bayi tidak ketinggalan semakin maju. Ada buaian yang membuai sendiri, ada yang perlu digantung, ada yang perlu dihayun malah ada yang dengan muzik. Jadi, kenal pasti anda mahu buaian anak jenis yang bagaimana?
Jangan lupa, pilih yang sesuai dengan keadaan rumah anda juga. Janganlah memilih buaian yang perlu digantung sekiranya rumah anda tidak sesuai menggantung buaian.
Tips memilih buaian bayi #3: Kesenangan buaian di bawa ke merata tempat
Bagi sesetengah ibu bapa, mereka banyak bergerak ke pelbagai tempat, jadi buaian yang senang dilipat dan dibawa masuk ke dalam kereta amat sesuai untuk dibeli.
Jika anda ibu bapa yang perlu membawa buaian anak ke sana sini, mungkin anda boleh mempertimbangan buaian bayi mudah alih.
Tips memilih buai bayi #4: Saiz
Pilihlah buaian yang saiznya sesuai dengan ruang rumah anda. Ini agar laluan dalam rumah tidak menjadi terlalu sempit atau membahayakan gara-gara buaian yang terlalu besar dan tidak bersesuaian dengan rumah.
Tips memilih buai bayi #5: Asas buaian tersebut
Harga murah memang menarik. Namun, semak dulu buaian tersebut diperbuat daripada apa. Anda mungkin mahu mempertimbangkan asas yang kukuh agar ia tidak mudah rosak.
Tips memilih buai bayi #6: Keselamatan
Pastikan anda menyemak ciri keselamatan buai bayi tersebut. Adakah terdapat ‘harness‘ yang boleh membantu menyekat bayi anda dari jatuh. J
uga semak had berat buaian tersebut, melebihi had berat sesuatu buaian meningkatkan risiko kemalangan.
Buai bayi, mengapa ibu bapa perlu beli?
Tidak semua bayi adalah sama, lebih-lebih lagi tentang perkara yang menenangkan mereka. Bagi sesetengah bayi, buaian adalah mekanisma penenang untuk mereka kurang menangis atau mudah tidur.
Sama seperti sesetengah bayi perlu bantal peluk dan sebagainya.
Sebenarnya, bagi sesetengah ibu bapa, buaian bayi adalah penyelamat. Ini kerana ia membantu menenangkan bayi yang kerap menangis.
Apa yang penting ialah memastikan anda telah mengambil langkah-langkah keselamatan semasa bayi berada di dalam buaian seperti:
- tidak meletakkan selimut di dalam buaian (risiko lemas)
- tidak memberikan benda bertali seperti puting (risiko tercekik)
- tidak membiarkan bayi anda tanpa pengawasan (selepas bayi tertido, letakkan di permukaan rata)
- pastikan keadaan buaian selamat untuk menampung bai anda. sebelum meletak bayi anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
9 perkara anda harus fikir dulu sebelum beli stroller baby yang sempurna
The post 6 tips berguna bagaimana hendak memilih buaian bayi untuk anak anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.