Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Berapa kerap anda perlu basuh baju dalam atau bra itu sebenarnya?

$
0
0

Ada tak di antara ibu-ibu di sini yang pakai baju dalam anda selama beberapa kali sebelum cuci baju dalam itu? Bukan sports bra, ya? Yang tu memang wajib cuci selepas pakai.

Tetapi ini bra biasa yang kita pakai setiap hari. Yang kita tanggal, cium dulu kalau bau ke tak, kemudian letak kat tepi untuk dipakai lagi keesokan harinya.

Walaupun seluar dalam memang akan dicuci selepas dipakai tetapi tidak semua wanita akan cuci baju dalam atau bra mereka selepas memakainya setiap hari. Jadi berapa kerap kita perlu basuh baju dalam kita sebenarnya?

Mari kita baca lebih lanjut untuk mengetahui.

Apa akan jadi jika kita tidak cuci baju dalam dengan kerap?

cuci baju dalam, cuci bra, bra semasa tidur, bra yang betul, bra menyusu, bra

Baju dalam atau bra tidak perlu dicuci setiap hari, kecuali anda kuat berpeluh. Apabila anda tidak cuci baju dalam yang dipakai, ini boleh menggalakkan pengumpulan minyak, kotoran, kesan peluh dan bakteria.

Kombinasi baju dalam yang kotor dengan payudara yang berpeluh boleh menyebabkan ruam dan kerengsaan kulit.

Lebih-lebih cuaca kita yang panas sepanjang tahun. Cuba anda bayangkan, baju dalam kita boleh menjadi tempat di mana bakteria dan jangkitan senang berkembang!

Sudah tentu normal jika baju dalam ada sedikit kesan minyak, kotoran dan bakteria. Tapi apabila terlalu banyak kotoran dibiar dan tidak dicuci, ini hanya akan memudaratkan kesihatan diri!

Menurut Lexie Sachs, seorang penganalisis produk, Makmal Tekstil, Institut Good Housekeeping menjelaskan, “Cuci baju dalam selepas beberapa kali memakainya sudah cukup baik untuk menanggalkan bakteria dan kotoran, tapi ini bergantung pada tahap aktiviti anda.

Contohnya, jika anda sudah satu hari berpeluh banyak, anda perlu cuci baju dalam. Sebaliknya, jika anda hanya memakai baju dalam itu selama beberapa jam saja, itu boleh dianggap masih bersih biarpun terpakai,” tambahnya.

Tentukan jenis bra dulu sebelum buat keputusan berapa kerap perlu cuci baju dalam

cuci baju dalam, cuci bra, bra semasa tidur, bra yang betul, bra menyusu, bra

Apabila ingin cuci baju dalam, kita perlu tengok jenis dan fungsi baju dalam tersebut. Misalnya jika ia jenis berdawai atau sports bra yang selalu bersentuhan dengan kulit kita, maka pengumpulan minyak dan kotoran adalah lebih banyak.

Terutamanya sports bra selepas lawatan ke gim!

Tapi untuk baju dalam cantik yang berenda, anda boleh pakai semula 3-4 kali kemudian cuci dengan tangan ataupun masukkan ke mesin pencuci baju ikut delicate cycle.

Apabila kita cuci baju dalam terlalu kerap, ini boleh merosakkan keanjalan serta bentuk bra tersebut. Akhirnya anda tidak akan mendapat sokongan yang sepatutnya dari bra itu,” tambah Sachs. 

Cara betul cuci baju dalam 

cuci baju dalam, cuci bra, bra semasa tidur, bra yang betul, bra menyusu, bra

Sumber gambar : Youtube

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • beg kasa khas untuk baju dalam
  • sabun pencuci pakaian yang lembut 

Jika anda campak saja bra itu ke dalam mesin pencuci, cangkuk pada bra boleh tersangkut pada pakaian lain dan menyebabkan ia terkoyak semasa dicuci.

Jadi pastikan anda memasukkan baju dalam ke dalam beg kasa terlebih dulu sebelum masukkan ke dalam mesin pencuci baju. 

Untuk memastikan baju dalam yang berenda dan cantik tidak rosak, gunakan delicates cycle pada mesin anda. Ikut arahan khusus cara untuk mencuci pada label baju dalam tersebut, kalau ada, supaya ia akan tahan lebih lama. 

Sebagai alternatif, anda juga boleh cuci baju dalam dengan tangan. Jangan lupa gunakan sabun pencuci baju yang lembut sahaja ya!

cuci baju dalam, cuci bra, bra semasa tidur, bra yang betul, bra menyusu, bra

Jangan keringkan baju dalam dengan mesin kerana ini akan merosakkannya!

Jangan keringkan baju dalam anda itu dengan mesin. Sebaliknya letak dengan rata atas tuala ataupun sidaikan di luar supaya ia mendapat sinaran matahari.

Jangan memerah baju dalam yang basah untuk mengeluarkan baki air dan pastikan bentuknya masih okay. Apabila sudah kering, aturkan mereka dalam laci sama seperti yang mereka lakukan di kedai.

Jika anda lipatkan satu mangkuk bra ke dalam mangkuk yang lain, anda akan merosakkan bentuknya. Padding di dalam bra juga boleh beralih.

Kalau ibu-ibu rajin cuci baju dalam dan menyimpannya mengikut cara yang betul, baju dalam anda boleh tahan 2- 3 tahun sebelum perlu ditukar. Jimat tau!

 

 

 

 

Sumber: Good HousekeepingHuffington PostMarie ClaireThe Breast Life, theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Tip Memilih Bra Yang Betul Ketika Hamil Dan Menyusukan Anak

 

The post Berapa kerap anda perlu basuh baju dalam atau bra itu sebenarnya? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>