Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

4 jenis seks suami isteri yang mampu mengukuhkan rumah tangga!

$
0
0

Selain kesefahaman di antara suami isteri dalam melalui kancah perkahwinan, rumah tangga yang bahagia juga terbentuk dari hubungan seks suami isteri yang sihat.

Bagaimana ingin mengukur hubungan seks suami isteri yang sihat? Adakah ia bergantung kepada berapa kerap pasangan berasmara? Ataupun dari kepuasan pasangan dalam setiap aksi di ranjang?

Sebenarnya, tiada istilah yang tepat bagi hubungan seks suami isteri yang sihat. Ia bergantung sepenuhnya kepada anda suami isteri. Tapi hubungan seks adalah untuk merapatkan anda.

Oleh sebab itu, hubungan seks suami isteri yang sihat akan terdiri daripada 4 jenis seks ini. Barulah rumah tangga anda bahagia dan harmoni sentiasa.

Hubungan seks suami isteri yang sihat ada 4 jenis seks ini

1. Seks secara spontan

seks, posisi seks, posisi hubungan intim, cara bersetubuh, cara bersetubuh suami isteri, seks suami isteri, posisi sex, posisi seksual, posisi bersetubuh, bersetubuh suami isteri, cara melakukan seks, seks dengan suami, cara bersetubuh dengan suami

Kredit: Bonobology.com

Kevin A. Thompson, seorang penulis dan pakar kaunseling rumah tangga percaya, seks secara spontan yang tidak dirancang mampu menyemarakkan rumah tangga.

Seks secara spontan ini mampu menunjukkan keinginan untuk bersama sambil saling menyayangi, dalam cara tiba-tiba. Ia penting untuk pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin.

Jika asyik seks secara terancang saja, pasti hubungan suami isteri itu akan membosankan. Betul tak? Jadi, cuba banyakkan hubungan seks suami isteri jenis spontan ini untuk keluar dari rutin yang membosankan.

2. Seks yang telah dirancang

seks, posisi seks, posisi hubungan intim, cara bersetubuh, cara bersetubuh suami isteri, seks suami isteri, posisi sex, posisi seksual, posisi bersetubuh, bersetubuh suami isteri, cara melakukan seks, seks dengan suami, cara bersetubuh dengan suami

Kredit: YouTube

Kata seks secara terancang membosankan? Tak juga. Seks jenis ini amat sesuai untuk pasangan suami isteri yang sentiasa sibuk dan tiada masa ingin bersama.

Merancang seks menunjukkan anda mengambil berat akan pasangan dan anda mendahului keinginannya. 

Kevin mendedahkan sepanjang menjalani sesi kaunseling dengan pasangan suami isteri, seks yang terancang dikatakan tidak memberi sebarang kesan negatif langsung. Jadi, ia tidaklah seburuk yang disangka!

3. Seks ketika pergi bercuti

seks, posisi seks, posisi hubungan intim, cara bersetubuh, cara bersetubuh suami isteri, seks suami isteri, posisi sex, posisi seksual, posisi bersetubuh, bersetubuh suami isteri, cara melakukan seks, seks dengan suami, cara bersetubuh dengan suami

Seks suami isteri ketika pergi bercuti atau ketika ada sambutan istimewa tertentu pasti lebih menyeronokkan. Perasan tak?

Sebab itu pasangan suami isteri yang sering menyambut ulang tahun perkahwinan malah berhubungan seks akan lebih bahagia. 

Jenis seks ini membenarkan anda atau pasangan melakukan sesuatu yang tidak disangka, tidak akan dilupakan sampai bila-bila di tempat baru! Pasti teringat-ingat kenangan itu selepas balik holiday 😉

4. Seks selepas bergaduh

seks, posisi seks, posisi hubungan intim, cara bersetubuh, cara bersetubuh suami isteri, seks suami isteri, posisi sex, posisi seksual, posisi bersetubuh, bersetubuh suami isteri, cara melakukan seks, seks dengan suami, cara bersetubuh dengan suami

Kredit: Freepik

Siapa pasangan suami isteri di sini yang gemar melakukan make up sex selepas kalian bergaduh? Seks jenis ini dikatakan lebih seronok dan puas!

Mana tidaknya, emosi dan passion yang anda simpan sepanjang sebelum bergaduh itu akan dilepaskan dari make up sex ini. Sebab itu ia memberi pengalaman yang luar biasa! Tak percaya anda cuba dulu 😛

 

 

 

 

 

 

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Philippines 

Kredit gambar: Umizato

Sumber rujukan: KevinaThompson.comThe Good Men Project, Brides.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

11 kesalahan seks yang dilakukan oleh wanita

The post 4 jenis seks suami isteri yang mampu mengukuhkan rumah tangga! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977