Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Panik, wanita ini baru tahu dirinya hamil 30 minit sebelum bersalin!

$
0
0

Biasanya, seorang wanita akan mengetahui dirinya mengandung apabila usia kandungan masuk 4 hingga 5 minggu. Tapi wanita ini tidak tahu diri mengandung sehinggalah lagi 30 minit sebelum bersalin!

Aduh, paniknya waktu itu… cuba bayangkan. Bagaimana wanita ini tidak tahu diri mengandung pula?

Semua normal saja sampai wanita ini tidak tahu diri mengandung

Ally Opfer, 23 tahun yang berasal dari Ohio, AS tidak menyangka dirinya mengandung selama ini. Beliau mati-matian tidak tahu diri mengandung!

Tanggal 21 Disember 2016 tempoh hari, semuanya normal sebelum tiba-tiba Ally diserang sakit perut dan kejang yang teramat teruk.

tidak tahu diri mengandung, tidak tahu diri hamil, tidak sedar mengandung, tidak sedar hamil, tak tahu diri hamil, tak tahu diri mengandung, sebelum saya tahu mengandung, sebelum tahu mengandung, tak tahu diri mengandung, tidak sedar diri mengandung, hamil tanpa sedar, mengandung tanpa sedar, cara nak tahu hamil atau tidak, tanda awal kehamilan yang tidak disedari, tanda mengandung, tanda mengandung seminggu, tanda awal mengandung yang tidak disedari

Ally menyangka itu kerana datang haid. Ally tidak menghiraukan sakitnya itu lalu terus melakukan kerjanya sebagai pelatih kumpulan cheerleader di sebuah pertandingan bola keranjang. 

Malam itu ketika sampai di rumah, sakit di perut Ally berulang kembali. Ally menelan Ibuprofen dan memakai kompres air panas, namun perutnya masih sakit. 

Sepanjang malam Ally tidak dapat tidur kerana kesakitan. 

Kejang perut dianggap tidak serius kerana tidak tahu diri mengandung

Keesokan harinya, Ally menceritakan kesakitan yang beliau rasakan pada ibunya. Kedua-dua ibu bapa Ally tidak menganggap serius kesakitan itu. Malah, Ally sempat mengalih sofa dari tingkat bawah ke atas lagi!

Hari itu, Ally hilang selera makan. Dia mengurungkan dirinya dalam bilik. Sakitnya masih tidak reda. Dia menangis sepanjang malam kesakitan. 

Ally sempat melakukan ujian kehamilan, tapi ujian menunjukkan tanda negatif mengandung! Oleh sebab terlalu kepenatan, Ally meminta ibunya membawa Ally ke hospital.

Ally takut dia bakal mati kerana penyakit yang tidak jelas puncanya ini.

Tidak tahu diri mengandung, disangka mempunyai batu di ginjal

tidak tahu diri mengandung, tidak tahu diri hamil, tidak sedar mengandung, tidak sedar hamil, tak tahu diri hamil, tak tahu diri mengandung, sebelum saya tahu mengandung, sebelum tahu mengandung, tak tahu diri mengandung, tidak sedar diri mengandung, hamil tanpa sedar, mengandung tanpa sedar, cara nak tahu hamil atau tidak, tanda awal kehamilan yang tidak disedari, tanda mengandung, tanda mengandung seminggu, tanda awal mengandung yang tidak disedari

Sesampainya di hospital, Ally segera dibawa masuk dan diperiksa. Pakar perubatan ada juga curiga dan menganggap sakit perut dan kejang yang dialami Ally sebagai kontraksi.

Namun, Ally yang tidak tahu diri mengandung menafikan dia hamil. Malam itu, sakit perut Ally datang lagi. Doktor melakukan pelbagai pemeriksaan untuk mengenalpasti punca kesakitan. 

Sebenarnya, Ally ada menunjukkan tanda-tanda mengandung, tapi ujian kehamilan menunjukkan keputusan negatif. Badan Ally pun tak nampak seperti dirinya hamil!

Pakar kini cuba memeriksa sel darah putih Ally yang dikatakan tinggi. Ia menandakan Ally terkena jangkitan! Pakar mengatakan Ally mungkin menghidap batu di ginjal!

Tiada penyakit serius, Ally cuma tidak tahu diri mengandung

tidak tahu diri mengandung, tidak tahu diri hamil, tidak sedar mengandung, tidak sedar hamil, tak tahu diri hamil, tak tahu diri mengandung, sebelum saya tahu mengandung, sebelum tahu mengandung, tak tahu diri mengandung, tidak sedar diri mengandung, hamil tanpa sedar, mengandung tanpa sedar, cara nak tahu hamil atau tidak, tanda awal kehamilan yang tidak disedari, tanda mengandung, tanda mengandung seminggu, tanda awal mengandung yang tidak disedari

Ally kemudiannya diminta untuk melakukan pemeriksaan imbasan. Ketika di sana, Ally diserang kontraksi sekali lagi. Pemeriksa yang memeriksa Ally memandang Ally dengan penuh bingung.

Adakah kamu mengandung?” tanya pemeriksa itu. Ally sekali lagi menafikannya. Selepas habis ujian imbasan, Ally dibawa ke katilnya semula. 

Kemudian, 10 pakar datang mengerumuni katil Ally. Ally ingat dirinya bakal mati! Doktor tiba-tiba menjelaskan Ally sudah 38 minggu hamil dan bukaannya kini sudah lengkap.

Ally sudah boleh bersalin! Ally terkejut. Mukanya terus pucat dan dia mula menangis. Dia tak pernah menyangka dirinya mengandung. Kontraksinya semakin hebat.

Ally terus dibawa ke bilik bersalin. Namun, oleh sebab Ally mengalami pra-eklampsia dan posisi bayinya songsang, Ally terpaksa dibedah untuk melahirkan bayi itu. 

Tidak tahu diri mengandung selama ini!

Sakit selama 42 jam (yang disangka sakit perut saja) itu sebenarnya adalah kontraksi! Dengan penuh terharu, selepas bersalin, Ally menggendong bayi lelakinya yang diberi nama sebagai Oliver.

Oliver kini sudah berusia 15 bulan dan makin membesar. Semoga anak ini membesar dengan sihat!

 

 

 

 

Rujukan: Love What Matters

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Wanita Ini Tidak Tahu Dirinya Hamil Hinggalah 2 Minggu Sebelum Bersalin!

The post Panik, wanita ini baru tahu dirinya hamil 30 minit sebelum bersalin! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Love Quotes Tagalog


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>