Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Pasangan, berhati-hati: Berikut adalah 3 jenis kecurangan selain seks!

$
0
0

Kecurangan, mengikut definisi, adalah sebarang penipuan, samaada, dari segi kewangan ataupun dalam hubungan peribadi. Dalam konteks hubungan, ini adalah tindakan melanggar janji yang anda buat untuk tetap setia kepada pasangan anda.

Pasangan biasanya mengaitkan ketidaksetiaan dengan perbuatan seksual, tetapi, terdapat beberapa jenis kecurangan yang anda mungkin tidak tahu.

Kecurangan dengan objek: Apabila benda materialistik menjadi keutamaan anda

Seorang ibu yang bekerja dari rumah, Mei Palacpac, berkata bahawa, apabila fikiran dan emosi seseorang dibelenggu oleh orang lain (atau sesuatu!) anda sudah berlaku curang. Dengan gangguan yang dihadapi setiap hari, ia tidak menghairankan bahawa ketagihan kepada objek juga diambil kira sebagai satu bentuk kecurangan.

Kecurangan dengan objek berlaku apabila pasangan memberi tumpuan dan tenaga beliau kepada sesuatu yang lain, seperti; kerja, media sosial ataupun telefon pintar daripada hubungannya.

1-cheating-2

Adakah anda meluangkan masa menggunakan telefon bimbit daripada meluangkan masa dengan pasangan anda?

Jika anda mendapati diri anda mencapai telefon anda, dari saat anda bangun, mengimbas aktiviti Facebook di meja makan, dan keinginan untuk memberi komen pada gambar Instagram sebelum tidur, sedarlah bahawa anda sedang curang.

Hubungan dengan objek mungkin tidak berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan kekurangan perhatian, komunikasi dan keintiman dengan pasangan anda. Kesan-kesan negatif yang disebabkan oleh ketagihan kepada perkara-perkara tersebut menunjukkan bahawa, seks bukanlah satu-satunya cara untuk berlaku curang.

2-cheating-2

Sekiranya anda menyimpan rahsia tentang pendapatan anda daripada pasangan anda, ini mungkin bermakna anda melakukan kecurangan kewangan.

Kecurangan dengan Kewangan: Apabila hal kewangan mencetuskan konflik antara anda dan pasangan anda

Ia bukannya sesuatu yang luar biasa bagi hal kewangan untuk mencetuskan konflik dalam hubungan, terutama sekali, apabila pasangan berbohong tentang wang. Keadaan ini dianggap sebagai salah satu jenis kecurangan, dan jika tidak berhati-hati, tabiat wang negatif anda boleh menjadi kecurangan dengan kewangan.

Seorang ibu dan penulis blog mengalami hal ini dalam perkahwinannya. Pasangan ini menyimpan pendapatan dan perbelanjaan mereka rahsia antara satu sama lain dengan alasan yang wang itu adalah wang peribadi mereka.

Nasib baik, meraka berjaya mengatasi masalah kecurangan dari segi kewangan mereka. Meraka berkongsi sedikit nasihat kepada pasangan yang mengalami masalah yang sama: “Sebagai penghormatan, hanya beritahu pasangan anda jika ia adalah pembelian yang besar. Jika tidak, pasangan ini boleh menderita jika pembelian tersebut tidak mampu dibayar”

Kecurangan emosi: Apabila perkara-perkara yang terlalu dekat untuk keselesaan

3-cheating-2

Ia mungkin tidak berbahaya, tetapi menjadi terlalu rapat dengan seseorang, dari segi emosi, adalah buruk untuk perkahwinan anda.

“Kecurangan emosi dianggap paling teruk di kalangan jenis kecurangan,” kata Marge Aberasturi. Ini kerana hubungan emosi adalah satu perkara yang sangat mendalam.

Dalam kecurangan fizikal, pihak-pihak yang terlibat boleh melakukan kecurangan tanpa emosi. Tetapi kecurangan emosi melibatkan perasaan diingini, memahami dan juga disayangi orang lain.

Salah satu sebab terbesar kecurangan emosi adalah berbahaya kerana ia mudah tersembunyi. Ia tidak mudah untuk membuktikan bahawa pasangan anda mungkin terlibat dalam hubungan sulit emosi. Malah, isterinya tidak tahu sehingga ia sudah terlambat.

Suaminya menjadi curang apabila dia mula mengongsi rahsianya kepada pihak ketiga mengenai perkara-perkara yang dia tidak pernah berbincang dengan isterinya. Akhirnya, si suami meninggalkan keluarga mereka, mengakui tuduhan itu dan memilih wanita yang lain daripada isterinya.

Apa yang boleh dilihat sebagai persahabatan berkembang kepada hubungan intim, menyebabkan keakhiran perkahwinan mereka. “Saya berasa dikhianati,” kata si isteri, “bukan hanya dengan dia, tetapi dengan seorang wanita juga. Saya kenal dia, dan anak-anak saya juga kenal dia.”

Cerita ini menunjukkan bahawa tiada apa yang benar-benar tidak berbahaya, dan bahawa beberapa jenis kecurangan boleh berlaku tampa disedari.

Inilah jenis-jenis kecurangan yang boleh berlaku kepada hubungan anda. Jadi pasangan kekasih harus berhati-hati, walaupun anda merasa bahawa apa yang anda lakukan bukan satu kesalahan yang besar, ia boleh menandakan permulaan kepada pengakhiran perkahwinan anda.

The post Pasangan, berhati-hati: Berikut adalah 3 jenis kecurangan selain seks! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>