Pakar kesihatan menasihatkan wanita selepas bersalin untuk kembali hamil pada jarak di antara 2 tahun kerana ini tempoh luka bersalin untuk sembuh sepenuhnya. Tetapi ramai yang takut atau tidak gemar dengan pelbagai kaedah yang disarankan pakar. Jadi kali ini, kami ini berkongsi petua tradisional elak hamil yang mungkin anda tidak pernah dengar.
4 petua tradisional elak hamil yang anda boleh cuba
Kebiasaannya kaedah yang disarankan ialah pil perancang, suntikan, IUD atau implan. Setiap dari satu kaedah ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri berdasarkan penerimaan setiap individu.
Begitu juga dengan petua tradisional elak hamil yang kami akan kongsikan ini. Antara 4 petua tradisional elak hamil yang anda boleh ikut adalah:
1. Kira kitaran haid anda
Melalui kitaran haid, kita dapat mengenal pasti bilakah waktu subur seseorang wanita itu. Namun sebelum itu, anda perlu mendapatkan kitaran haid anda yang tetap dahulu.
Ini kerana kitaran haid wanita tidak sama semua orang, ada yang 28 hari, ada yang lebih.
Untuk mendapatkan waktu subur:
- Untuk kitaran haid yang pendek, tolak hari sebanyak 18 hari dari pusingan penuh kitaran haid anda. Ini memberikan hari pertama subur.
- Untuk kitaran haid yang panjang, tolak 11 hari, ini memberikan hari terakhir subur.
Untuk lebih pemahaman, lihat contoh ini, jika sepanjang 6 bulan rekod kitaran haid, anda didapati mempunyai kitaran pendek sebanyak 25 hari manakalakitaran yang panjang pula adalah 35 hari, cara mengiranya adalah:
- Kitaran pendek tolak 18 hari: 25 hari -18 hari = 7 hari
- Kitaran panjang tolak 11 hari: 35 hari – 11 hari = 24 hari
Ini bermakna hubungan seksual perlu dielak sepanjang hari ke-7 hingga ke hari ke-24 kerana tempoh tersebut adalah waktu subur anda.
Eloklah kiranya anda berbincang bersama pasangan terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat untuk tidak bersama di dalam jangka masa tersebut.
2. Tembak luar
Kaedah yang sering kali disebut sebagai ‘pancut luar‘ ini bermakna suami akan mengeluarkan air mani di luar faraj ketika klimaks. Ia juga dikenali sebagai ‘azal di dalam Islam.
Kaedah ini akan mengurangkan kebarangkalian sperma (air mani) bertemu ovum (telur wanita). Ini secara langsung mengurangkan peluang untuk hamil.
3. Periksa lendir faraj

Imej ehsan ask gynaecologist Nigeria
Lendir pada faraj boleh menunjukkan kesuburan. Jika diperhatikan, kepekatan dan kadar kelekitan lendir faraj berubah-ubah.
Semasa waktu subur, lendir di faraj lebih pekat atau likat seperti putih telur dan kadang-kala banyak.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi waktu subur wanita boleh dikeenalpasti melalui tekstur dan warnanya;
- Selalunya faraj akan terasa kering selepas tamat haid. Ini bermaksud ovulasi belum lagi berlaku dan peluang kehamilan adalah rendah.
- Kemudian, terdapat sedikit cecair faraj yang akan muncul. Jika cecair itu likat, pekat, dan berwarna putih atau krim, ini bermakna anda sudah menghampiri waktu ovulasi.
- Kemudian apabila cecair menjadi warna jernih, licin, dan mudah diregangkan. Peluang kehamilan adalah sangat tinggi, elakkan bersama jika ingin menjarakkan kehamilan.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memperhatikan cecair ini pada awal pagi kerana cecair faraj boleh dipengaruhi oleh aktiviti lain pada waktu siang.
4. Mahu cuba ramuan tradisional ini?
Terdapat ramuan tradisional yang diamalkan oleh sesetengah wanita sebagai petua tradisional elak hamil. Ramuan ini menggunakan bahan yang mudah didapati, iaitu:
- lengkuas sebesar ibu jari
- 10 biji lada hitam
- 1/4 keping ragi
- air perahan limau nipis
Bahan-bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan di dalam air suam dan diminum. Ia dikatakan elok diminum selepas tamat haid untuk mengelakkan kehamilan. Ia juga dikatakkan elok diminum sebelum tidur.
Walaubagaimanapun, wanita hamil harus mengelak dari minum ramuan tradisional ini kerana risiko keguguran.
Apakah petua tradisional elak hamil yang anda amalkan? Kongsikan dengan kami.
Sumber : rahsiaummi, sirap limau, vitaminorganik, drzubaidi
Baca juga:
The post 4 petua tradisional elak hamil yang mungkin anda boleh amalkan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.