Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Cara Untuk Memastikan Nurseri Anda Selamat Dan Sihat

$
0
0

Ia sangat penting untuk memastikan nurseri anda selamat untuk bayi anda.

Bayi anda akan meluangkan sebanyak 14 hingga 16 jam setiap hari di dalam nurseri tersebut, keperluan bayi anda pada masa ini adalah terhad kepada nutrisi, penjagaan dan kasih sayang dari keluarganya. Bayi anda tidak perlu didedah kepada bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatannya.

Berikut adalah beberapa petua untuk memastikan nurseri anda selamat dan sihat:

Membeli katil / “cot” bayi dengan pelepasan kimia yang rendah

feature

Kayu ditekan atau “particleboard” mengeluarkan bahan kimia yang berbahaya jadi ia terbaik untuk mengelakkan menggunakan katil berasaskan bahan tersebut. Kemasan berasaskan air adalah disyorkan sebagai pilihan yang lebih selamat.

Laburlah dalam tilam yang berkualiti tinggi yang selamat

shutterstock_227888227 (1)

Bayi anda akan terdedah kepada bahan kimia dari katil berkualiti rendah seperti bahan kimia “fire retardant” yang digunakan untuk mengelakkan kebakaran dan sering disembur pada pokok Krismas dan pada, kebanyakan perabot. Tilam bayi organic yang berkualiti tinggi adalah disyorkan untuk keselamatan bayi anda.

Dapatkan perabot kayu asli (Solid Wood)

shutterstock_304214768-1

Kayu yang ditekan, partikel, dan kayu berlamina semuanya sangat berbahaya kerana ia membebaskan bahan kimia ke udara yang akan dinafas oleh bayi anda. Perabot buatan kayu asli adalah lebih selamat walaupun ia mungkin lebih mahal.

Jika anda tidak dapat perabot kayu asli, anda boleh mengecat atau semburkan perabot anda menggunakan “safety coating” yang boleh menghalang bahan kimia daripada dibebaskan ke udara. “Safety coating” senang didapati dari kedai perkakasan berdekatan anda.

Elakkan aksesori nurseri berbahaya

shutterstock_432771475-1

Aksesori nurseri seperti kusyen atau mainan lembut boleh mendedahkan bayi anda kepada bahan kimia berbahaya. Belilah kusyen dan mainan yang diperbuat daripada kapas organik untuk memastikan keselamatan bayi anda.

Jika kapas organik tidak dapat dijumpai, pastikan anda vakum dan basuh aksesori nurseri anda dengan kerap.

Pilihlah cat dengan VOC tahap rendah atau tiada VOC langsung

shutterstock_488110966-1

Cat susu semulajadi, cat semula jadi atau organik, cat tiada VOC atau cat rendah VOC adalah lebih baik daripada cat stoksik bukan organik, cat yang mengandungi tahap VOC yang tinggi boleh didapati secara meluas di kedai-kedai.

Amalan-amalan untuk mengekalkan keselamatan

mother-kiss-smile

Elakkan daripada menggunakan plastik, terutamanya PVC, di nurseri anda. Selepas menyiapkan nurseri untuk anak anda, termasuk cat, biarlah bau toksik cat hilang sebelum memindahkan bayi dan barangan bayi ke dalam nurseri.

Cubalah untuk menggunakan bahan-bahan organik seperti rami, kapas organik, dan buluh untuk keperluan bayi anda.

The post Cara Untuk Memastikan Nurseri Anda Selamat Dan Sihat appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>