Keluarga bukanlah sekumpulan orang dewasa dan kanak-kanak berkumpul dan tinggal di dalam satu rumah semata-mata. Keluarga terjalin daripada ikatan kasih sayang yang suci dan anak-anak adalah amanah dari Tuhan. Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Imej menunjukan contoh asas pembinaan rumah (sumber imej, www.asiatvl.com)
Tapi apakah yang dimaksudkan dengan asas ini? Sebenarnya, asas ini hanyalah perkara yang tampak kecil dalam kehidupan harian kita namun, impak jangka masa panjangnya sungguh besar.
Jom kita baca, apa 5 perkara kecil yang boleh menjadi asas keluarga bahagia ini.
#1 Sembahyang
Sembahyang adalah tiang agama. Terjaga sembahyang kita, maka terjagalah perilaku kita. Bila kita sentiasa ingat Tuhan (dengan bersembahyang) kita akan takut melakukan perkara yang dilarang agama. Selain itu, bagaimana sembahyang boleh membahagiakan keluarga?
Jadikan waktu sembahyang sebagai waktu bersama keluarga. Sembahyang berjemaah bersama-sama pasangan serta anak-anak dan gunakan waktu ini untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan keluarga.

Sembahyang bersama pasangan dan anak-anak (sumber imej, shutterstock.com)
#2 Sentiasa mengingati sifat yang baik
Jika kita sentiasa mengingati perkara yang baik tentang ahli keluarga kita, kita akan lebih memahami jika mengalami masalah dan menjadi negatif. Ini akan membuatkan kita lebih prihatin dengan kelakuan ahli keluarga kita. Prihatin amat penting dalam hubungan kekeluargaan bagi mengukuhkan lagi kasih sayang antara keluarga.

(Sumber imej, http://inspirationalquotespics.com)
#3 Makan bersama
Perkara ini nampak remeh, tetapi sebenarnya, waktu makan bersama keluar sangat penting. Ketika ini juga, pastikan gangguan gajet dijauhkan.
Membaca doa bersama, kemudian bercerita tentang hari masing-masing, merancang aktiviti bersama di meja makan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Jadikan makan bersama suatu kebiasaan, setiap ahli keluarga pasti akan rasa kekurangan jika salah seorang tiada.

Makan bersama keluarga. (sumber imej, http://verifiedforskolin.com)
#4 Kerja Rumah
Selain waktu makan bersama, melakukan kerja rumah bersama juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Malah dengan bergotong-royong melakukan kerja rumah dapat meringankan beban si ibu atau isteri yang telah penat memasak dan menyiapkan kerja rumah yang lain.
Apabila ibu dan bapa bekerjasama menguruskan hal rumah, ini akan menunjukan contoh yang baik untuk anak-anak. Mereka juga akan melakukan yang sama nanti.

Melakukan aktiviti mengemas rumah bersama (Sumber imej, shutterstock.com)
#5 Keluar bersama keluarga
Aktiviti luar bersama keluarga adalah amat digalakan kerana bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malahan dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Lakukan aktiviti seperti berkelah, beriadah atau bermain bersama. Melakukan aktiviti bersama dapat membina kenangan indah serta menjadikan hubungan kekeluargaan lebih istimewa.

Aktiviti luar bersama keluarga (Sumber imej, shutterstock.com)
Cubalah amalan lima perkara ini dan nilai sendiri perbezaan yang anda dapat lihat pada keluarga anda. Sesuatu yang positif akan menghasilkan hasil yang positif, termasuklah perkara-perkara ini. Selamat beramal.

(Sumber imej, shutterstock.com)
The post Keluarga lebih bahagia, amalkan 5 perkara ini appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.