Ibu bapa harus ajar anak bersopan sejak mereka kecil
Saat anak memasuki fasa kanak-kanak, ibu bapa mesti selalu pening dengan kerenah mereka, kan? Pasti anda pernah mengalami detik anak menguji kesabaran. Sebab itu, kita dituntut untuk ajar anak bersopan sejak mereka kecil.
Sayangnya, sekarang, banyak yang menganggap nilai sopan santun yang dimiliki generasi muda kian pudar.
Anak-anak masa kini kerap kali bertindak mengikut kehendak sendiri tanpa mengendahkan sikap sopan santun. Walhal, ajar anak bersopan adalah didikan utama yang patut diterapkan dalam sesebuah keluarga.
Tapi daripada menekan ibu bapa untuk ajar anak bersopan sejak kecil, lebih baik kami menyediakan bagaimana cara-cara mudah untuk melakukannya, kan?
Taraa! Sebab itu senarai di bawah ini disediakan untuk anda.

Kredit: Parent India
Ini 3 cara mudah ajar anak bersopan santun
1. Nak ajar anak bersopan, biar anak faham 3 benda asas ini dulu
Perkara pertama yang perlu dilatih sejak kecil berkaitan dengan mendidik sikap bersopan-santun pada anak adalah melatih anak mengenali 3 perkataan ajaib ini iaitu: maaf, terima kasih dan tolong.
Biasakan anak mengatakan maaf jika mereka salah, katakan tolong pada sesiapa pun ketika anak memerlukan bantuan, dan jangan lupa ucapkan terima kasih selepas mereka mendapatkan pertolongan.
Bila anak kecil terbiasa mengatakan 3 perkataan ini, akan lebih mudah mereka belajar cara bersopan-santun kelak.
2. Nak ajar anak bersopan santun, ibu bapa jadilah ‘role model’

Kredit: Scholastic
Anak adalah cermin ibu bapa. Mereka ibarat span yang menyerap apa yang dilakukan dan dikatakan oleh ibu bapanya.
Jadi, bagaimana anak boleh memiliki sikap sopan santun jika mereka tidak melihat contoh yang jelas daripada ibu bapanya?
Oleh itu, mulakanlah dengan perkara yang paling asas seperti membiasakan anak untuk mengatakan perkataan terima kasih, maaf dan tolong.
Berikan contoh secara konsisten kerana dengan melihat perilaku ibu bapanya, maka anak akan meniru.
Jangan bermimpi anak kecil anda akan bersikap baik dan memiliki sopan santun jika anda sendiri sebagai ibu bapanya belum mampu bersikap sedemikian.
3. Pastikan anda memiliki tujuan yang masuk akal
Ketika melatih anak memahami dan belajar sikap sopan -antun, serta mampu mempraktikannya dalam kehidupan sehari-hari, perkara yang perlu diingat adalah penting bagi ibu bapa untuk tidak memiliki harapan berlebihan.
Tidak ada salahnya untuk meletakkan harapan anda. Tapi, cuba letakkan tujuan yang masuk akal.
Dan jangan lupa, anak tidak akan mendengarkan dan mematuhi anda sepanjang waktu, dan ini adalah perkara lumrah dan memang dilakukan semua anak kecil. Inikan proses pembelajaran mereka.
Melatih sikap sopan santun ketika anak bersosial
Ketika anak sedang bergaul dengan anak-anak lain, mungkin ada baiknya anda mulakan dengan mengajar anak berkongsi.
Kebanyakan anak kecil akan bertengkar kerana tidak boleh berkongsi permainan.
Berikut ini tips untuk membantu anak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dengan mudah:
- Fahamilah yang anak anda tidak suka berkongsi barang mereka kecuali jika mereka diajar. Oleh itu, buat beberapa peraturan dan kesepakatan bersama. Misalnya, izinkan setiap anak bergilir-gilir main permainan. Ketika anak sedang menunggu gilirannya, meraka juga belajar untuk bersabar.
- Jika anak anda melanggar peraturan tersebut, beri peringatan. Jika mereka tidak mendengar, cukup menghentikan waktu bermain.
- Jika anak memiliki mainan yang sangat disukai, dan memang tidak mahu dipinjamkan pada rakannya, adalah lebih baik jika anda tidak mengeluarkan permainan tersebut ketika bermain. Cara ini dapat mencegah perkara yang tidak inginkan seperti terjadinya pergaduhan.
- Ibu bapa, jangan lupa juga memuji si kecil ketika melakukan perbuatan baik. Tapi ingat, pujian juga sebaiknya tidak diberikan secara berlebihan. Seperti yang dikatakan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Anna Surti Ariana pujian kepada anak harus lebih menggalakkan perilakuan anak. Pujian ini diberikan sebagai pembaikkan dari perilakuannya.
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga:
10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil
The post Didik anak nilai sopan santun sejak kecil dengan 3 cara terbaik ini! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.