Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Haid tidak teratur, adakah ia sebenarnya punca mengapa anda sukar hamil?

$
0
0

Haid tidak teratur punca sukar hamil? Itu sebenarnya adalah salah satu mitos ini masih dipercayai oleh ramai masyarakat. Mitos ini paling dipercayai terutamanya buat mereka yang sedang berusaha keras untuk hamil atau yang mempunyai kesukaran untuk hamil.

Walaubagaimanapun, mitos ini ada kebenarannya juga. Jika dilihat dari sudut ilmiah dan perubatan, kebanyakan mitos berasal dari hipotesis semata-mata.

Selain daripada mitos tentang haid tidak teratur boleh menyukarkan hamil, anda juga perlu mengetahui 4 lagi mitos kesuburan yang selalu kita percaya ini! Mari kita lihat aoakah ia:

Mitos kesuburan #1: Kitaran haid tidak teratur menyukarkan peluang hamil

haid tidak teratur, haid teratur, tidak datang haid, haid tidak seragam, haid, tidak teratur, tidak subur, subur, kesuburan, kopi, pil, hamil, tidak hamil, tidak boleh hamil

Semasa haid, ovulasi tidak berlaku. Namun ini tidak bererti mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur sukar hamil. Perempuan yang kitaran haidnya pendek atau tidak teratur tetap mempunyai potensi untuk hamil.

Namun, pengecualian adalah pada kitaran haid tidak teratur yang disebabkan oleh keadaan penyakit tertentu yang mempengaruhi organ reproduktif. Anda perlu berjumpa dengan doktor sakit puan untuk memeriksa keadaan ini.

Mitos kesuburan #2 – Bersama setiap hari dengan suami meningkatkan peluang hamil

haid tidak teratur, haid teratur, tidak datang haid, haid tidak seragam, haid, tidak teratur, tidak subur, subur, kesuburan, kopi, pil, hamil, tidak hamil, tidak boleh hamil

Ini adalah kepercayaan yang masih diyakini ramai terutamanya mereka yang sangat menginginkan zuriat. Mereka berusaha sebaik mungkin melakukan hubungan seks setiap hari kerana mempercayai ia akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Secara fakta, peluang paling tinggi untuk hamil adalah semasa tempoh ovulasi perempuan berlaku di mana sel telur matang dilepaskan. Jadi jika perempuan itu tidak dalam tempoh ovulasi, berapa banyak hubungan yang dilakukan juga tidak akan hamil.

Anda perlu lebih teliti dan mengkaji waktu ovulasi anda dan berusaha yang terbaik semasa tempoh itu untuk meningkatkan peluang hamil.

Mitos kesuburan #3 – Pil kontraseptif menyebabkan kemandulan

haid tidak teratur, haid teratur, tidak datang haid, haid tidak seragam, haid, tidak teratur, tidak subur, subur, kesuburan, kopi, pil, hamil, tidak hamil, tidak boleh hamil

Sesetengah daripada kita mempercayai salah satu kesan jangka panjang pengambilan pil kontraseptif ialah ia akan menyebabkan ketidaksuburan.

Oleh yang demikian, mereka akan sukar hamil jika mengambilnya. Walaubagaimanapun, kesan pil kontraseptif akan berkurangan selepas anda tidak mengambilnya.

Sebab itu pengambilan pil  perlulah mengikut preskripsi yang doktor telah berikan. Ini untuk mengelakkan ketidakseimbangan hormon jika tidak mengikut preskripsi yang bersesuaian.

Mitos kesuburan #4: Kafein bahaya untuk kehamilan

haid tidak teratur, haid teratur, tidak datang haid, haid tidak seragam, haid, tidak teratur, tidak subur, subur, kesuburan, kopi, pil, hamil, tidak hamil, tidak boleh hamil

Mereka yang sedang hamil selalunya akan mengelak untuk minum sebarang minuman berkafein kerana percaya ia akan memberikan kesan negatif kepada kehamilan.

Walaupun kafein terbukti membuatkan wanita menjadi lebih sensitif dan mengganggu waktu tidur, namun kafein tidak akan mengganggu kesihatan organ reproduktif.

Walaubagaimanapun, minuman kafein berlebihan tentunya tidak baik untuk kesihatan. Jadi pengambilan harian minuman berkafein perlu bersederhana.

Mitos kesuburan #5 – Posisi yoga akan meningkatkan kesuburan

haid tidak teratur, haid teratur, tidak datang haid, haid tidak seragam, haid, tidak teratur, tidak subur, subur, kesuburan, kopi, pil, hamil, tidak hamil, tidak boleh hamil

Melakukan posisi yoga dengan kepala di bawah dan kaki di atas, terutamanya setelah hubungan seks dipercayai akan meningkatkan peluang hamil. Posisi ini dianggap akan membolehkan sperma lelaki bergerak lebih laju menuju sel telur perempuan.

Mereka yang tidak pernah melakukan yoga kadang-kadang akan menonggeng atau baring terlentang dan menyandarkan pinggul ke dinding dengan harapan akan membantu sperma lebih cepat sampai kepada sel telur.

Walaubagaimanapun, cara sperma berenang kepada sel telur tidak boleh dimanipulasi oleh sebarang posisi.

Ini kerana ia tiada kaitan dengan tarikan graviti. Jadi apa jua posisi yang dilakukan, jika sperma tidak mampu sampai kepada sel telur, kehamilan tidak akan berlaku.

Jadi, mitos kesuburan mana yang masih anda percaya?

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia, Bollywood Shaadis

Baca juga:

Period tapi positif mengandung?!! Ini 3 sebab kenapa anda period tapi hamil…

The post Haid tidak teratur, adakah ia sebenarnya punca mengapa anda sukar hamil? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>