Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Petua bijak ibu muda ini menjaga 3 orang anak lelaki boboiboy yang masih kecil

$
0
0

Bukan mudah nak menjaga anak, kan? Lagi-lagi kalau kita terpaksa uruskan anak-anak yang masih kecil. Haaa..baru-baru ini, seorang ibu muda ada berkongsi tips jaga anak kecil.

Walaupun dirinya bekerja, namun hal rumahnya masih terjaga dan anak-anak kecilnya masih terurus. Apa agaknya petua atau tips jaga anak kecil yang dikongsikan oleh si ibu?

Tips jaga anak kecil, ibu ini berkongsi petua

Jom ikuti cerita Puan Basyirah di laman Facebooknya. Memang menarik dan sesuai untuk kita cuba di rumah dengan anak-anak.

tips jaga anak kecil, tips menjaga anak kecil, cara jaga anak kecil

Kredit: FB Basyirah Ahmad

***

Saya memang sangat adore dengan adik yang sorang ni. Pasangan muda. Dua-dua bekerja. Orang kita, suka cari rumah jauh-jauh dari tempat keja. Dia pun sama.

Maksudnya, tipikal family macam kita. Balik kerja penat. Kemudian, kelam kabut tangan macam sotong uruskan rumahtangga.

Tapi saya sangat terkesan dengan anak-anaknya. Jarak umur anak-anaknya boleh dikira agak dekat. Semua hero boboiboy kuasa 3, kata orang. Yang sulung baru nak masuk 3 tahun.

Selalu kalau yang ada anak kecil, memang susah nak buat kerja. Yang sana meraung, yang sebelah sini pulak buat orkestra lepas kena usik.

Belum campur dengan rumah bersepah dengan mainan, dengan bantal tilam penuh peta yang bersidai depan TV dan kain baju macam gunung. Seram!

tips jaga anak kecil, tips menjaga anak kecil, cara jaga anak kecil

Kredit: FB Basyirah Ahmad

Tapi, dia ini rileks saja. Balik rumah boleh bantai masak 3-4 menu. Siap bergulai bagai. Rumah kemas tersusun. Lantai rumah tu kira boleh buat golek-goleklah.

Anak-anak pun sangat jarang cranky. Tak adalah 24 jam asyik bergayut kat kaki dan buat muka kucing comel untuk minta perhatian.

Satu hari, saya saja bertanya sekadar nak sembang-sembang. Minta petua tips jaga anak kecil. Saya kongsikan petuanya di sini.

Harap-harap boleh membantu mak-mak di luar sana yang kadang-kadang kejung rambut juga bergelut dengan urusan anak dan rumah tangga.

Tips jaga anak kecil menurut pengalaman ibu muda

1. Mak jangan terjebak sekali bila anak mengamuk

tips jaga anak kecil, tips menjaga anak kecil, cara jaga anak kecil

Kredit: Merdekasiana.com

Kita paling kelam-kabut kalau anak tantrum. Nak-nak lagi kalau dah sampai guling-guling hentak kaki dengan menangis volume tinggi. Emosi kita pun macam melayang sekali.

Kata dia, kalau anak tantrum, selalunya dia buat tidak tahu saja. Bila dah penat dan tekak pun dah sakit, masa itu tahu lah diorang diam.

Nanti bila dah ok, baru dia cakap dengan anak. Bila time tu jugak nak pujuk, memang tak jalan. Silap-silap, lagi tinggi volume dia. Jangan pukul.

Bila dia dah tenang nanti, hug dia kuat kuat. Buat sepakatan untuk selesaikan apa yang dia marah tadi.

2. Jaga masa tidur untuk elak anak meragam tak tentu pasal

Masuk waktu maghrib saja, biasakan anak-anak dengan khidmat diri (mandi, pakai baju tidur). Kalau keluar, seboleh-bolehnya balik sebelum Maghrib supaya tak kacau jadual.

Lagi satu, bila kita arahkan budak-budak masuk tidur, jangan pulak kita duduk depan TV layan drama.

Temankanlah anak-anak tidur. Bercerita sekejap. Jangan lupa cium anak-anak. Masa inilah nak tunjuk yang kita sayang dan hargai diorang.

3. Bagi anak main selagi tidak mendatangkan cedera parah

tips jaga anak kecil, tips menjaga anak kecil, cara jaga anak kecil

Kredit: Cari.com.my

Luka sikit-sikit itu bak kata dia, perkara biasa. Tambah-tambah anak lelaki. Masa main, biar saja rumah berkecah. Mak jangan sibuk nak marah-marah.

Bagi masa sampai pukul berapa boleh main. Lepas main, ajar anak-anak kemas mainan masing-masing. Kalau anak yang besar sudah terbiasa buat, senang. Nanti dia yang tolong bising dekat adik-adik.

Boleh buat cabaran, siapa siap kemas dulu, dia menang. Budak-budak kan memang suka berlumba. Dah siap kemas, puji. Jangan sibuk komplen anak simpan mainan tak ikut nombor siri!

4. Action first dari membebel

Hati kena kental. Kalau salah, rotan saja sekali. Tapi, kena sakit sampai menangis. Kalau tak menangis, anak akan pendam. Jadi, anak akan berdendam dengan parents.

Lepas rotan, biar anak rileks dulu. Ambil segelas air baca al-Fatihah atau mana-mana surah bagi anak tenang. Dan, masa itu juga main dengan dia. Bagi dia makan. Selepas itu, slow talk.

Masa ini, kita beritahu anak apa yang dia buat itu salah. Dan jangan ulangi. Jadi, anak akan ingat sampai bila-bila.

Esok-esok, kalau kita jeling sikit pun, anak sudah faham yang ibu ayahnya marah kalau buat perkara itu. Tapi, jangan sikit-sikit nak pukul. Nnti jadi kebal pula.

5. Mak kena tahu cara jadi “tok bomoh”

tips jaga anak kecil, tips menjaga anak kecil, cara jaga anak kecil

Kredit: Republika.co.id

Akan ada masa bila anak-anak menangis dan kita tidak tahu puncanya. Kadang-kadang, pukul 3-4 pagi terjaga. Pujuk tak kena, tukar pampers pun tak jadi juga. Perut pun elok, tak ada kembung segala.

Kalau macam ini, biasanya dia akan ambil bawang putih. Jadi tok bomoh kejap. Yang ini simple. Potong saja bawang putih, terus calit pada semua sendi anak-anak.

Maklumlah, kita berkongsi bumi ini dengan mahkluk lain. Kadang-kadang, nak juga mahluk lain menyakat. Sapu-sapu sikit, bacakan ayat Kursi, Insyaa Allah yang menyakat tadi tahu la dia nak lari.

Pesan si ibu dengan rendah diri

“Tapi kak, kami pun masih belajar ilmu parenting. Jadi, kami pun masih bereksperimen mengikut cara orang tua dulu-dulu. Yang baik kami ikut, tak baik kami letak tepi.”

Jadi mak bapak ini, mana ada yang sempurna. Kalau tengok anak orang tu buat perangai sikit, rumah pulak berkecah macam baru lepas perang, jangan cepat-cepat jatuh hukum.

Kita tak tahu, mungkin dia sudah struggle setengah mati nak jadi ibu bapa mithali!

***

Menarik bukan perkongsian Puan Basyirah tentang tips jaga anak kecil ini? Bolehlah ibu ayah meniru gayanya dan melihat sendiri keberkesanannya!

Ibu ada cerita keibubapaan yang menarik? Jom kongsikan dengan kami ya!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook Basyirah Ahmad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

7 tanda yang membuktikan anda telah menjadi seorang ibu bapa yang baik

The post Petua bijak ibu muda ini menjaga 3 orang anak lelaki boboiboy yang masih kecil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>