Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

50 idea keluar dating dengan pasangan dalam suasana romantik dan fun, semuanya murah saja!

$
0
0

Rasa macam sudah lama tidak keluar dating dan meluangkan masa dengan pasangan? Anda telah sampai ke artikel yang tepat! Kami akan bawakan kepada anda 50 idea keluar dating yang wajib anda cuba.

Semua idea keluar dating ini bukan saja boleh merapatkan hubungan anda suami isteri, malah ia juga mampu membuatkan anda lebih menghargai pasangan dan diri sendiri. Yang paling best, 50 idea ini murah, romantik dan mudah saja nak dibuat!

Jom tengok apa yang kalian boleh buat untuk meluangkan masa dengan pasangan.

50 idea keluar dating dengan pasangan, senang saja!

Idea keluar dating #1 – Makan, makan dan makan!

idea keluar dating, idea untuk dating, idea dating, dating dengan pasangan, date dengan pasangan,

Kredit: querosaude.me

1.Buat kek dan makan sama-sama. Berlakon seolah-olah anda sedang “mencuba” kek tersebut sebelum majlis perkahwinan kalian. Jangan risau sangat pasal berat badan anda sekarang!

2. Pergi pasaraya dan beli bahan-bahan untuk masakan kegemaran kalian. Masak sama-sama

3. Buat food trip dan tengok siapa makan paling banyak

4. Makan aiskrim yang anda nak sangat makan itu.

Idea keluar dating #2 – Idea yang menyeronokkan, tapi boleh dibuat di rumah saja!

idea keluar dating, idea untuk dating, idea dating, dating dengan pasangan, date dengan pasangan,

5. Main Monopoly, tapi jangan main seperti biasa. Apa kata anda cuba Strip Monopoly? 😛

6. Kumpul gambar dan buat buku scrap. Suami, hobi ini menyeronokkan tau! Belum cuba belum tahu.

7. Beli 2 buku bestseller dan baca sama-sama. Bincang apa pendapat kalian tentang buku itu

8. Main ujian dalam talian. Lihat siapa dapat markah lebih tinggi.

9. Tulis 10 soalan tentang diri anda. Biar pasangan jawab. Lihat siapa yang lebih mengenali pasangan.

10. Buat jigsaw puzzle sama-sama. Jangan berhenti sampai ia siap.

11. Bawa keluar album keluarga anda. Cuba kenang apa yang terjadi pada hari itu.

Idea keluar dating #3 – Keluar!

idea keluar dating, idea untuk dating, idea dating, dating dengan pasangan, date dengan pasangan,

12. Pergi shopping, tapi bukan dengan cara biasa. Cuba cabar pasangan untuk beli sesuatu yang cantik dengan harga murah. Siapa yang dapat beli benda paling cantik dan murah akan menang.

13. Pergi berkelah, yeahhh!

14. Naik bus dan jelajahi satu bandar. Berlakon seperti pelancong sekejap.

15. Sama-sama menjelajahi kehijauan. Anda boleh pergi taman bunga atau zoo.

16. Pergi lihat bintang sambil makan buah strawberi.

Idea keluar dating #4 – Sesuai dibuat pada hujung minggu

idea keluar dating, idea untuk dating, idea dating, dating dengan pasangan, date dengan pasangan,

Kredit: eHarmony

17. Kosongkan jadual hujung minggu anda. Pilih filem yang best dan tengok semuanya sambil cuddling

18. Tempah hotel mewah untuk minggu ini. Tak apa jika sekali-sekala nak “memanjakan diri” kalian.

19. Pergi ke pantai dan berbaring di sana sambil menikmati hembusan angin.

20. Pergi melawat tempat yang di luar bandar.

21. Naik kapal cruise di Penang!

Idea keluar dating #5 – Idea selepas kerja

idea keluar dating, idea untuk dating, idea dating, dating dengan pasangan, date dengan pasangan,

22. Jalan-jalan di bandar atau pantai sambil berpegangan tangan. Nikmati panorama yang boleh menenangkan.

23. Buat temujanji di spa untuk urutan.

24. Ataupun anda suruh pasangan urut anda. Ambil giliran, nanti anda urut pasangan pula. Boleh jimat duit!

25. Pergi tempat mana anda keluar dating pertama kali dulu.

26. Pergi ke tempat di mana suami melamar isteri.

Idea keluar dating #6 – Spontan!

27. Tempah tiket ke mana-mana negara dalam Asia yang anda nak pergi sangat. Jangan buat rancangan banyak sangat. Biar kreativiti anda berjalan.

Idea keluar dating #7 – Suami isteri buat benda sama-sama

idea keluar dating, idea untuk dating, idea dating, dating dengan pasangan, date dengan pasangan,

Kredit: QuickSteps Dance

28. Cipta satu hobi sama-sama. Mungkin masuk kelas menari, atau kelas melukis atau main sukan baru?

29. Masuk kelab kesihatan dan work out sama-sama. Jaga kesihatan!

30. Bersihkan rumah sama-sama. Kumpul barang yang boleh diderma.

31. Lawat rumah anak yatim atau rumah orang tua. Derma makanan, duit atau barangan terpakai.

32. Bersembang dengan pasangan menggunakan Skype (ini kalau anda kerja)

Idea keluar dating #8 – Manjakan diri anda dan pasangan

idea keluar dating, idea untuk dating, idea dating, dating dengan pasangan, date dengan pasangan,

Kredit: enchantyourex.com

33. Isteri, cipta satu hari sebagai “His Day“. Pada hari itu, anda perlu melayan suami ibarat raja. Ikut semua kehendaknya.

34. Suami, cipta satu hari sebagai “Her Day“. Pada hari itu, anda akan melayan isteri ibarat permaisuri. Pastikan dirinya gembira.

35. Buat kejutan dengan menyediakan breakfast in bed. Masak makanan kegemaran pasangan.

36. Beli sesuatu yang pasangan nak sangat beli, tapi tak beli-beli. Lihat bagaimana dia akan terkejut dan menghargainya.

37. Suami, buat kejutan pada isteri dengan memberinya coklat dan bunga pada hari biasa. Jika dia tanya kenapa, cakap “saja”.

38. Isteri, buat kejutan pada suami dengan memasak hidangan yang banyak dan enak pada hari biasa. Jika dia tanya kenapa, cakap “saja”.

39. Mandi dalam tab mandi dengan kelopak-kelopak bunga.

Idea keluar dating #9 – Aktiviti lasak sikit yang menerujakan!

idea keluar dating, idea untuk dating, idea dating, dating dengan pasangan, date dengan pasangan,

Kredit: Dr. AK Jain Clinic

40. Pergi jogging dengan pasangan.

41. Jangan takut lagi. Cuba sukan lasak seperti bungee jumping, motor racing dan ziplining.

42. Sertai larian untuk mengumpul dana.

43. Pergi taman tema dan naik rides yang anda. Siapa paling berani naik rides yang “gila” akan menang.

44. Main video game sama-sama. Mungkin kalian boleh melawan satu sama lain!

Idea keluar dating #10 – Berpendidikan dan melibatkan budaya

idea keluar dating, idea untuk dating, idea dating, dating dengan pasangan, date dengan pasangan,

Kredit: The Whistler News – Business – Entertainment – Sports – Community

46. Pergi tonton teater atau pergi ke konsert yang anda dan pasangan ingin pergi.

47. Mengejar ilmu itu tiada penghabisannya. Apa kata kalian pergi perpustakaan?

48. Pergi ke pameran seni. Cuba jadi pengkritik seni pada hari itu. Bincang pandangan kalian.

49. Lawat muzium dan belajar tentang budaya.

50. Pergi ke Taman Sains dan belajar sains bersama-sama. Tak salah pun, kan!

Apa pendapat anda? Ingin cuba mana-mana idea keluar dating yang kami senaraikan ini? Kami harap anda akan terhibur dengan aktiviti dating yang anda pilih. Selamat mencuba!

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

11 cara untuk buat suami lebih bahagia & gembira (mungkin ada anda tak buat lagi)

The post 50 idea keluar dating dengan pasangan dalam suasana romantik dan fun, semuanya murah saja! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>