Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Seks oral boleh menyebabkan kanser tekak? Apa kebenaran di sebalik kajian ini?

$
0
0

Anda suka seks oral? Mungkin anda patut baca kajian ini. Menurut laporan the Evening Standard tahun lepas, ada kaitan antara seks oral dengan kanser tekak.

Malah apa yang lebih mengejutkan, laporan itu mendapati lelaki yang merokok memiliki risiko yang lebih tinggi untuk terkena kanser tekak!

Laporan tentang kaitan antara kanser tekak dan seks oral ini berdasarkan satu kajian yang dilakukan pihak Amerika Syarikat. Dalam kajian itu, seramai 9,425 individu berusia 20 hingga 59 tahun menjadi subjek kajian. 

Kesemua subjek kajian mendedahkan sama ada mereka menggemari seks oral atau tidak. Lalu pengkaji akan menguji virus papilloma oral (HPV) pada mereka.

Bagaimana seks oral boleh menyebabkan kanser tekak?

seks oral, kanser, oral seks, oral sex, throat cancer, kanser tekak, seks oral kanser tekak,

HPV adalah sejenis virus yang mampu menjangkiti membran. Sesetengah HPV boleh meningkatkan risiko kanser serviks pada wanita. Jika HPV dikesan dalam mulut, individu tersebut berisiko terkena kanser tekak dan kanser mulut.

Pengkaji mendapati hampir 6% lelaki dan 1% wanita berisiko membawa kesan HPV dalam mulut mereka. Apabila individu yang membawa virus HPV ini melakukan seks oral, dia mampu menjangkiti pasangan dengan jangkitan STI!

Malah, perokok lebih berisiko membawa virus ini. Walaupun kajian mendapati seks oral mampu menyebabkan kanser tekak, namun kajian tidak membuktikan seks oral adalah penyebab kepada kanser ini. 

Kesimpulan tentang seks oral dan kanser tekak

seks oral, kanser, oral seks, oral sex, throat cancer, kanser tekak, seks oral kanser tekak,

Tapi jangan risau sangat. Kajian ini menyimpulkan virus HPV yang datang dari seks oral jarang berlaku. Malah, terdapat vaksin yang boleh mencegah virus HPV. 

Kajian ini juga memiliki beberapa limitasi yang harus kita pertimbangkan. Contohnya, kajian ini hanya melihat data dari Amerika Syarikat. 

Jadi, ia tak boleh digunapakai terus untuk negara-negara lain. Yang pasti, lebih banyak kajian harus dilakukan untuk membuktikan perkara ini.

Namun, semua pasangan suami isteri digalakkan untuk mengamalkan gaya seksual yang selamat. Ia boleh mengurangkan risiko terkena jangkitan STI.

Kajian juga mendapati seks oral yang menyebabkan kanser amat jarang berlaku. Malah, hanya 7 daripada 1,000 orang lelaki dan 2 dari 1,000 orang wanita yang terkena jangkitan ini.

Jadi jangan risau sangat. Apa yang penting, anda perlu menjaga kebersihan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat malah selamat.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: The Evening StandardThe IndependentAnnals of OncologyNational Center for Biotechnology

Kredit gambar: Daily Express

Baca juga:

Syuhhh, ini 6 tips seks oral yang isteri mahu dalam diam, suami wajib tahu!

The post Seks oral boleh menyebabkan kanser tekak? Apa kebenaran di sebalik kajian ini? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>