Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Tak selamat minum air mineral dari botol plastik? Sains mendedahkan sebabnya…

$
0
0

Masih ramai masyarakat tidak tahu tentang bahaya minum air dalam botol plastik kerana air botol selalu dipasarkan sebagai air dalam bentuk yang paling murni.

Malah air botol dianggap sebagai air yang paling bersih di negara-negara yang kekurangan air minuman yang selamat. 

Tapi, jangan terkejut. Kajian baru kini menyiasat bahaya minum air dalam botol plastik serta kandungan pencemaran plastik yang terdapat di dalamnya. Sebanyak 250 botol dari 11 jenama dan 9 negara telah dikaji dan hasil kajian itu benar-benar membimbangkan!

Kajian mendedahkan bahaya minum air dalam botol plastik

bahaya minum air dalam botol plastik, botol plastik, plastik, bekas plastik, kesan botol plastik, mainan plastik, kesan penggunaan botol plastik, kesan penggunaan botol plastik kepada kesihatan, keracunan plastik

Botol air yang telah dikaji datang dari negara Amerika Syarikat, Jerman, China, Brazil, India, Indonesia, Mexico, Lebanon, Kenya dan Thailand.

Jenama-jenama antarabangsa terkemuka dalam kajian ini termasuklah Aquafina, Dasani, Evian, Nestle Pure Life, dan San Pellegrino. 

Jenama tempatan pula termasuk Aqua (Indonesia), Bisleri (India), Epura (Mexico), Gerolsteiner (Jerman), Minalba (Brazil), dan Wahaha (China). 

Menurut Orb Media, inilah penemuan dari kajian tersebut:

  • 93% daripada air dalam botol menunjukkan tanda pencemaran mikroplastik.
  • Purata zarah mikroplastik yang dijumpai dalam air yang dibotolkan ialah 10.4 > 100 um untuk setiap liter air botol. Pendek kata, terdapat kira-kira 10 zarah plastik bersaiz lebih lebar dari rambut manusia dalam setiap liter air.

Ahli sains juga mendapati air dalam botol mengandungi 2 kali lebih banyak zarah plastik (> 100 um) berbanding dengan air paip biasa!

  • Polimer yang didapati dalam sampel air dalam botol ialah Polipropilena. Ini adalah plastik yang digunakan untuk membuat penutup botol air.

Zarah plastik ini mungkin disebabkan serpihan plastik yang pecah dan masuk ke dalam air apabila seseorang membuka penutup air botol untuk minum, kata kajian itu. Punca pencemaran plastik lain termasuk proses pembungkusan dan pembotolan air itu sendiri.

Bahaya minum air dalam botol plastik: kesannya kepada kesihatan

bahaya minum air dalam botol plastik, botol plastik, plastik, bekas plastik, kesan botol plastik, mainan plastik, kesan penggunaan botol plastik, kesan penggunaan botol plastik kepada kesihatan, keracunan plastik

Sherri Mason, salah seorang dari penyelidik kajian itu memberitahu BBC News:

“Tak kira apa jenama air botol itu, kita pasti akan terjumpa kesan-kesan plastik.

Tujuan kajian ini bukan untuk memburuk-burukkan nama jenama tertentu. Ini hanya membuktikan plastik adalah bahan yang digunakan secara meluas dalam masyarakat kita. Ia boleh meresap ke dalam air dan air adalah keperluan asas kita.”

Menurut kajian tersebut, apabila kita minum satu liter air botol sehari, kita akan menelan berpuluh ribu zarah-zarah plastik dalam satu tahun. Bayangkan betapa bahaya minum air dalam botol plastik jika ibu bapa membeli air botol untuk anak setiap hari?

Buat masa ini, kajian lebih lanjut masih diperlukan sebelum penyelidik dapat menentukan bagaimana zarah-zarah plastik ini boleh menjejaskan kesihatan kita.

Bagaimanapun, Dr. Mason telah berkata, “Kita sudah menemui kaitan antara plastik dengan kenaikan kanser tertentu, pengurangan jumlah sperma, serta peningkatkan ganguan  ADHD dan autisme.” 

“Air paip sebenarnya jauh lebih selamat daripada air botol,” kata Dr. Mason.

Malangnya, di negara-negara membangun di mana air paip mungkin tercemar, orang masih terpaksa walaupun dianggap bahaya minum air dalam botol plastik.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Orbmedia , BBC , Business Times

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Awas, mainan plastik lama mungkin berbahaya untuk anak anda!

The post Tak selamat minum air mineral dari botol plastik? Sains mendedahkan sebabnya… appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>