Pantang larang selepas bersalin ini ada banyak dan pelbagai. Malah ia juga merangkumi semua aspek, baik dari segi pemakanan, penjagaan luka jahitan bersalin, aktiviti seharian, cara menguruskan bayi, urutan bersalin dan banyak lagi.
Wah, susah juga ya nak praktiskan satu demi satu. Jadi untuk memudahkan para ibu-ibu semua, kami di theAsianparent merungkai pantang larang lain yang mungkin anda tak tahu atau tahu, tapi terlepas pandang.
Selamat membaca!
Pantang larang selepas bersalin dari pelbagai sudut
1 – Kesihatan
- Jangan melakukan hubungan seks dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin kerana ibu memerlukan masa untuk kembali pulih.
- Dalam tempoh ini juga, biarkan luka koyakan di bahagian vagina sembuh sepenuhnya. Ia turut dipanggil luka episiotomi di mana koyakan yang dilakukan di bahagian perineum apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar.
2 – Pemakanan ketika berpantang: Sumber protein dan makanan laut
- Dilarang makan ikan masin dan kering kerana ia menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.
- Juga elak makan ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari dan sembilang. Jenis ikan yang macam ini menyebabkan bisa dan bentan.
- Elakkan juga makanan laut yang menyebabkan kegatalan pada sekitar luka jahitan.
3 – Ulaman dan sayuran
- Dilarang makan sayuran menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, timun, pucuk ubu, pucuk paku, bayam, jering, petai dan labu.
- Elakkan minum bergas dan sejuk.
- Buah-buahan seperti nangka, cempedak, pisang, ubu dan manggis. Juga dilarang!
4 – Penjagaan diri dan emosi
- Jaga emosi sebaiknya. Jangan terlalu mengikut perasaan marah atau sedih. Sekiranya anak menangis tak henti-henti, cuba kawal perasaan dan beristigfar. Minta pertolongan dari suami atau emak jagakan bayi.
- Jangan mengelak dari berbengkung dan mengurut. Ini penting untuk melancarkan peredaran darah dan pengeluaran angin menjadi lancar.
- Dilarang menekan, menolak atau memaksa Peranakan dalam tempoh dua minggu pertama. Jika mengurut, ingatkan tukang urut tidak menyentuh di bahagian peranakan. Hanya boleh urut dibahu, leher, dada dan payudara.
5 – Pantang larang selepas bersalin yang anda tak tahu!
- Dilarang tidur tidak bebantal kerana menyebabkan ibu sakit kepala.
- Jangan menjahit dan membaca. Ia boleh menyebabkan ibu rabun sebelum tua.
- Jangan duduk bercangkung ketika mandi. Jika boleh duduk atas kerusi.
- Rapatkan kaki semasa tidur bagi peranakan sembuh cepat.
- Jangan terlalu aktif. Duduk diam selama seminggu. Biarkan emak atau suami uruskan bayi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: fatimahtonny, siraplimau
Foto kredit: mmgazette ,pantang plus,mommyasia,ohsemmama
Baca juga:
10 perkara anda perlu tahu sebelum beli set bersalin atau set berpantang terbaik
The post Ibu jangan lalai ketika berpantang, ikut panduan pantang larang yang bermanfaat ini appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.