Kebanyakan ibu yang baru sudah bersalin tertanya-tanya bilakah haid mereka akan kembali, setelah habis nifas atau beberapa bulan selepas bersalin? Begitu juga saya.
Setelah 24 bulan melahirkan anak lelaki yang ke 2, haid saya masih belum kembali. Sedangkan semasa anak yang sulung, haid saya kembali selepas 6 bulan bersalin (Tyas, penulis theAsianParent Indonesia).
Hakikatnya, haid kembali selepas bersalin adalah berbeza bagi setiap wanita, malah, durasi haid kembali bagi setiap kelahiran juga berbeza. Apakah yang mempengaruhi hal ni? Berikut adalah gabungan ringkasan beberapa penulis dari beberapa sumber yang relevan.
Hasil pemerhatian yang pernah dilakukan oleh WHO, durasi jangka masa haid selepas bersalin secara umumnya ialah antara 4 hingga 10 bulan, namun boleh juga mencapai 15 hingga 18 bulan selepas bersalin.
Menurut Dr. Janfrional, durasi kembali haid selepas bersalin boleh mencapai 18-24 bulan jika ibu menyusukan anak mereka secara esklusif. Penyusuan ibu secara esklusif juga boleh menjadi perancangan kelahiran (birth control).
Perkara utama yang mempengaruhi durasi kembalinya haid selepas bersalin ialah hormon progesteron dan hormon prolaktin. Manakala faktor utama penyebab gangguan haid ialah ketidak-seimbangan hormon.
Walaubagaimanapun, Dr. Didi Dewanto, SpOG di laman web meetdoctor.com menjelaskan, apabila ibu menyusukan anak secara esklusif, dia lebih cenderung untuk tidak mendapat haid kerana terjadinya Hiperprolaktin. Namun jika ibu menyusu sudah mendapat haid yang normal, ini bermakna dia sudah kembali memasuki fasa subur. Jika ingin merancang kehamilan yang seterusnya, hendaklah segera mencari bantuan perancangan keluarga yang alternatif.
Kesimpulannya yang boleh dibuat di sini, bila datangnya haid selepas bersalin adalah bergantung kepada adakah ibu tersebut menyusukan anaknya dengan susu badan, susu formula atau kombinasi dua ini.
Jika menyusukan bayi dengan susu formula, kemungkinan haid kembali selepas habis nifas adalah lebih cepat berbanding dengan ibu yang menyusukan susu badan secara esklusif. Tetapi, durasi haid kembali juga dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti sindrom baby blues, faktor kelesuan selepas bersalin, keseimbangan hormon setiap wanita dan sebagainya.
Untuk mengetahui lebih jelas tentang punca dan cara mengawalnya, lakukan pemeriksaan khusus untuk mengetahui kadar hormon FSH, LH, Prolactin, TSH dan Estradiol di hospital atau klinik. Tetapi, ibu tidak perlu risau kerana ada juga beberapa wanita yang mendapat haid kembali selepas tempoh masa tertangguh sehingga 4 tahun selepas kelahiran.
The post Bilakah sepatutnya haid kembali selepas bersalin? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.