Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini!

$
0
0

Perkataan bentan sering kali kita dengar apabila selamat melahirkan bayi tidak kira secara normal mahupun pembedahan. Ia dikaitkan dengan komplikasi dalam tempoh berpantang yang perlu dijaga rapi selama 44 hari.

Jika wanita bersalin menjaga pantang dengan baik, pasti bentan tidak akan terjadi.  Tetapi jika sebaliknya seperti melanggar pantang larang tertentu, ia boleh berlaku.

bentan, bentan urat, bentan pinggang, salah berpantang akan bentan, berpantang dengan baik jangan sampai bentan, bentan turun darah, bentan terlanggar benda keras

Apakah maksud bentan?

Bentan bermaksud ibu bersalin yang mengalami sakit badan, sakit urat dan pinggang dan sakit di kawasan peranakan yang boleh menyebabkan tumpah darah

2 punca bentan yang paling utama

  • Mengambil makanan yang berunsurkan sejuk
  • Tersepak benda keras

Apabila larangan ini dilanggar, badan akan berasa sejuk dan anda akan rasa ingin pitam. Ia berpunca daripada dalaman ibu yang belum sembuh sepenuhnya.

Jika ia berlaku, sukar ibu untuk sihat dan pulih segera. Ada yang berminggu dan ada yang berbulan untuk sembuh. 

bentan, bentan urat, bentan pinggang, salah berpantang akan bentan, berpantang dengan baik jangan sampai bentan, bentan turun darah, bentan terlanggar benda keras

Jenis-jenis bentan yang anda perlu tahu

1.Bentan urat pinggang

Biasanya bentan urat pinggang terjadi kepada wanita yang melahirkan bayi secara caesarean/pembedahan. Lenguh di bahagian pinggang akan dirasai sehari atau dua hari selepas melahirkan.

Semasa berpantang ini, duduk dan bangun harus lebih berhati-hati kerana luka jahitan belum pulih.

2. Bentan urat peranakan/rahim

Semasa berpantang, sila jangan buat kerja berat atau angkat benda berat di luar kemampuan wanita berpantang. Hal ini kerana rahim belum cukup kuat untuk mengampu tubuh daripada angkat benda yang berat.

Selain itu, bimbang sekiranya tumpah darah terjadi. Lebih baik anda tidak berbuat apa-apa dan hargailah tubuh badan agar tidak mengalaminya. 

3. Bentan urat

Bentan urat antara paling kerap berlaku di kalangan wanita bersalin. Harus diingat, jika anda terkena yang jenis ini sepanjang hari tidak dapat bangun.

Badan turut berasa lemah dan terasa sendi-sendi di seluruh tubuh. Hingga ada ketikanya menggigil kesejukan walaupun cuaca panas.

bentan, bentan urat, bentan pinggang, salah berpantang akan bentan, berpantang dengan baik jangan sampai bentan, bentan turun darah, bentan terlanggar benda keras

Rawatan elak dari bentan bersalin

  • Banyakkan berehat: Sebaiknya selepas bersalin, anda seharusnya merehatkan diri kerana badan memerlukan rehat yang secukupnya bagi memulihkan tenaga yang sudah hilang. Jangan sesekali angkat benda berat dan jaga pemakanan sepanjang berpantang.
  • Menjaga kebersihan: Sepanjang berpantang jagalah kebersihan diri dengan sebaiknya seperti menukar lampin wanita dan mencuci alat kelamin dengan menggunakan garam dan kunyit atau menggunakan produk pencuci yang sesuai.
  • Menjaga pemakanan
  • Pantang ‘bersama’ suami : adalah tidak sesuai untuk bersama suami selama 46 hingga ke 100 hari. Kedua-duanya harus berpantang bagi memulihkan dalaman isteri.

Info ringkas bentan cara tradisional

  • Kerap sapu minyak panas di seluruh badan yang bertujuan badan akan berasa selesa, ringan dan mudah membuang angin.
  • Memakai baju yang tebal dan panas bagi mengelakkan kesejukan di malam hari.
  • Menyarung stoking sepanjang masa selepas mandi bagi mengelakkan angin masuk ke tubuh.
  • Akhir sekali, jangan lupa bertungku untuk mengembalikan perjalanan darah ke seluruh tubuh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: ummitiqah siraplimau

Foto kredit:Inspire richSinar hidup sihatAtiehilmi 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/jamu-selepas-bersalin

The post 3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>