Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

5 risiko bahaya jika anda melakukan hubungan seks ketika haid

$
0
0
Islam melarang hubungan seks ketika haid dan ia juga sebenarnya berbahaya. Tara Ford, pembantu medik di New York mengatakan, beberapa wanita mengaku yang mereka paling ghairah pada hari ketiga haid. Tapi anda perlu tahu tentang bahaya seks ketika haid ini agar anda tidak melakukannya.

Bahaya seks ketika haid: Risiko pelbagai jangkitan!

Menurut Dr Laura Berman, pakar seks dan terapi dari Sekolah Perubatan Feinberg, Universiti Northwerstern, Chicago, seks ketika haid adalah sangat bahaya untuk kedua-dua belah pihak, terutama wanita.

Ini adalah kemungkinan risiko bahaya seks:

1. Jangkitan seksual

bahaya seks ketika haid, seks ketika haid, seks semasa haid, hubungan seks semasa haid, bahaya seks ketika haid

Melakukan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan seksual. Ini kerana, leher rahim terbuka dan membuka ruang untuk bakteria masuk dan membiak.

Penyakit seperti hepatitis lebih mudah merebak jika anda melakukan hubungan seks ketika haid kerana cairan dari badan keluar lebih banyak dari biasa.

2. Jangkitan kulat faraj

Semasa haid, kadar pH di faraj meningkat kerana kadar pH dalam darah haid juga tinggi. Ini mengakibatkan kulat berkembang dan membiak dengan lebih cepat.

Oleh itu, anda mudah terkena jangkitan kulat faraj jika anda melakukan hubungan seks ketika haid. Ia juga boleh membuatkan gejala ini lebih parah!

3. Jangkitan pada lelaki

bahaya seks ketika haid, seks ketika haid, seks semasa haid, hubungan seks semasa haid, bahaya seks ketika haid

Darah dari faraj dan rahim boleh masuk ke dalam zakar dan menjadi tempat penyebaran kuman dan bakteria serta boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing dan jangkitan pada prostat!

4. Infeksi pada dinding faraj

Semasa haid, dinding faraj akan membengkak dan ia merupakan proses semulajadi. Lapisan dinding rahim akan gugur bersama darah haid.

Darah ini berpotensi untuk membiakkan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan jangkitan saluran kencing.

5. Pembuluh darah tersumbat

Seks ketika haid juga boleh membuatkan suami berisiko untuk mengalami pembuluh darah tersumbat.

Ini kerana gerakan zakar akan menusuk dan membuatkan gelembung udara masuk ke pembuluh darah dan boleh mengakibatkan darah tersumbat dan kematian mendadak.

Keseluruhannya, bahaya seks ketika haid ini boleh dielakkan dengan menahan diri dari melakukan hubungan seksual semasa anda datang bulan. Lebih baik mencegah dari merawat kan?

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga: 

Seks oral boleh menyebabkan kanser tekak? Apa kebenaran di sebalik kajian ini?

The post 5 risiko bahaya jika anda melakukan hubungan seks ketika haid appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>