Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Penjualan haram bayi di Malaysia ‘Perniagaan Lumayan’ untuk pegawai yang menyeleweng

$
0
0

Siasatan terbaru Al Jazeera melaporkan yang sekumpulan pelapor 101 Timur yang menyamar selama 4 bulan untuk menyiasat rangkaian penjualan bayi di Malaysia. Apa yang ditemui mereka akan mengejutkan anda.

Bukan sahaja penyeludupan bayi yang terlibat, malah ia melibatkan orang-orang seperti pegawai tinggi, pegawai kerajaan dan doktor telah merendahkan moral mereka, kerana penjualan bayi secara haram adalah perniagaan yang lumayan

Dibayar untuk menutup mulut

Bukan sahaja mereka menemui bertapa mudahnya membeli bayi di Malaysia, mereka juga mendedahkan bertapa teruknya penyelewengan dalam urusan rasmi di jabatan yang terbabit di dalam Jabatan Pendaftaran Negara juga terlibat. Semua orang dibayar untuk melakukan kerja mereka dan untuk mendiamkan diri.

“Banyak yang telah dibuat. Tidak perlu risau…”

“Boss, bila sijil kelahiran sudah ada ditangan, ia selesai. Itu sahaja. Diam sahaja”

Terdapat penempatan untuk wanita-wanita ini: pendatang asing yang mengandung dengan kandungan yang tidak diingini. Penyeludup menawarkan pelanggan berpontesi dengan katalog yang mengandungi gambar wanita hamil untuk mereka pilih.

Anda boleh “membeli atas talian” bayi seperti membeli benda. Anda juga boleh memilih bayi mengikut kehendak anda dari segi bangsa, warna kulit dan berat. Harga akan bergantung kepada ciri yang dipilih. Contoh, bayi yang mempunyai kulit cerah mempunyai harga yang lebih mahal, bayi berbangsa Cina juga sukar didapati.

Bayi untuk dijual berharga dari US$1,500 (RM6,600) hingga US$2,500 (RM11,000). Anda boleh lihat mengapa menjual bayi ialah perniagaan lumayan.

Terdapat juga keluarga yang sanggup mengendali klinik menjual bayi dari generasi sebelumnya. Ia menjadi perniagaan turun temurun. Mereka sudah memastikan semuanya lancar: siapa yang perlu dirasuah, kepada siapa harus pergi, pemalsuan surat beranak. Sudah bertahun mereka melakukan ini, servis mereka dikenali dari mulut ke mulut, dan mereka tidak segan mengakuinya.

Dengan permintaan, akan ada bekalan

imej ehsan: theredmonttherapist.com

imej ehsan: theredmonttherapist.com

Proses pengambilan anak angkat secara sah menggunakan duit yang banyak, masa yang lama dan kompleks. Ini puncanya mengapa ramai memilih untuk berpaling kepada penyeludup untuk mencari bayi untuk dijual. Stigma biasa mengenai ibu bapa angkat jugak tidak membantu.

Kebiasaannya, pasangan berkahwin perlu mempunyai anak atau mahu mempunyai anak. Jadi, tidak mempunyai anak tidak dianggap normal, sama ada secara sukarela atau tidak. Di dalam masyarakat, ini adalah tanda kesuburan, acap kali ibu bapa yang mempunyai masalah kesuburan diperlekehkan.

Pengambilan anak angkat sentiasa menjadi jalan terakhir dan dilakukan secara diam-diam (pendapat saya). Juga, mereka sentiasa mahukan bayi, bukan kanak-kanak yang sudah besar. Sama ada sedar atau tidak, mereka pasti akan memilih yang paling menepati mereka untuk pengambilan anak angkat : bangsa, rupa dan persamaan.

Di sinilah datangnya masalah, mengapa tunggu jika anda boleh dapat sekarang. Di mana ada permintaan, di situ ada bekalan. Video menunjukan bertapa mudahnya memilih bayi anda jika anda mempunyai wang yang cukup.

Bapa ayam juga dapat mencari pekerja seks yang sanggup mengandungkan anak anda – anda juga boleh memilih untuk bersama dengan dia jika anda mahu, dengan cara ini, bayi itu betul-betul adalah bayi separa anda. Pekerja seks tidak lagi perlu menggugurkan kandungan mereka, kerana mereka boleh menjual bayi tersebut untuk duit yang lebih.

Sikap tidak apa

 

imej ehsan : emigratetonewzealand

imej ehsan : emigratetonewzealand

Seseorang boleh membayangkan pengakhiran yang bahagia untuk semua bayi yang tidak diingini ini. Mereka FIKIR mereka sedang membantu wanita-wanita ini dan menyelamatkan nyawa bayi-bayi ini. Ia adalah pemikiran jijik untuk memikirkan yang diri mereka adalah penyelamat.

Mungkin kebanyakan bayi baru lahir ini berakhir dengan ibu bapa yang baik – pasangan tulen yang telah lama menginginkan anak mereka sendiri. Setelah duit dibayar, surat beranak di tangan, urusan selesai, tiada soalan lagi. Tiada sebarang pemeriksaan dibuat untuk ibu bapa ini.

Tapi, bagaimana jika bayi-bayi ini ‘dibeli’ dengan tujuan yang jahat? Dibesarkan untuk tujuan sindiket meminta sedekah atau dengan tujuan penyeludupan seks kanak-kanak? Apa akan terjadi dengan anak-anak ini? Tiada siapa yang akan tahu.

ehsan: FMT

The post Penjualan haram bayi di Malaysia ‘Perniagaan Lumayan’ untuk pegawai yang menyeleweng appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>