Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Ia Mengurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

$
0
0

Melalui setiap fasa kehamilan memerlukan anda sentiasa menjaga pemakanan dan kesihatan tubuh badan. Justeru, pengambilan vitamin C ibu hamil menjadi keperluan penting untuk perkembangan janin.

Walau bagaimanapun dos pengambilan vitamin ini hendaklah sesuai dengan nilai yang disyorkan agar memiliki manfaat tahap maksimum dan tidak menganggu kesihatan.

Pengambilan vitamin C ibu hamil, ini yang perlu anda tahu

vitamin c ibu mengandung

credit to sources

Sebenarnya vitamin C merupakan jenis yang larut dalam air. Ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, namun diperoleh dengan pengambilan sayur serta buah-buahan yang mengandungi vitamin C.

Disebabkan itu anda dinasihatkan mengambilnya setiap hari kerana ia tidak disimpan di dalam tubuh dengan tempoh masa yang panjang.

Setiap orang disarankan untuk memenuhi keperluan harian vitamin C, termasuklah ibu hamil bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan.

Kebaikan vitamin C untuk ibu mengandung

Ibu mengandung serta bayi amat memerlukan vitamin C ini bagi melindungi serta menjaga kesihatan sel tubuh, membentuk penghasilan kolagen di dalam tulang, otot, kulit serta pembuluh darah.

Bukan itu sahaja, ia memiiki sifat antioksida penting bagi menghalang kesan radikal bebas, memperbaiki jaringan tubuh yang rosak serta mampu mempercepatkan penyembuhan luka. 

Vitamin C ini turut memiiki beberapa manfaat yang lain, iaitu:

#1. Mengurangkan risiko praeklampsia

Kebiasaannya praeklampsia berlaku apabila plasenta tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia oleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami sakit yang teruk jika tidak dirawat.

Masalah ini dikesan melalui tekanan darah, kadar protein di dalam air kencing serta berlaku pembengkakan pada bahagian kaki serta anggota tubuh lain. Praeklampsia biasanya terjadi pada usia kandungan memasuki 20 minggu, namun ada juga ibu mengandungi mengalaminya ketika fasa trimester terakhir.

Keadaan ini boleh dicegah jika ibu hamil mengamalkan rutin makanan yang kaya dengan antioksida termasuklah vitamin C dan E.

#2. Membantu penyerapan zat besi

kepentingan vitamin c ibu hamil

foto: shutterstock

Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi di dalam tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih banyak keperluan zat besi untuk membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah masalah anemia.

Justeru bagi memastikan zat besi mencukupi ketika kehamilan, anda disaran untuk mengambil makanan yang banyak mengandungi zat besi serta vitamin C.

#3. Menyokong perkembangan bayi

Pengambilan vitamin C sepanjang kehamilan tidak hanya memberikan manfaat untuk ibu hamil, tetapi juga janin.

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa pengambilan sayur-sayuran dan buah mengandungi vitamin C tinggi mampu meningkatkan kadar perkembangan janin serta memastikan keadaannya sihat tanpa sebarang jangkitan penyakit.

#4. Mengurangkan risiko diabetes gestasional

Diabetes gestasional adalah keadaan di mana kadar gula dalam darah ibu hamil mengalami peningkatan. Ia sekaligus menyebabkan risiko untuk anda mengalami komplikasi kehamilan seperti kelahiran bayi pramatang, bayi lahir dengan berat badan berlebihan dan juga praeklampsia.

Untuk menurunkan risiko terkena diabetes gestasional ini, setiap ibu hamil disarankan untuk mencukupkan keperluan vitamin C harian.

#5. Mengekalkan kesihatan kulit dan rambut

manfaat vitamin c ibu hamil

credit to sources

Pengambilan vitamin C dengan teratur pada setiap hari sering kali dikaitkan dengan kecantikan. Hal ini kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi mampu melambatkan kerosakan sel termausuklah sel kulit serta merangsang pembentukan protein kolagen.

Hasilnya, ia menjadikan kulit kekal sihat, lembap dan lebih berseri. Bukan hanya kulit wajah, kulit kepala yang sihat turut membantu pertumbuhan rambut dan mengurangkan risiko keguguran rambut ketika anda hamil atau bersalin.

Jumlah dos vitamin C ibu hamil yang selamat

Menurut American Pregnancy Association, pengambilan vitamin C secara harian yang dicadangkan ialah antara 200 hingga 500mg.

Walau bagaimanapun, jika anda mengambilnya melebihi dos ini, ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kerana sifatnya yang larut di dalam air. Manakala ia hendaklah tidak melebihi 2000mg kerana mungkin berupaya menjejaskan kehamilan serta mendatangkan kemudaratan.

Bagi mencukupkan keperluan vitamin C ini, kami mencadangkan untuk anda mengambil buah-buah seperti jambu batu, buah oren, kiwi, strawberi, mangga dan t0mato. Manakala sayuran pula seperti brokoli, bayam serta bunga kubis.

Sumber: Alodokter

Kredit foto: shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kaya Dengan Asid Folik, 7 Manfaat Kacang Bendi Dalam Tumbesaran Janin Yang Sihat

The post Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Ia Mengurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977