Wanita mengandung sering dikaitkan dengan lemah dan cepat penat. Walaupun ada saja yang aktif, tetapi lebih ramai yang mengadu ketika hamil, mereka cepat penat dan keletihan malah kadang-kadang rasa langsung tidak bermaya.
Jangan terlalu khuatir ibu kerana anda memang tidak keseorangan. Kadangkala sukarnya untuk ibu hamil membuat kerja rumah apabila tidak berdaya akibat sering penat. Ia sesuatu yang sukar untuk dihindari seperti jam badan akan memberi signal apabila penat.
Kadangkala ibu sendiri tidak faham dengan apa yang dialami. Walaupun perut ibu belum menunjukkan perubahan bentuk, ada yang sudah merasa keletihan yang teruk, namun tidak semua ibu mengalami masalah itu sepanjang kehamilan.
Cepat penat ketika hamil perlu juga diambil perhatian
Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda.
Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.
Badan anda bekerja lebih banyak daripada biasa, jadi memang tidak pelik jika ibu rasa penat dan terlalu letih. Tidak kira sama ada anda wanita bekerja atau suri rumah, letih dan penat tidak memilih sesiapa.
Punca selalu kepenatan bila hamil
Bila rasa penat, otak akan memberi signal kepada badan untuk berhenti berbuat apa saja. Jadi ada kalanya orang anggap ibu hamil ini seperti pemalas sedangkan ada sebab mengapa mereka menjadi cepat penat. Antara sebabnya termasuk:
#1. Peningkatan hormon progesteron
Hormon ini akan meningkatkan perasaan mengantuk pada ibu hamil. Selain itu, ibu akan sering merasa mengantuk dan ia turut menjejaskan tidur ibu mengandung kerana sering buang air kecil.
#2. Tenaga hilang sepanjang hari
Alahan atau disebut sebagai morning sickness berlaku sepanjang hari kepada ibu mengandung. Mual dan muntah yang keluar akan turut mengurangkan tenaga ibu.
#3. Perasaan cemas buat ibu tertekan
Emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi fizikal ibu mengandung. Mereka sering berasa tertekan dan cemas. Antaranya bimbang dengan persiapan untuk menjadi ibu, tentang kehamilan dan pembesaran janin. Untuk itu ibu hamil perlu mengatasi ketakutan ini daripada berlanjutan bimbang akan menyebabkan tekanan.
#4. Kurang zat besi
Salah satu sebab ibu keletihan mungkin disebabkan masalah anemia atau kekurangan zat besi. Bagi mengetahui kekurangan zat besi ibu perlu membuat pemeriksaan darah pada trimester pertama, kedua dan trimester ketiga.
#5. Penambahan beban
Terutama pada usia kehamilan memasuki trimester ketiga. Ibu akan sering berasa letih sebagaimana dialami pada trimester pertama. Ia akan menjadi semakin teruk apabila bertambahnya berat bayi dan juga berat badan ibu.
#6. Anemia
Anemia akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam, lesu, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, atau bekerja akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran/kerja.
Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low) . Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g. Perasan tak sebab itu bila ibu hamil buat checkup di Klinik Kesihatan doktor akan bising bila Hb low.
Bila anda patut berjumpa doktor?
Penat memang perkara biasa bagi ibu hamil. Tapi anda perlu berjumpa doktor sekiranya anda tetap penat walaupun tidak berbuat apa-apa. Mungkin ada masalah lain yang sedang anda alami. Jadi jumpalh doktor jika:
- Kepenatan yang diikuti rasa lapar dan haus secara berterusan kerana ia adalah tanda-tanda yang anda mungkin alami diabeters gestasional.
- Penat tidak hilang walaupun sudah berehat
- Kepenatan yang diikuti dengan gejala demam, sakit leher dan juga pembengkakan kelenjar
- Penat yang diikuti dengan mual, muntah dan kekerapan membuang air kecil yangs semakin kurang kerana ia adalah antara gejala kehamilan ektopik iaitu kehamilan luar rahim.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: hellosehat, Sinar Harian
Baca juga:
Kenapa Lepas Bangun Tidur Pun, Rasa Penat & Mengantuk Lagi? Ini 5 Sebabnya!
The post Penat Berterusan Ketika Hamil? Anda Mungkin Hidap Anemia, Rujuk Doktor Segera! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.