Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Senarai saranan Pakar Sakit Puan (Ginekologis) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

$
0
0

Tidak kira anak pertama atau yang ke berapa sekali pun, ibu bapa sentiasa mahu yang terbaik untuk mereka. Termasuklah memilih doktor yang bakal menyambut kelahiran mereka, doktor pakar sakit puan atau ginekologis. Namun, memilih doktor pilihan boleh menjadi satu proses yang menakutkan atau mencemaskan bagi sesetengah ibu bapa kerana mereka memerlukan seseorang yang mereka boleh beri sepenuh kepercayaan.

Tetapi, untuk memilih ginekologis, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu. Antaranya ialah:

  • bajet anda. Tiada apa yang percuma, semuanya memerlukan bayaran. Sama ada di hospital kerajaan atau swasta, pilih berdasarkan bajet anda. Setiap hospital akan memaparkan kadar mereka bagi memudahkan bakal ibu bapa membuat pilihan.
  • lokasi anda. Pilihlah hospital yang mudah untuk anda pergi disaat hampir bersalin bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini seperti tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
  • adakah doktor itu lelaki atau wanita mempengaruhi pilihan anda?
  • adakah anda mempunyai risiko semasa mengandung? Pilihlah doktor yang ada kepakaran mengendali kes seperti anda.

Imej ehsan : shutterstock.comImej ehsan : shutterstock.com

Sekiranya pilihan lokasi anda di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, di sini ada beberapa senarai ginekologis yang boleh dipertimbangkan dalam senarai pilihan anda.

Sunway Medical Centre

No. 5 Jalan Lagoon Selatan,
Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya
Tele No: 03-7491 9191.

1. Dr. Noor Aini

Dr. Noor Aini dikenali sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang perbidanan.

2. Dr. Jason Lim Meng Hock

Dr.Lim sangat dipandang tinggi oleh pesakit-pesakitnya dan beliau mempunyai klinik yang beroperasi dari Isnin hingga Sabtu. Walaupun masa menunggu beliau dikatakan sangat panjang, para pesakitnya mengatakan, temu janji dengan beliau adalah berbaloi untuk ditunggu.

3. Dr. Wong Chin Yuan

Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat responsif dan lembut.

SJMC (Subang Jaya Medical Centre)

1 Jalan SS12/1A

47500 Subang Jaya

Tele No: 603-5639 1212

4. Dr. Ang Ching Kuan

Beliau dikenali sebagai doktor yang sangat peramah dan kelakar. Beliau sangat disarankan kerana kadarnya yang rendah

5. Dr. Tang Boon Nee

Beliau berjumpa dengan pesakitnya setiap hari kecuali hari Khamis serta dikenali sebagai seorang yang penyayang dan lemah lembut. Beliau berulang alik di antara SJMC dan Taman Desa Medical Centre.

6. Dr. Delilah

Beliau dikatakan sentiasa menerangkan kondisi ibu dan bayi di dalam kandungan dengan sabar kepada ibu bapa bayi tersebut serta menerangan apa yang si ibu mengandung akan alami.

7. Dr. Fong Chee Kin

Beliau dikenali sebagai “Doctor Golden Hands” terutamanya jika beliau melakukan pembedahan bersalin kaedah caesarean.

Gleneagles Intan Medical Centre KL

282 & 286 Jalan Ampang

Kuala Lumpur 50450

Tele No: 604 – 257 7288

8. Dr. Jean Woo Lee See

Dr. Woo advices on natural birth and also doles out advice regarding cost saving methods.

9. Dr. Ravi Chandran

Dr. Ravi is known among his patients for his positivity and ability to make patients feel at ease even when the situation is a stressful one!

Taman Desa Medical Centre

45 Jalan Desa Taman Desa

Off Jalan Kelang Lama

Kuala Lumpur, Malaysia

Tele No: 0379820703

10. Dr. Loo Suat Chin

Beliau disifatkan sebagai doktor yang sangat mengambil berat akan pesakitnya.

11. Dr. Fan Poh Wah

Beliau mempunyai ramai pesakit kerana digemari dengan sifat kelakar, mesra dan profesional.

Damai Service Hospital (HQ)

No 109-119,1st Mile, Jln Ipoh

51200 Kuala Lumpur, Malaysia

Tele No: 603 4043 4900

12. Dr. Mahes Sittampalam
Beliau disegani kerana telah berada di dalam bidang ini sejak tahun 1999 dan beliau pernah menjadi pakar sakit puan (ginekologis) di Hospital Besar Johor Bharu, Malaysia.

13. Dr. Chong Kuo Hsiang

Seorang yang menyarankan kepada kelahiran semula jadi dan menyokong penyusuan badan. Isteri beliau ialah perunding laktasi.

QHC Subang

11A Jalan USJ 10/1A,

Subang Jaya, Selangor, 47620

Tele No: (6)03-56317730

14. Dr. Ng or Dr. Subra

Mempunyai kadar yang berpatutan serta seorang yang sangat mudah mesra.

Assunta Hospital

Jalan Templer,

46990 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan

15. Dr. Liew Fah Onn

Seorang yang sangat berpengalaman di dalam bidang ini.

KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital

1 , Jalan Mamanda 9,

68000 Ampang,

Kuala Lumpur

17. Dato’ Dr. Ashar Abdullah
Terkenal dengan sifatnya yang tenang di dalam dewan bersalin.

18. Dr. Fauziah Mohd Hasan
Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat baik.

19. Dr. Marsita Mansor
Beliau digemari ramai kerana sifatnya yang profesional dan teliti dengan pesakitnya.

Pemilihan ginekologis pilihan bukanlah tetap. Sekiranya anda rasa anda memerlukan pendapat dari ramai doktor, anda boleh memilih untuk mencari pendapat dari doktor yang lain. Keserasian antara anda dan doktor adalah penting bagi memastikan pengalaman anda semasa mengandung dan beranak adalah sesuatu yang menggembirakan.

The post Senarai saranan Pakar Sakit Puan (Ginekologis) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>