Meskipun jarang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Malaysia, khasiat lobak putih ini dikatakan sangat bagus untuk ibu berpantang. Di negara Korea, sayur ini sering dijadikan kimchi dan di Jepun pula, ia dijadikan sebagai salad, sashimi ataupun sup panas.
Bagi anda yang tidak tahu, lobak putih mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Bukan itu sahaja, ia turut memiliki beberapa mineral penting iaitu mangan, zat fosfor, kalsium serta zat besi.
Khasiat lobak putih untuk para ibu

credit to sources
Menurut artikel yang diterbitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, lobak putih adalah sayur mengandungi air, glukosa, sukrosa dan fruktosa. Ia kaya dengan asid ferulik, asid amino serta asid benzo-piruvik.
Antara kebaikan lobak putih ialah:
#1. Mengawal selera makan
Lobak putih yang diolah menjadi jus dapat menggantikan minuman bergula dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan. Hal ini kerana kandungan serat di dalamnya membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama dan mengurangkan selera makan.
Kebiasaan ketika dalam pantang atau menyusu bayi, rata-rata ibu mengakui bahawa kerap berasa lapar sehingga terpaksa masuk dapur walaupun sudah tengah malam.
#2. Meningkatkan penghasilan susu badan
Antara cara paling mujarab untuk menambahkan dan pekatkan susu badan adalah dengan mengamalkan pengambilan lobak putih. Hal ini kerana kandungan khasiatnya yang tinggi berupaya membolehkan si manja menikmati penyusuan eksklusif.
Sekiranya ibu tidak senang dengan baunya, anda dinasihatkan untuk lebih kreatif dalam memasak sayur lobak putih ini.
#3. Menjadikan kulit lebih cantik

credit to sources
Kebaikan lobak putih ini mengandungi vitamin C, zink, fosforus dan beberapa kumpulan vitamin B kompleks adalah sangat baik untuk kesihatan kulit. Manakala kandungan air di dalamnya mampu mengekalkan kelembapan berterusan.
Pupur lobak putih juga bagus dijadikan sebagai pencuci mungkin kerana ia bersifat anti-jangkitan, lobak putih mampu memperbaiki struktur kulit kering, kusam, jeragat dan berminyak.
#4. Vitamin C untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh
Tidak hanya mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh, vitamin C turut dianggap sebagai super vitamin kerana memiliki manfaat yang begitu tinggi terhadap kesihatan.
Ia membantu mengawal metabolisme anda, mengubah lemak menjadi tenaga dan penyumbang utama dalam penghasilan kolagen. Ia adalah protein penting bagi menguatkan dinding saluran darah, mengurangkan serangan artherosclerosis serta penyakit jantung lain.
#5. Melegakan masalah sembelit, buasir atau sakit perut
Khasiat lobak putih yang lainnya adalah membantu melegakan masalah penghadaman. Hal ini disebabkan oleh serat makanan pada lobak putih membantu gerakan usus menjadi lebih teratur sekaligus meningkatkan kemampuan sistem pencernaan.
Bukan itu sahaja, ia melancarkan pembuangan sistem tinja, melembutkan najis dan menyembuhkan masalah cirit-birit juga.
#6. Mencegah sakit buah pinggang atau kencing tidak lawas

credit to sources
Lobak putih membantu ”membersihkan” toksin yang terkumpul di dalam buah pinggang dan saluran darah. Sifat disinfektan dalam sayur ini dapat melindungi buah pinggang dari sebarang jangkitan penyakit.
Selain itu, kandungan antimikrob dalam lobak putih turut membolehkannya menghalang kehadiran mikroorganisma yang menjadi penyebab masalah kencing tidak lawas.
#7. Menyembuhkan demam dan panas badan
Jus lobak putih yang dicampur dengan sedikit garam dikatakan berkesan untuk menyembuhkan seseorang panas badan dan demam. Seperti petua orang dulu-dulu, bila jatuh sakit, mereka akan makan sup lobak putih.
Kandungan air dan sifat diuretik dalam sayur ini berupaya melegakan demam dan menurunkan suhu badan. Ia menambahkan bendalir dalam tubuh dan menyalurkannya melalui air kencing.
Selain itu, masalah keputihan juga dapat diatasi dengan mengamalkan lobak putih. Ia berkesan membunuh kulat Candida yang menjadi punca utama masalah ini. Hasil kajian di makmal membuktikan ekstrak lobak putih dengan kepekatan rendah (1–30 μg/ml) berjaya membunuh 3 jenis kulat Candida.
Rupanya begitu banyak manfaat lobak putih yang anda sendiri tidak tahu, kan? Justeru tidak hairanlah ia sering menjadi pilihan sebagai hidangan semasa dalam pantang.
Anda juga boleh mengolahnya menjadi sup lobak putih, jus lobak putih, lobak putih goreng bersama ikan bilis atau salad lobak putih!
Sumber: Bidadari, Lydias Healthcare
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Manfaat Luar Biasa Ubi Ungu, Mencegah Sembelit & Penyakit Mudah Lupa Ketika Hamil
The post Khasiat Lobak Putih Untuk Ibu Berpantang, Kaya Dengan Vitamin & BERKESAN Memperbanyakkan Susu Badan appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.