Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

5 Makanan Ini Boleh Kurangkan Morning Sickness Ibu Hamil, Cubalah!

$
0
0

Morning sickness ibu hamil yang dialami oleh sesetengah wanita memang amat meletihkan. Dengan perubahan hormon dalam badan, morning sickness yang dialami ini kadangkala membuatkan seseorang wanita hamil itu hampir berputus asa.

Dengan loya, pening kepala, berselera nak makan tapi bila makan terus muntah, bau makanan pun tidak boleh sudah pasti perkara ini sedikit sebanyak mendatangkan tekanan kepada ibu hamil.

Mahu tidak mahu, bayi yang dikandung mesti mendapat khasiat dan nutrien mencukupi, jadi ibu hamil dan pasangan perlu memikirkan jalan supaya terus mendapat khasiat makanan walaupun kadang kala selepas makan ia akan terus dimuntahkan begitu saja.

Morning sickness ibu hamil boleh dikurangkan dengan 5 makanan ini

Seperti dikongsikan pengguna Facebook, Mohd Farhan Zakaria, yang dikongikan di Mingguan Wanita, isterinya pernah mengalami keguguran sebelum ini dan morning sickness yang sangat teruk. 

Jadi untuk kehamilan yang seterusnya ini, dia mengambil inisiatif membelikan lima makanan wajib ini setiap bulan dan adalah wajib untuk isterinya makan setiap hari.

“Muntah ini memang setiap hari selama tiga bulan pertama. Makan je muntah. So saya gantikan dengan snek ini. Dia okay sikit”

5 makanan boleh kurangkan morning sickness ibu hamil

Ini perkongsian Mohd Farhan mengenai makanan wajib sepanjang isterinya mengandung yang terbukti boleh mengurangkan morning sickness ibu hamul itu.

Sepanjang isteri saya mengandung, saya dah tetapkan makanan tambahan yang wajib dia habiskan dalam masa 1 minggu.

Biasanya saya akan beli makanan ni pada setiap hari Jumaat. Tak susah sebenarnya nak cari makanan ni. Boleh cari di masjid atau di supermarket.

Setiap minggu saya akan habiskan sekitar Rm30-40 untuk beli kesemua makanan ni. Saya selalu cakap pada wife, ” Sayang kena habiskan semua ni dalam masa 1 minggu,kesian baby kalau tak habis kan ” 

Tips dan teknik ni saya dapat dari abg dan kakak ipar saya. Kesannya adalah saya tengok pada anak – anak dan kakak ipar. Anak anak nampak cerdik dan mudah belajar. Kakak ipar plak nampak macam bukan orang mengandung. Steady je.haha

Jadi apa salahnya saya kongsikan antara 5 makanan yang saya beli dan khasiatnya sekali.

#1. Kurma

Kurma mengandungi glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian.

Jadi tidak hairanlah jika berpuasa kurma menjadi antara makanan wajib untuk diambil kerana ia menambah tenaga dalam tubuh badan manusia. 

#2. Kismis

Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada baby. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang baby. Selain itu, ketika mengandung bayi akan menyerap kalsium daripada ibu justeru ibu perlu memastikan kadar kalsium dalam badan adalah tinggi. 

#3. Buah tin

Morning sickness ibu hamil

Untuk menghilangkan morning sickness pada si ibu, buah tin ini sangat membantu. Buah tin ini mengandungi vitamin B6 yang sangat tinggi. Cuba dulu, mungkin ia akan membantu mengurangkan loya dialami ibu hamil yang sering kali membuatkan mereka memuntahkan semula makanan yang dimakan.

#4. Kacang cerdik, pistachio

Morning sickness ibu hamil

Apa yang saya tahu, kacang cerdik ni sangat penting untuk awal kehamilan . Kacang cerdik ini dapat membantu pembesaran janin yang sihat dan otak anak akan menjadi cergas dan cerdas. Sapa tak mau anak yang bijak kan! hehe

#5. Buat aprikot

Morning sickness ibu hamil

Aprikot adalah buah yang sedap dan mengandungi vitamin A, C, E, Kalsium ,Zat Besi dan Kalium.Aprikot adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, yaitu zat yang sangat penting untuk mencegah anemia. Tapi jangan terlalu banyak Cukup 2- 4 biji sehari dan seminggu 3 kali sahaja.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu hamil supaya mengelak daripada minum air bikarbonat kerana berdasarkan pengalaman dia dan isterinya, isterinya lamai keguguran selepas minum air jenis berkenaan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mohd Farhan Zakaria, Mingguan Wanita

Baca juga:

Ibu Mengalami Morning Sickness, Petanda Bayi Memiliki IQ Tinggi & Cerdas – Kajian

The post 5 Makanan Ini Boleh Kurangkan Morning Sickness Ibu Hamil, Cubalah! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>