Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Bayi ditemui masih hidup di dalam longkang banjir selepas terkeluar dari kereta dalam kemalangan yang dahsyat

$
0
0

Keajaiban terjadi. Di Arkansas, seorang bayi berusia 8 bulan telah terkeluar dari kereta setelah kemalangan dan hidup, lapor CNN.

Sebuah treler-traktor telah berlanggar dengan kereta yang dinaiki Bryce, bayi itu dan keluarganya. Kereta mereka hilang kawalan dan berputar melanggar penghadang jalan rasa, menyebabkan bayi itu terkeluar.

Ibu bayi tersebut, Jakesia Colson mencari anaknya ibu selama hampir 30 minit. Apabila dia tidak dapat mendengar sebarang tangisan atau jeritan, dia mula panik.

Tetapi, syukur kerana pihak berkuasa menjumpai bayi itu dalam keadaan selamat di dalam longkang banjir 25 kaki dari tempat kejadian. Selain daripada kesan calar di dahinya, dia tidak mempunyai sebarang kecederaan lain.

“Dia tidak menangis, dia tidak menjerit, dia hanya duduk diam di sana menunggu kami”

“Dia seolah-olah menghulurkan tangannya, bersedia untuk diangkat,” Kapten Charlie Smith memberitahu CBS News. “Terlalu banyak kejadian yang tidak baik bila kami keluar. Dan di kala musim percutian hampir tiba, kejadian yang positif – ia rasa sungguh bagus.”

“Bayi itu sedang duduk dan melihat ke atas, menanti kami mengangkatnya,” kata pegawai bomba Josh Moore.  “Dia tidak menangis, dia tidak menjerit, dia hanya duduk diam di sana menunggu kami. Ini pasti ketentuan ilahi untuk dia berakhir dalam keadaan yang OK.”

Pihak berkuasa fikir bayi itu telah tergolek ke bawah bukit dan ke dalam longkang. Bayi itu dan keluargnya di bawa ke hospital. Kecuali pemandu kereta itu yang masih dalam pemulihan, mereka yang lain boleh keluar dari hospital.

Polis memberitahu yang Bryce berada di dalam tempat duduk bayi (cara seat), tetapi tali tidak dipasang dengan betul. Tempat duduk bayi (car seat) juga tidak dipasang dengan betul, namun keluarga itu tidak di dakwa. Pemandun traktor yang telah melanggar kereta tersebut telah didakwa kerana menukar laluan dengan cara yang salah.

“Dia boleh mati, namun dia masih hidup dengan tiada kecederaan,” Colson memberitahu CBS News. “Saya rasa seperti Tuhan telah mengangkat dia keluar dari kereta dan meletakan dia di situ. Dia masih hitam. Dia bayi ajaib saya.”

Dengan hanya meletakan bayi anda di dalam tempat duduk bayi (car seat) sahaja tidak cukup untuk memastikan keselamatannya. Anda harus memastikan ‘car seat’ itu dipasang dengan betul, dan tali pingggang keselamatan telah dipasang dengan baik. 73% ‘car seat’ yang digunakan tidak dipasang dengan betul, jadi pastikan anda membaca manual ‘car seat’ itu dan menggunakan ia dengan betul. Ini adalah beberapa tips dari Safe Kids bagi memastikan penggunaan ‘car seat’ yang betul.

1. Beli ‘car seat’ yang betul

Sentiasa periksa label bagi memastikan ia sesuai dengan umur, berat dan tinggi anak anda. ‘Car seat’ juga mempunyai tarikh luput – bahan akan rosak dan standard keselamatan menurun mengikut masa – jadi pastikan label menyatakan ianya masih selamat untuk digunakan.

2. Gunakan tempat duduk belakang

Pastikan semua kanak-kanak di tempat duduk belakang – secara jeneral, ia tempat paling selamat ketika kemalangan – sehingga mereka lebih kurang 13 tahun.

3. Pandang belakang atau pandang hadapan?

Anak anda sepatutnya berada di dalam keadaan pandang belakang hingga dia berusia lebih kurang 2 tahun. Apabila andak anda sudah terlalu besat untuk ‘car seat’, barulah tukarkan dia ke pandang hadapan.

Gamber: shutterstock.com

Gamber: shutterstock.com

4. Ujian inci

Sesudah memasang ‘car seat’, cuba tunda / tarik ia di bahagian laluan tali pinggang keselamatan. Anda sepatutnya tidak dapat menggerakan ia lebih dari 1 inci sama ada ke tepi, ke hadapan, atau ke belakang.

5. Ujian cubit

Periksa manual ‘car seat’ anak anda dan pastikan tali pinggang keledar melalui slot yang betul. Pastikan juga tali pinggang keledar itu dalam keadaan yang ketat. Klip dada patut berada di paras ketiak anak. Cuba cubit tali pinggang keledar di atas bahu anak; jika tidak dapat dicubit, maka anda memasang dengan betul.

6. Belajar memasang ‘car seat’ dengan betul

Sentiasa membaca manual dahulu. Anda juga boleh mendapatkan nasihat yang lebih pakar untuk kepastian.

The post Bayi ditemui masih hidup di dalam longkang banjir selepas terkeluar dari kereta dalam kemalangan yang dahsyat appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORTUITOUS EVENT


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Tiwala Quotes and Selos Quotes Collections


Love with Heart Breaking Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>