Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Ketika Hamil Memang Bagus Makan Ikan, Tapi Awas! Elak 4 Jenis Ikan Tinggi Merkuri Ini

$
0
0

Ikan boleh menjadi makanan anti penuaan dan sumber protein yang amat baik , tetapi makan ikan yang salah sering kali boleh meningkatkan paras merkuri dalam tubuh anda dan merkuri adalah amat berbahaya untuk wanita hamil.

Merkuri adalah amat berbahaya untuk wanita hamil dan menyusu kerana janin dan bayi yang baru lahir sangat sensitif terhadap merkuri. Ketahui ikan terbaik untuk dimakan dan berapa jumlahnya bagi memastikan anda tidak terdedah kepada bahaya merkuri.

Merkuri adalah bahaya untuk ibu hamil

Merkuri adalah

Semua ikan mengandungi jumlah merkuri. Bagi kebanyakan orang, jumlah kecil dalam ikan tidak menimbulkan masalah kesihatan. Sesetengah ikan, bagaimanapun, mengandungi jumlah merkuri yang tinggi cukup untuk merosakkan janin atau bayi yang baru lahir. 

Itulah sebabnya mengapa ibu mengandung dan menyusu mesti berhati-hati dengan jumlah dan jenis ikan yang mereka makan. Kanak-kanak juga harus mengelakkan makan ikan yang tinggi merkuri.

Menurut FDA, wanita hamil dan kanak-kanak kecil (di bawah umur 6 tahun) tidak boleh makan lebih daripada dua hidangan ikan setiap minggu dan hanya makan ikan yang rendah tahap merkuri. 

Ikan besar lagi tinggi merkuri

Merkuri adalah

Tahap merkuri yang banyak juga berbahaya untuk kesihatan orang dewasa. Tahap merkuri yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan kekal pada buah pinggang dan otak.

Merkuri secara semulajadi boleh dihapuskan dari badan anda, tetapi ia boleh mengambil masa beberapa bulan untuk melaluinya. Disebabkan itu, wanita yang merancang untuk hamil mungkin perlu mengelakkan ikan yang tinggi merkuri untuk berjaya hamil. 

Ikan besar mempunyai lebih banyak merkuri kerana ia biasanya hidup lebih lama dalam laut.  Mereka mempunyai lebih banyak masa untuk membina merkuri yang lebih tinggi di dalam badan mereka.

Jika sudah termakan, minum jus daun ketumbar

Merkuri adalah

Menurut petua yang dikongsikan mingguan wanita,jika ibu hamil yang termakan ikan yang mempunyai tahap merkuri yang tinggi, mereka boleh cuba minum jus daun ketumbar.

Coriander/ cilantro atau daun ketumbar dikatakan mampu menghalang badan dari diserap oleh merkuri. Kajian dari Dr Omura mengatakan bila pesakitnya makan Vietnamese soup yang mengandungi cilantro, banyak mercury keluar daripada air kencingnya (Bila sesuatu bahan heavy metal seperti mercury ni keluar dari badan, ia akan disingkirkan melalui najis.

Ia bukan saja buat yang termakan ikan tinggi merkuri, malah jika kita risau terdedah kepada merkuri dari bahan semulajadi dan kosmetik, buatlah jus daun ketumbar dan minum selama 10 hari. Ia boleh mengurangkan paras merkuri dalam tubuh. Cara membuatnya ambil segenggam daun ketumbar dan kisar untuk mendapatkan jusnya.

Menurut, Pengasas Toddible, Amalina Mohd Daud ikan mendapat merkuri melalui mendapan merkuri di dasar lautan. Jadi mercury deposited dalam badan ikan melalui dua cara iaitu pernafasan dan pemakanan. Pernafasan melalui insang. Pemakanan ni apabila ikan besar memakan ikan kecil.

Malangnya, merkuri yang deposited dalam ikan ni adalah sejenis organic mercury – methylmercury. Maksudnya, organic mercury tidak dapat disingkirkan dengan cara membuang kulit ikan, membuang organ dalaman ikan. Sebab logam berat ini terikat kuat bersama daging-daging dalam ikan.

4 jenis ikan elok dielakkan

Walaupun ia boleh dinyahkan dari tubuh, namun, sebaik-baiknya kita haruslah elakkan makan ikan yang mengandungi tinggi merkuri seperti:

1. Jerung
2. Ikan todak
3. Jenahak
4. Mackerel

Kalau tak pasti ikan ni ikan yang ada merkuri atau tidak, pilih ikan yang kecil. Ikan kecil biasanya ikan yang masih muda jadi belum lama terdedah pada merkuri. Ikan kecil juga bukan predator yang makan ikan-ikan lain.

Ketika mengandung, pelbagai perkara harus diambil perhatian dan tidak boleh dipandang remeh kerana ia bukan hanya melibatkan nyawa ibu tetapi nyawa bayi dalam kandungan juga.

Apa yang ibu makan akan terkesan pada bayi juga, jadi berhati-hatilah dalam pemilihan makanan anda ya ibu. Perlu lebih peka dan tahu mana yang baik dan tidak baik untuk ibu hamil.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mingguan wanita, Amalina Mohd Daud

Baca juga:

Bahaya Ambil Makanan Mentah Ketika Hamil, Wanita Maut Lepas Makan Kerang

The post Ketika Hamil Memang Bagus Makan Ikan, Tapi Awas! Elak 4 Jenis Ikan Tinggi Merkuri Ini appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tropa Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Boy Banat Patama Tagalog Love Quotes for you


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


EASY COME, EASY GO


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>