Ramai para ibu setuju apabila bercakap mengenai mudahnya kehamilan anak kedua kerana pengalaman sebelumnya. Tapi dalam mudahnya pengalaman kali ini, ada juga pengalaman yang berbeza akan anda hadapi ya. Malah bukan setakat sepanjang kehamilan dan kelahiran, penjagaan anak kedua juga berlainan. Jangan terlalu memberi jangkaan ia akan menjadi lebih mudah kerana sudah ada pengalaman, ada ibu-ibu yang mengadu penatnya lain macam pula.
1. Perut buncit lebih mudah terlihat
Jillian Coolen, dokter kandungan di Kanada menjelaskan bahawa kondisi uterus tidak kembali ke bentuk semula setelah anda melahirkan si sulung. “Otot-otot dan ligamen telah merenggang dan ini membuat perut anda lebih cepat terlihat buncit dibanding kehamilan sebelumnya,” ujarnya.
2. Merasakan gerakan janin lebih awal
Kerana anda sudah berpengalaman dengan kehamilan sebelumnya, anda jadi lebih peka terhadap kondisi tubuh. Nicola Strydom, bidan dari Calgary, Canada menambahkan, “Pada kehamilan pertama, anda mungkin salah mengira gerakan tersebut dengan gas perut atau hal lainnya. Tapi saat hamil anak kedua, anda tahu bahawa itu si kecil yang mulai bergerak.”

Foto: Baby And Company
3. Lebih mudah penat
Badan bertambah besar ditambah dengan ada si calon kakak yang harus diurus, pastilah hal tersebut membuat lelah. Sayangnya, banyak ibu yang hamil untuk kedua kali lupa untuk mengambil multivitamin ibu hamil.
Padahal, melakukan tersebut boleh membantu menambah tenaga pada ibu hamil. Selain itu, mintalah doktor untuk meresepkan zat besi untuk menjaga daya tahan tubuh anda.
4. Kesakitan lebih terasa
Pada kehamilan kedua, hormon relaxin meningkat di usia kehamilan 14 minggu keatas dan membuat badan lebih mudah pegal. Posisi bayi pada kehamilan kedua juga cenderung berada agak kebawah sehingga ibu lebih merasakan sakit dibunggung dan pinggang. Sakit ini biasanya akan hilang dengan sendirinya setelah si bayi lahir.
5. Kontraksi palsu lebih sering terjadi
Hal ini kerana tubuh sudah pernah mengenal kontraksi sebelumnya. Awalnya mungkin anda mengira itu adalah gerakan bayi tapi cepat atau lambat anda akan tahu bahawa itu adalah kontraksi palsu.
6. Proses persalinan lebih cepat
Kalau yang ini, pastilah anda semua sudah mengetahuinya. Tapi tahukah apa penyebabnya?
Hal ini kerana bahagian reproduksi sudah ‘mengenali’ rangkaian proses persalinan sebelumnya sehingga proses pembukaan hingga mengejan jauh lebih cepat. Rata-rata ibu pada persalinan kedua membutuhkan 6-8 jam saja untuk melahirkan.
7. Kontraksi setelah persalinan jauh lebih sakit
Mungkin saat persalinan pertama, anda tidak merasakan adanya kontraksi rahim setelah persalinan. Namun saat melahirkan anak kedua, hal itu lebih mungkin terjadi kerana otot uterus sudah tidak sekencang dulu lagi.
Kontraksi dibutuhkan untuk mengeluarkan darah nifas dan juga membantu mengembalikan rahim ke ukuran sebelum kehamilan.
Otot yang sudah mengendur membuat kontraksi pasca melahirkan lebih terasa dan ini semakin terasa saat anda sedang menyusui. Kerana menyusui merangsang keluarnya hormon oksitoksin yang boleh menyebabkan kontraksi.
Sifat anak kedua

Foto: Healthline
Dalam pengalaman mengandungkan anak kedua yang kemungkinan berbeza, sifat anak kedua apabila lahirnya dia nanti juga berlainan tau. Ini apa yang anda patut tahu, mungkin boleh ringankan sedikit kerisauan anda nanti.
1. Tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa
Dalam kajian tahun 1998 yang melibatkan 400 orang pelajar, mereka disoal tentang siapa yang mereka akan minta pertolongan jika mereka memerlukan bantuan. Kebanyakan dari mereka akan menjawab kawan.
Ini kerana, mereka kurang menghabiskan masa bersama ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan anak sulung atau anak bongsu.
2. Sahabat yang baik
Anak kedua sudah biasa menghadapi pelbagai karakter orang. Ini disebabkan oleh interaksi mereka dengan adik-beradik mereka.
3. Kemahiran sosial yang baik
Selain mudah bergaul, anak kedua juga sering berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan orang sekelilingnya.
Kerana ini, orang sekelilingnya sering rasa selesa berdekatan dengan mereka. Mereka juga memiliki kemahiran sosial yang lebih baik berbanding anak sulung atau bongsu.
Anak kedua biasa menghadapi jangkaan dari ibu bapa dan adik beradik.
Mereka juga lebih berdikari dan boleh membela diri sendiri dalam pergaulan tanpa memerlukan bantuan keluarga.
5. Open minded dan suka mencuba sesuatu yang baru
Oleh sebab mempunyai adik beradik dan tak menjadi tumpuan harapan ibu bapa, anak kedua terpaksa berdikari sejak awal. Ini membuatkan mereka suka mencuba perkara baru dan berfikiran terbuka.
6. Memahami
Apabila anak kedua dewasa, mereka akan memahami kelebihan dari ibu bapa yang tak memberikannya perhatian yang berlebihan. Ini membuka ruang untuk mereka menjadi berdikari.
Kaji selidik mendapati, anak kedua adalah antara orang yang paling bahagia dalam cinta jika dibandingkan dengan anak pertama atau anak bongsu kerana mereka menghargai kepentingan sesebuah hubungan.
Sumber: Todaysparent.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Budak 4 tahun bunuh adik sendiri sebab kata-kata gurauan yang selalu kita sebut pada kanak-kanak!
The post Hamil Anak Kedua? Ini Yang Anda Perlu Tahu, Tak Sama Tau Pengalamannya! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.