Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Anggaran Caj Bersalin Di Hospital Kerajaan, Ibu Kena Tahu Supaya Senang Nak Bajet!

$
0
0

Ketika sudah memasuki usia kandungan trimester kedua, ibu-ibu dinasihatkan berbincang dengan pasangan mengenai hospital untuk bersalin sama ada menggunakan khidmat hospital swasta mahupun kerajaan. Kebanyakan ibu mengetahui bahawa caj bersalin hospital kerajaan adalah jauh lebih murah dan kemudahannya juga selesa.

Secara umumnya, anda hanya dibenarkan untuk masuk wad apabila doktor telah memastikan bahawa sudah ada tanda-tanda hendak bersalin. Jika sampai awal di hospital, anda mungkin dimasukkan ke dalam wad pranatal bersama ibu-ibu yang lain atau diminta untuk pulang dahulu ke rumah.

Baca juga: 13 Hospital Bersalin Kerajaan & Swasta TERBAIK Di Kawasan Selangor/Kuala Lumpur

Caj bersalin di hospital kerajaan jauh lebih murah

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 4 jenis wad bersalin yang disediakan di hospital kerajaan. Bahagian 1 merupakan wad awam dan terdiri kelas satu, dua dan tiga.

bayaran bersalin hospital kerajaan

Manakala Bahagian 2 pula adalah bilik prosedur (Obstetrik):

kos bersalin hospital kerajaan

Seterusnya Bahagian 3 adalah wad Psikiatrik dengan anggaran bayaran untuk seharinya ialah:

kos beranak hospital kerajaan

Akhir sekali adalah Bahagian 4 iaitu Wad Eksekutif:

caj hospital kerajaan

Proses ketika ibu dalam peringkat awal untuk melahirkan bayi

Jururawat atau doktor akan melakukan pemeriksaan dari masa ke semasa melalui fizikal dan jarak bagi menilai sebanyak mana serviks anda telah terbuka. Disebabkan oleh negara dalam proses mencegah penularan Covid-19, para suami tidak dibenarkan masuk untuk menemani isteri berjuang melahirkan bayi.

Justeru persiapkanlah fizikal dan mental untuk mengharungi sakit kontraksi seorang diri ya, banyakkan membaca amalan bagi memudahkan proses kelahiran tanpa perlu berada berjam-jam lamanya di bilik bersalin.

Seterusnya sebaik sahaja serviks anda terbuka sebanyak 4cm, ia dipanggil sebagai peringkat kelahiran aktif. Jururawat akan membawa masuk ke bilik bersalin, di sinilah anda akan berada sehingga berjaya melahirkan bayi.

Ketika fasa ini juga, anda tidak perlu risau kerana doktor dan jururawat akan memantau pembukaan serviks. Ibu juga akan disambungkan ke mesin CTG, di mana dipantau secara elektronik.

Mesin ini turut memudahkan petugas perubatan untuk memantau beberapa orang ibu yang hendak bersalin secara sekaligus di hospital berkenaan.

Ubat bagi mengurangkan rasa sakit

jumlah bayaran bersalin

credit to sources

Ketika dalam proses bersalin ini, para ibu juga tidak digalakkan untuk makan kerana bimbang sekiranya anda perlu menjalani pembedahan caesarean. Ia bergantung juga terhadap bagaimana anda menangani kontraksi. Sekiranya terlalu teruk, anda mungkin diberikan beberapa pilihan bagi mengurangkan kesakitan.

Biasanya ubat penahan sakit seperti entonox dan petidina boleh diperoleh di hospital kerajaan. Akan tetapi suntikan epidural tidak selalunya ada kerana hanya pakar bius sahaja boleh memberikannya. Justeru, ia bergantung kepada sama ada pakar tersebut ada atau tidak pada ketika itu.

Hampir kesemua hospital kerajaan amat menggalakkan bersalin secara normal. Kaedah caeserean ini hanya dilakukan sekiranya kehamilan anda adalah berisiko tinggi atau kes-kes kecemasan yang lain. Keputusan ini akan dilakukan oleh doktor senior atau pakar di hospital tersebut.

Sekiranya anda terpaksa melalui proses bersalin secara pembedahan, anda mungkin diberikan suntikan epidural atau bius umum bagi meredakan sedikit rasa yang sakit.

Proses selepas selamat melahirkan bayi

Bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi, bayi anda akan disambut oleh bidan ataupun seroang jururawat. Seterusnya, bayi akan dibersihkan dan diperiksa keadaan kesihatannya terlebih dahulu.

Kurang setengah jam selepas bersalin, anda sudah boleh memeluk bayi dan meletakkan di dada bagi memberikannya susu badan. Namun bagi ibu yang menjalani pembedahan caeserean menggunakan bius umum, anda hanya dapat menyusukan bayi selepas sedar sepenuhnya.

Manakala bagi ibu yang diberikan suntikan epidural juga diberi pilihan untuk menyusukan badan selepas melahirkan. Setelah selamat bersalin, doktor dan jururawat akan terus memantau tekanan darah anda, pendarahan di faraj (lokia) dan kadar denyutan nadi.

Sekiranya kelahiran normal dan tidak berdepan sebarang masalah, anda dan bayi mungkin dibenarkan keluar dari hospital dalam masa 1 hari sahaja. Namun perlu kembali melakukan pemeriksaan pospartum selepas tempoh 6 minggu kemudian.

Bagi ibu bersalin secara pembedahan, anda mungkin perlu bermalam di hospital sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hari.

Sumber: MOH, Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

The post Anggaran Caj Bersalin Di Hospital Kerajaan, Ibu Kena Tahu Supaya Senang Nak Bajet! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>