Mencari nama bayi perempuan Malaysia untuk si kecil kita yang bakal lahir merupakan satu aktiviti yang sangat mengujakan.
Pada waktu inilah, kita dan pasangan akan sibuk membelek buku dan Google secara online bagi mendapatkan nama yang indah dan penuh dengan makna baik untuk diberikan pada anak kita nanti.
Inspirasi nama bayi perempuan Malaysia yang anda boleh pilih
Kali ini, kami menyediakan beberapa nama anak perempuan selebriti di Malaysia yang diharapkan boleh memberi idea kepada anda dalam memilih nama cahaya mata yang bakal lahir nanti.
Jom kita lihat beberapa nama nama bayi perempuan yang cukup cantik untuk disebut dan elok maknanya. Bolehlah anda pilih selepas bersalin nanti!
1. Nama anak Siti Nurhaliza – Siti Aafiyah
Siti Aafiyah membawa pelbagai maksud yang meliputi perlindungan, keselamatan dan jauh dari kesengsaraan di dunia dan akhirat.
2. Nama anak Rozita Che Wan – Aaisyah Dhia Rania

Kredit: IG @aaisyahdhiarana111
Aaisyah Dhia Rania merangkumi nama isteri Rasulullah iaitu Aisyah dan Dhia Rania yang membawa maksud “sinar kecantikan”.
3. Nama anak Erra Fazira – Engku Aleesya

Kredit: IG @errafazira
Erra Fazira memilih nama indah Aleesya kerana ia membawa maksud yang cukup bermakna untuk dirinya, iaitu “yang dilindungi”.
4. Nama anak Vivy Yusof – Mariam Iman Shah

Kredit: IG @vivyyusof
Vivy Yusof sememangnya gemar meletakkan gelaran “Shah” di belakang setiap nama anaknya – Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah. Nama “Mariam” diambil sempena nama ibu Nabi Isa.
5. Nama anak Linda Onn – Ungku Zara

Kredit: IG @lindaonn7
Nama cahaya mata pertama DJ radio terkenal, Linda Onn, adalah Ungku Zara. Perkataan Zara membawa maksud “yang paling tinggi, atas”.
6. Nama anak Nabil Ahmad – Nayra Mikaila dan Layla Damita

Kredit: IG @ziranabil
Nama nama bayi perempuan Malaysia Nabil Ahmad juga cukup cantik untuk disebut iaitu Nayra Mikaila dan Layla Damita. Nayra itu sendiri bermaksud “bercahaya” dan nama anak keduanya, Layla, bermaksud “malam”.
7. Nama anak Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya – Lara Alanaa

Kredit: IG @laraalanaa
Pada mulanya, ramai yang mempersoalkan maksud nama anak Awal Ashaari iaitu Lara. Sebenarnya, dalam bahasa sepanyol, Lara itu mempunyai maksud yang cukup baik iaitu “perlindungan”.
8. Nama anak Alif Satar – Alisha Anugerah dan Ariana Mecca

Kredit: IG @alifsatar
Nama nama bayi perempuan Alif Satar juga cukup cantik iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca. Alisha membawa makna “dilindungi” dan Ariana bermaksud “kehidupan”.
9. Nama anak Marion Caunter dan SM Nasarudin – Leia Rose dan Lana Rose

Kredit: IG @marioncaunter
Maksud nama sulung Marion Caunter dalam bahasa sepanyol, Leia, adalah “kesetiaan” manakala Lana bermaksud “batu” dalam bahasa Hawaii atau “cahaya” dalam bahasa yunani.
10. Nama anak Fasha Sandha – Aisha Amaira

Kredit: IG @fashasandha
Raysha membawa maksud “pemimpin”. Manakala, nama Jemaima diambil daripada nama salah satu anak Nabi Ayub yang cukup cantik wajahnya. Sekarang ini pula Fasha dah tambah lagi satu bayi namanya Aisha Amaira yang bermaksud bahagia dan cantik selamanya.
Inspirasi nama bayi perempuan A-D
Nama bayi perempuan unik dari huruf A
- Aeleasha : jujur
- Athifa : penuh kasih sayang
- Azkia : lebih suci, bersih
- Aeera : angin
- Alsava : ketenangan
- Ayunina : bunga yang cantik
Nama bayi perempuan unik dari huruf B
- Brunella : berambut coklat
- Beril : permata yang bercahaya
- Behati : beruntung
- Barsha : hujan
- Beatrisa : dia yang membawa kebahagian
- Birdella : cerdas
- Bonanza : pemandangan yang indah
Nama bayi perempuan unik dari huruf C
- Claretta : berkilau
- Cadenza : irama
- Caera : teman
- Calandra : kreatif, unik
- Cyrinda : lembut, baik, bekerja keras
- Calya : sempurna, tanpa cacat
- Crescencia : pertumbuhan
Nama bayi perempuan unik dari huruf D
- Daniza : kegembiraan
- Dyra : rumah, hati
- Diomira : wanita penting di sebuah desa
- Davidya : yang disayangi
- Dyvette : pemanah kecil
- Dzafina : pengembara hari
Sedapkan nama nama bayi perempuan selebriti di Malaysia ini? Agak-agaknya, mana satu yang menjadi pilihan kalbu anda? Jom berkongsi pendapat di ruangan komen ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
200+ Nama Anak Perempuan Islam Dengan Makna Yang Baik (huruf A-J)
The post Inspirasi nama-nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.